February 3, 2015

Surgery patient

Khamis lepas aku nak prepare bedside. So nampak sorang makcik ni baru admit kot malam tadi. Nampak dia, letih, takbermaya. Aku pun pergi la dekat. Saje borak. 

Dia tengah kesakitan rupanya. Bila nak buat per rectal examination, dia tak bagi. Sakit katanya. Bila tengok, ada pressure sore, hurm fistula in ano macam ada juga. Aku tanya apa pun, dia jawab je walaupun dalam kesakitan. Dah 3 4 hari diarrhea katanya. Half history dapat dah. Dia nak pergi toilet, aku ada kelas petang. Jadi aku pun gerak balik kolej. 

Esoknya aku jumpa lagi dia. Dah ada BP monitor. BP dia drop pagi tadi. Nasib baik dia ingat lagi aku yang datang semalam. Walau dalam keadaan macam tu, dia borak lagi dengan aku. Macam macam dia cerita. Rupanya mak dia baru meninggal dalam July 2014. Dia mula rasa sakit tak selesa perut sejak 2 tahun. Tapi sejak mak dia sakit, dia tak sempat fikir pasal sakit dia. Dia sibuk uruskan mak dia yang terlantar. Setiap hari dia tidur sebelah mak dia hinggakan nak tutup mata pun dia takut sebab takut mak dia pergi masa dia tertidur. Dia rasa bersyukur sebab dia dapat jaga mak dia sampai akhir hayat. Dan mak dia tak lihat kesakitan yang dia alami sekarang. 

Tengah dia bercerita tu, aku yang mudah tersentuh ni, dah meleleh air mata. Aku tak bagitahu pon status aku kat makcik tu. Hurm. Takperlu kot makcik tu tahu. Biarlah aku dan mereka2 yang tahu je tahu.

Sedang bercerita, makcik tu tertidur. Letih sangat tu. Aku pon bergerak pergi tengok pesakit lain. 

Sabtu aku lawat lagi makcik tu. Dia macam dah tenat. Ada wire semua. First time aku nampak relatives dia. Nak kena bawa pergi OT katanya sebab nak kena remove that tumor. Makcik tu tersedar kejap je masa aku datang. Mungkin dia takperasan kot aku. Takpe. Aku akan sentiasa doakan dia selamat dan baik2 aje. 

Dah 3 hari aku takjumpa dia. Kelas and prepare esok exam. Apa khabar lah dia. Semoga semua baik2 belaka. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers