February 3, 2015

Surgery patient

Khamis lepas aku nak prepare bedside. So nampak sorang makcik ni baru admit kot malam tadi. Nampak dia, letih, takbermaya. Aku pun pergi la dekat. Saje borak. 

Dia tengah kesakitan rupanya. Bila nak buat per rectal examination, dia tak bagi. Sakit katanya. Bila tengok, ada pressure sore, hurm fistula in ano macam ada juga. Aku tanya apa pun, dia jawab je walaupun dalam kesakitan. Dah 3 4 hari diarrhea katanya. Half history dapat dah. Dia nak pergi toilet, aku ada kelas petang. Jadi aku pun gerak balik kolej. 

Esoknya aku jumpa lagi dia. Dah ada BP monitor. BP dia drop pagi tadi. Nasib baik dia ingat lagi aku yang datang semalam. Walau dalam keadaan macam tu, dia borak lagi dengan aku. Macam macam dia cerita. Rupanya mak dia baru meninggal dalam July 2014. Dia mula rasa sakit tak selesa perut sejak 2 tahun. Tapi sejak mak dia sakit, dia tak sempat fikir pasal sakit dia. Dia sibuk uruskan mak dia yang terlantar. Setiap hari dia tidur sebelah mak dia hinggakan nak tutup mata pun dia takut sebab takut mak dia pergi masa dia tertidur. Dia rasa bersyukur sebab dia dapat jaga mak dia sampai akhir hayat. Dan mak dia tak lihat kesakitan yang dia alami sekarang. 

Tengah dia bercerita tu, aku yang mudah tersentuh ni, dah meleleh air mata. Aku tak bagitahu pon status aku kat makcik tu. Hurm. Takperlu kot makcik tu tahu. Biarlah aku dan mereka2 yang tahu je tahu.

Sedang bercerita, makcik tu tertidur. Letih sangat tu. Aku pon bergerak pergi tengok pesakit lain. 

Sabtu aku lawat lagi makcik tu. Dia macam dah tenat. Ada wire semua. First time aku nampak relatives dia. Nak kena bawa pergi OT katanya sebab nak kena remove that tumor. Makcik tu tersedar kejap je masa aku datang. Mungkin dia takperasan kot aku. Takpe. Aku akan sentiasa doakan dia selamat dan baik2 aje. 

Dah 3 hari aku takjumpa dia. Kelas and prepare esok exam. Apa khabar lah dia. Semoga semua baik2 belaka. 

January 29, 2013

Alahai Mat Salih !

Bercintalah sejujurnya. Sebelum ini asyik berjumpa lelaki yang tidak pernah menyatakan cintanya padamu. Sampai lelah dikau menanti dan menunggu namun tidak terdengar juga perkataan itu.

Kini kau berdepan dengan lelaki yang tidak jemujemu mengucap sayang dan mengucap kasih. Jika orang itu sudah hulurkan tangan, sambutlah. Cinta memang tidak kenal siapa, hadir tanpa dipaksa. Kenapa harus berpaling andai itu yang diinginkan ?

Susah sangatkah memberi sedikitkalau selama ini terlalu banyak menerima ? Rasa cinta bukan untuk dijual beli tetapi untuk dikongsi bersama. Janganlah kegagalan cinta yang lalu menidakkan kebahagiaan yang datang. Andai cinta sudah berdetik, hargailah sebelum ia pergi meninggalkan dirimu.

Adaptasi novel : Alahai Mat Salih

January 22, 2013

Muka pucat lesi

Nak sangat rasa macam mana clerk patient seorang banduan. Takde la susah sangat nak approach pun. Naseb baik polis yang jaga dia comel ! Auww ! Gediks sangaaaaat. Puihhh ! 

Bila kena tanya sakit apa, sakit kat mana, rasa macam mana, sejak bila, ada sakit mana lagi and bla bla bla. Senang je nak dapat jawapan. Bila tanya tang sosial history yang syok tuh. Macammacam jenis drugs ada. Nama arak pun pehhhh. Aku takpernah dengar some of namanama tuh. Noob gilaaaaaa !

Tetiba dia mengesot dekat dengan aku. Pastu bisik. Dah la telinga aku ni pekak badak. Dia plak cakap slow. Memang dia kena ulang banyak kali a. Terkejut aku bila dia suruh call mak dia.  Nak buat apa neyh ! Siap bagi number lagi ! Tapi taksalin pun. Alamaaaaak ! Kesiannyaaaaa. Aku terus tergamam ! Pandang kiri kanan atas bawah. Pandang polis tuh pastu senyum cuak. Pandang membe, pandang polis. Cakap terima kasih pastu keluar dari situ. Oh ye. Orang tu siap cakap jangan bagitahu polis yang jaga dia tuh. 

Muka pucat lesi ! 


September 25, 2012

Finally

Yeayyyy
Finally. Was a big relieve when things that you wanna tell have been told.

Stupid tears !
Arghh. Buat malu je.
Malu. Sangat malu.
Nanti esok lusa bila dah tak rasa apaapa mesti menyesal cakap.


September 23, 2012

Diam

Diam.
Sepi.
Bila tahu diri disisih buat sekian kali.
Takperlu berkata, biar hati yang tahu.

Bertanya.
Jawapan diberi, kasar.
Diam.
Entah kenapa hati terasa.

Oh ada kawan baru.
Biasalah.
Ada yang baru.
Yang lama nak buat apa.

Dunia. Dunia.
Manamana pergi pun tetap sama.
Kenalah kuat.
Allah kan ada :)

September 20, 2012

after a while

Assalamualaikum all :)

Blogging ? 

Againnnnn ? We'll see how far this blog will be here.

Sekarang dah kurang dah busy compared to previous posting. Taktahu la whether aku yang malas nak study or memang posting ney yang tak berapa hectic macam O&G. Disebabkan ke'hectic'an tu, baik aku tidur bila ada masa senggang daripada aku menghadap laptop.

Konon masa awalawal start posting O&G, aku buat perjanjian nak buat blog post for every moment I went through selama dua bulan yang lepas. But semuanya tergendala because time limit ! Argh. Kelas 8 am - 5 pm. Belum kira kalau ada oncall atau pun kena buat benda lain. Proses nak mencairkan balik semua ilmu yang tak seberapa banyak dalam otak ni pun memakan masa jugak tauuuu. Setahun kot hang up all those study because of AMS. What do you expect ? ! Expect jawapan nak keluar macam vomitus or diarrheaaaa ? Memang tak lah ! -.-'

After 2 months, boleh la cope dengan semua ni kot. InsyaAllaaaaah. Thing I miss the most is my 7th batch MBBS. 7th batch MBBS is so much awesome and superb. Aku still tak nampak lagi which part of this my new batch is better than them. Especially in friendship thingy. Sorry to say la kan. I'm not saying they are not good. But it seem like there is something lacking kot. Anyways, aku okay je dengan semua. Interaction with them pun went well la. Bergurau senda ke berborak apa semua dengan dorang okay jeee :)

Now, in paediatrics. What I can say is just I have to pray so very hard. My luck will depends on children. From a baby to a schoolchildren and I really don't know how to treat them. Alaaaa. Tade apaapa kot. Semua orang boleh buat, takkan aku takleh kot. When there's a will, there's a way kannnn. Positive things happen to positive person. Allah kan adaaa :)

Okay la. Aku dah taktahu nak cakap apa. Nanti kalau aku ada idea, aku conteng lah lagi. 

With that, thank youuu :)

June 17, 2012

Najwa Latif is at the Rooftop

Assalamualaikum. Hai all !
Datang juga ke sini. Fuh Fuhhh. *kesatkesatpeluh*



Okay. This is a list name for NajwaLatif's Awesome Friend who are luckily been selected for the event on 16 June which is yesterday at Lot10 Bukit Bintang ! Actually has been a long time dah list name ni keluar. Sehari sebelum tu macam dah redha je macam taknak je pergi sebab Zafran ada hal. Ema n Mai pulak ada exam. Kekecewaan di situ. *laplapairmata*

Beberapa jam sebelum pukul 3, eh see Nadia is online la. Tegur Nadia and ajak dia. Suprisingly, Nadia said YES ! Walaweyhhhh. Seperti bulan jatuh ke riba *lompatlompat*. Plus, Zul pun willingly nak hantar kitorang balik to SgBuloh after habes that thing petang tu. Hah. So apa lagi. Boleh lah menjadi plan ke sana neyh. Yehaaaaa. *pintalpintalrambut* :D

So, 

Here we are ! At the the Rooftop NTV7 Najwa Latif. Erm erm. And Akim jugaaak. This is our first time. Arghh. What happen to me. *hantukhantukkepalakedinding* This is so incredible me. Mama call, tanya jadi pergi ke tak. The answer was NO sebab takde orang nak teman. Tapi kalau mama tahu ney, for sure kena perli. Mama nak teman takmo. Haha. Maaa, janganlaaaah. hewhew >.<'


Before the recording started. Super duper hot okay atas neyh. Dengan jerebu lagi. Peluh tahap boleh perah dah baju. 


Sebelum shoot untuk NL, Akim punya turn dulu. So us who are NL's AF ni kenalah berudur ke tepi bagi laluan to them. His fan sangaaaaaaaaaaaaat lah hurrmmm. Takpe lah. Lemme said to myself je. Haha. Kang ada yang kena belasah dengan diehardfans dia takpasalpasal. *angkatkakilariiii*

 Test suara. 1 2 3. Untuk Dia. ey. ey !


Hey guys ! Do you recognize him. Presenting to youuu Anas ! :)
Oppsss oppss. The guitaris from Iamneeta band lah. Heee
*padampadamgosip*



This is Nadia. My coursemate. Kesian Nadia kena tunggu sampai lah event ney habes. Nasib baik lah she is very the happy go lucky kan. Enjoy je. And she said, she wont follow me anymore. Haha. The worst part for her is she cannot sing any of NL's song langsung. What only she can do is screaming out loud KOSONG KOSONG together. Ceyh ! -.-'



Suka la dapat jumpa awak semua. White and black shirt tu siblings tau. Emylia and Elyda. Adik dia fanatik gila dengan NL. Dia hafal semua lagu (okay that is so common among us yang ada dekat sini). She also remember every single thing pasal NL ! Walau sebesar zarah ! Tanya je lah apa pun, semua dia boleh jawab. She even posted a video, a birthday video to NL dekat Youtube. And and NL knows her. Siap sebut lagi nama dia masa performing tu. She's crying tauuu. Ouch :') 


 


Some of NL'sAF yang masih tak beransur pulang. Hi NL, I heart you :')

Okay that's all. Thanks for a very unforgetful moment. Nice to meet new friends here. They are so kind and friendly. Feel like in a world that I have never been before. *okaysudahitupoyo* Hope we can meet up again, NL'sAF ! :)

Spread love *hakhaktetibapakaitaglineNL*

That's all. Thank for reading. 
With that. 
Thank you :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...