June 29, 2011

DAY 7 - tiga perangai baek anda

assalamualaikum
akhirnya aku kembali untuk sambung cabaran ini. this is so the very tough punya task. aku menghilang untuk mencari ilham kot. haha. so now nak settle kan the next one. fyi, some of the answers were gained from my BFF cik ema. some of them, aku yang cakap sendiri. okay! fair enough la kan for me. tak de isu puji memuji diri sendiri ye. hehe.

1. " kau ni terlalu baik lah. orang buat apa pun kau still nak layan lagi."
- this is me? really? hurmmm. mungkin aku tak sanggup nak sakitkan hati orang kot. sebab aku sangat berpegang pada katakata, what ever you give, all will comes back to you. so, kalau kita nak orang layan kita dengan baik, kita kenalah layan orang dengan baik jugak kan. walaupun kita tahu yang semua orang takkan berfikir seperti apa yang kita fikirkan. and sebenarnya aku mudah rasa tak sedap hati if hati aku terdetik ada buat orang ter'sakit hati' dengan aku. nampak je luaran macam aku gamblegamble, cool like nothing happen. but the truth, is dalam minda aku berpusing memikirkan apa yang telah berlaku. dan sekiranya keberanian itu datang, aku akan minta maaf. takpun aku akan act as nothing had happen dan berkomunikasi as usual. dan paling severe, aku akan diam je sampailah dia yang bercakap dengan aku dulu. hehe

2. " keras hati. tapi still buat jugak."
- macam mana ye nk bagitahu. ermm. like this, kalau dah kerja itu diamanahkan atas nama aku. aku akan pastikan that job was totally done. fine lah. aku tahu aku takde lah too perfect. tapi at least siap. tak kira la se'emo' atau tak sepuas hati mana aku sebelum tu. tapi prefer to be alone to make it settled.

3. sangat komited untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri dan juga masa depan. yes! if that i want, no matter what, aku kena dapatkan. baru aku akan berpuas hati. that's me. sesungguhnya hanya kita yang tahu apa yang kita inginkan. usaha tangga kejayaan. namun, doa dan nasihat parents, kawankawan dan orang sekeliling sangat lah dihargai.

4. aku sangat sayang all my stuffs. (melebih sudaaa..) anybody yang take it memang aku akan serang. gggrr. 7 hari 7 malam aku sebut. serius. dan sekiranya hilang, aku tak leh nak tidur lena dan aku takkan buat benda lain. memang aku akan cari sampai jumpa. till aku puas hati.


p/s: ada yang nak tambah ataupun tidak berpuashati? anda dipersilakan beri komentar anda okay. no hard feeling. :)

June 26, 2011

DAY 6 - tiga perangai burok anda

1. critically a negative thinker. kenapa aku suka macam tu. sebab aku tak nak terlalu kecewa kalau mengharap kan sesuatu yang tak pasti. anda mungkin akan beranggapan bahawa hidup aku takkan ada sinar cahaya sekiranya aku terus berkelakuan begitu. tapi aku selalu being like this. at least takde la sampai nak mengalami severe depression. haha. chill.

2. mudah percayakan orang dan aku merasakan yang semua orang atas dunia ni baik. tetapi. macam mana ek nak terangkan. aku mudah terpengaruh dengan katakata orang taw. kalau someone said or cerita to me yang seseorang ni like this, like that, aku memang akan percaya dan sekiranya apa yang dia cerita tu a bad thing, hurmm. aku akan setkan minda aku yang orang tu macam tu (even orang tu baik pun). sehinggalah dia dapat membuktikan diri dia yang sebenar kat aku untuk menepis tuduhan orang lain yang sebelum aku berkawan dengan dia.

3. aku suka buat tunjuk perasaan. haha. tapi kalau betulbetul geram je lahhh. eee. susah sikit nak covercover. aku ni jujur sikt. hehe. kadangkadang tu ada je aku saje nak buat hal. kononkonon je geram. tapi padahal takde apa pon.

okay. that's all. bye2! :)

June 25, 2011

DAY 5 - status anda ? relationship anda?

assalamualaikum dan selamat hari kelima.


waaa. letih. letih. aku tidur. tidur dan tidur. pagi tadi ke sungai buloh untuk pindahpindah barang bersama kawankawan se'batch' yang lain.


dan tajuk untuk hari kelima ialah status. malasnya nak jawab. segan doe. haha. jangan perli aku okay!


macam apa je kan bila aku fikirfikir. nak buat market untuk diri sendiri ke kalau single? ataupun nak showoff yang you having someone. haha. ahhh lantak lah. stop thinking


the answer is i am a friend to everybody. a good and best friend kalau boleh. chewahh. jawapan cliche'. tersangat gembira dapat berkawan baik dengan semua orang dan rasa bebas untuk berkawan dengan sesiapa dan melakukan apaapa sekalipun. lalalaaa~


people around me knows who i am. and i love being together with all of them. insyaAllah one day the answer might change, and i will tell you guys okay! dont worry. ahaha. gedik gila -_-"


muahmuah, xoxo :)

June 24, 2011

DAY 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang

next post for today. gila kuasa nak post banyakbanyak dalam sehari. hahaha. erm xpe. cabaran harus disahut. jangan mengalah.

topik hari ini ialah benda yang dibuat apabila sorangsorang. sorangsorang means bila? bila? kat bilik kat kolej? keluar hangout sesorang? 

kalau kat bilik atau pun kat rumah dan aku sesorang. kat rumah jarang sesorang sebab aku mesti akan follow parent aku keluar. kat kolej selalu lah sesorang sebab rumet busy! ciss. haha. apa yang aku kan buat, aku pergilah lepak kat bilik orang lain. nanti dah tak sesorang kan. heee. aku sedang mengarut. okay2 aku serius. 

jawapan yang sebetulnya ialah:
1. aku akan menghadap laptop. laptop ni peneman aku paling setia. aku nak stay kolej sehari dua pun aku akan bawak. kalau takde lappy ni, aku taktahu lah. mahu mati kebosanan aku. apa aku buat dengan lappy? aku online. aku search je lah apaapa kan. beautifulnara ke, penulisan2u ke, baca friend's blog ke. dan aku juga akan cari my beloved best friend to chat. cerita itu ini. then being alone pun aku dah tak bosan. peace!

2. dengar lagu di youtube. takpun radio. kemudian download. i am more to lagu than watch movie di laptop.

3. menung. yes! fikir tentang sesiapa dan apaapa. fikir tentang apa yang telah terjadi. "kenapa begini tidak begitu. kalau ia begitu, pasti aku tidak begini." 

4. godek handphone. main game ke. mesej kawankawan. dan baca mesejmesej lama. hobi aku kot! hehe. 

kalau keluar hangout sesorang sebab bosan tahap dewa, aku akan berjalan pusing satu mall tu sampai kaki lenguh. masuk kedai tu, masuk kedai ni. MPH or any bookstores wajib masuk. kalau sesorang, aku tak berani nak angkat muka. pemalu! haha. :p so. jalan pun tengok lantai! (gila bohong). tak pun, aku akan take a sit at a place, then aku observe je kerenah orang yang lalu lalang. hihi.

okay lah. that's all. 
with that, tanx to read that 4th day post. wait for tomorrow pulak okay. pasal apa ek? status? haha. we will see later. bye! :)

menikam lah kau!

assalamualaikum!

muka aku stres ke? nampak ke? haha. mana ada lah. im okay je kot. janganlah sampai takut nak tegur aku. aku tak makan orang. jangan risau. bila muka aku nampak seperti kening bercantum tu, actually i am thinking of something. bila aku tengah merewangkan otak aku, aku takkan toleh dah kiri kanan.

i am just wondering how a person (termasuklah yang berkata) could be like this. could be like that. mungkin sudah semulajadi perangainya begitu. tetapi apakah tidak mereka memikirkan perasaan orang lain disekitar mereka. terutamanya yang terasa dengan tindakan mereka. aku juga bukanlah seorang manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan. cuma sekadar menasihati diri sendiri dan orang lain.

seminggu ni aku rasa macam erggghhh! tak tahu lah nak cakap macam mana. tapi memang aku tengah geram. dia cakap burukburuk pasal 'that' particular thing. condeming itu dan ini. because of dia, orang fikir 'that' thing was not good and take their foot out from being interested with that. totally change others mind. then of course lah makin sikit competition kan? so, dia pun take advantage lah. gila la smart! hebat kau ni. sumpah pandai jual ikan. aku nak tengok kau pon malas! haha. 

sudah. itu sahaja. good luck fiza for this afternoon. takut! >.<"


June 23, 2011

DAY 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido

hari ni ialah hari terakhir untuk final preparation presentation esok. quite busy bersama group elective. lebih banyak borak hal lain daripada study untuk esok. haha. biasalah tu kan. normal! by the way, aku nak say sorry kepada kawankawann yang send chat facebook. bukan taknak chat dengan kau lah. jangan touching okeyh.

back to our topic today. perkara yang dibuat sebelum tidur? let me think first. ehem ehem. 

1. sebelum tidur, aku akan menghadap laptop. buat apa yang patot. update blog ke, jengah blog kawankawan. dan cek if ada notify kat facebook. then, selesai semua, aku shutdown dan off suis. aku tak suka on laptop bila nak tidur.

2. next, pergi toilet. kalau tak solat lagi, solat. basuh muka. berus gigi. dan cuci kaki.

3. kebaskebas katil. tutup lampu. tarik selimut. 

4. pastu godek handphone. aku ada perangai pelik. aku akan baca mesejmesej sebelum tidur. tak kira la mesej sesiapa pun. mesej yang lama ke baru ke. semua aku baca balik. ntah. aku pun tak tahu apa kes. kemudian, phone mesti diletakkan sebelah aku tidur. takde motif kan? haha

5. seterusnya baca lah doa nak tidur. alfatihah dan tiga qul. hehe

6. menungmenung sikit. kemudian terbuai terus sampai la tertidur.

okay. selamat malam semua. doakan saya esok. good nite.

with that. bye :)

June 22, 2011

DAY 2 - movie yang paling best pernah anda tonton

baru second day, aku dah liat gila nak mengupdate. erk. pemalasnya aku! nasib baek cik ema ingatkan. *peningpening*
topik hari ni ialah movie. movie paling best? maksudnya dekat wayang je ke? ke combine je semua? ahhh. tak pe lah. aku buat je lah sesuka hati aku. 

aku bukanlah kaki wayang. so, bilangan wayang aku yang aku pernah tengok seumur hidup boleh dikira dengan jari tangan dan kaki aku sahaja. ye kew? jap jap aku fikir. hurmmm. ye kot. aku pun tak de la ingat sangat cerita yang aku pernah tengok. hehe
by the way, aku hanya akan tengok movie yang bestbest je. ahhh. kalau tak, membazir je lah duit aku. makan sehari aku kat kolej kot tiket dia. haha. tambahtambah kalau tengok sabtu ahad. (okay aku dah mengarut lah ni)

aku start jejak kaki dalam wayang lepas SPM. baik kan aku zaman sekolah? hehe. dan sesungguhnya memang aku tak ingat sangat apa movie aku dah pernah tengok. so, list aku ni berdasarkan apa yang aku ingat masa ni jelah ye.

english movie yang aku rasa paling best aku tengok ialah:

1. Fast and Furious 5. tengok dengan ema dan ayu. wayang yang full dah kami duduk di sit line ketiga. rasa seperti meletupletup tengok cerita ni. aku suka pelakon lelaki chinese tu! wahwahwah.

2. Iron Man 2.  ni pon aku suka jugak. aku tengok cerita ni lepas test. kira macam celebrate la kononkonon. tapi mengantuk ya rabbi. bajet stay up la kan. maklum lah ada test. tapi disebabkan aku suka tengok si besi iron man ni. aku gagahkan diri. membe aku yang sebelah memang dah k.o awalawal lagi. haha.

malay movie lah pulakkk:

1. Lagenda Budak Setan this is the first movie yang buat aku menggila dalam wayang. sumpah geram that person yang ambil our sit. alih2 kitorang termiss cerita ni almost 20 minutes jugak lah. ggrrr. stress >.(huh. gedik. ntah apa lah nak nangis. bukan ada kaitan dengan kau pon. bajet jiwang lah tu.)

2. Hikayat Merong Mahawangsa aku suka style this film. smart habis lah. all probe yang dia guna. video editing pon smart. jalan cerita pob boleh dikira boleh buat makan lah. haha.

ada je cerita best yang lain. tapi disebabkan nak paling best. jadi kena la pilih kan. kalau nak list semua, baik buat tajuk LIST MOVIE YANG ANDA PERNAH TENGOK.

anyway, ada jugak cerita yang aku rasa like give back my duit tiket! membazir je aku tengok. ntah apa apa punya cerita.contonya ialah:

1. Skrip 7707. sumpah busan. menyesal tengok!

bila aku cuba list balik movie yang aku pernah tengok,. ouh banyak jugak rupanya. eyh. tak cukup la jari aku. meh pinjam jari kau pulak! okay. tu je lah. at least my task settled! oo yeayhhh. congratez to me. nantikan esok punya pulak okay! :)

with that. bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers