December 15, 2011

MBBS 222 - not an easy programme

Assalamualaikum !
Hai blog yang berhabuk ! lama gila tak melepak di sini. kemalasan menjadijadi. bosan dah untuk berblog. kalau dulu bukan main semangat . semua benda nak taip. harihari setiap masa.

First round of labwork done ! only that they are not reviewed yet. harapharap can be review as soon as possible, kalau tak how to continue to the next stage pulaaa. semoga supervisor akan pulang kembali dalam keadaan yang baik. sentiasa mendoakan yang terbaik for her.

In the mean time, beli barang itu, barang ini. kadangkadang bila fikir balik, kenapa la aku tak buat dua kerja dalam satu masa dulu. arghh. ini lah masalah terbesar aku. hanya boleh fokus on one thing dalam satusatu masa. obviously not a multitasker. LOSER betul ! huh. :(

Think positive buat kerja biar satupersatu settle kan. better than nothing. yeaaayh ! haha. cepat gila berubah fikiran. 

Now I realised status cikin kat FB suatu ketika dahulu. " MBBS 222 is not an easy programme."
Seriously it is not. They teach you what it is. But you have to find how to do it. No more spoon feeding. They provide you money, but they dont tell you what you have to buy. They give you time but they dont bother what you going to do everyday .  They provide you everything. But they dont tell you how you gonna handle things. What they want from you is a result and a published paper.

Without questioning to experienced people, reading from all sort of resources, and discussion, all you will get is nothing. So, let's be nice to others though strangers, then people will be nicer to you. Believe me. :)

That's all for now.
Thank you for reading :)

October 16, 2011

betapa berharganya seorang wanita



Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"cintanya tanpa syarat. hanya ada satu yang kurang dari wanita, dia selalu lupa betapa berharganya dia sehingga dirinya seringkali disakiti."

October 11, 2011

getting down and down

hari yang murung bila mengenangkan perkara yang amat ditakuti bakal berlaku. hurm. what a sad day. frustrated. feel like wanna fall asleep the whole day sebab malas lalui hari mendatang. dah la hari pun gelap. patut la sedap je tidur tadi. why are all this happen to me. aaaaa. tak suka being like this. mood varnished. no more smile. erk. kalau siang semalam, seseorang be my ear, malam tadi pula, i am an ear to my friend. today? hurmmm.


apa la akan jadi hari ni. apa pun terjadi, i have to continue my journey till the end. no point of turning back. 

"fiza, you are not alone. please do be so down like this. somebody have gone through a journey more thougher than you. help yourself. you can do it. your spirit is superb bebeyh! dont ever jatuhkan your semangat tu in any situation. you must keep it up. it's a type of learning. ^_________^"

setiap kali aku hadapi masalah mesti aku teringat katakata ni,  

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi. kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah." 

"Allah berikan kita ujian untuk kita laluinya. tapi selepas kifarah yang datang, Allah akan menyediakan hikmah yang sangat baik untuk kita kecapinya. InsyaAllah."

sebagai hamba yang lemah, keyakinan terhadapMu itu perlu. ya Allah. kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini. 

semoga hari ini lebih baik dari semalam. semoga semalam menjadi kenangan silam yang menjadi mimpi indah dalam hidup ini.



October 10, 2011

semangat baru

just have a relieve session with my idol. inspiring enough. hope from that it can change my ruined life to a normal life. new spirit. yeaaaayh. 

fokus on what i am doing. dont think of what people say. cause people won't stop talking. they also will not know what actually you going through. never.

You don't have to spend your life explaining or justifyng wyh you do something.If you like to do something and it is not hurting anybody else, that's pefectly okay.  ^_________^

semoga kesedaran ini kekal buat selamanya. no pint of turning back. if not, i am hurting myself, my family, my idol, my friends and all people around me who want me to succeed in my life. 

ya Allah, Kau bantulah hambaMu yang lemah ini. hanya kepadaMu aku meminta. aminnnn.

September 28, 2011

sahabat by najwa latif

Kau ada dikala aku suka, dikala ku duka
setiap tangisan dan juga tertawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tangan ku bila aku jatuh
Kau lah yg selalu
Selalu menemani ku
Mendengar kisah pahit manis hidup ku
Kau lah yg disitu setia menunggu ku
Kau lah yg satu menjadi sahabatku

Kala ku duka kau selalu ada
Ada diri mu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yg selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidup ku
Kau lah yg disitu
Setia menunggu ku
Kau lah yg satu menjadi sahabat ku



credit to Siti Rahmah a.k.a Ema for wrote up this lyric. might be ada yang salah or anything harap dimaafkan sebab she tulis just depending on the video given to her. tapi dah dengar banyak kali seems okay je. heeeee. mulamula kau yang request nak lirik dia. tapi aku taksempat buat kan. lastlast kau usaha sendiri. haha:) banyak sangat bergosip. taksempat nak fokus. haha. well done my dear. setaraf dengan aku da kau ni bab lagu gini. cewaaaah! *poyo gilaaaaaa* (jangan marah naaaa) kau hot la emaaaa. ngehngeh. :P

September 26, 2011

satu by najwa latif

Dulu kita tiada beza,
Hanya seperti manusia biasa,
Yang ditakdir jatuh cinta,
Jatuh cinta pandang pertama.

Waktu senang tak mengapa,
Kita semakin jauh berbeza,
Kau tinggal ku begitu saja,
Dengan badai depan mata.

Berikan aku satu peluang,
Peluang untuk mencintaimu,
Berikan aku satu peluang,
Peluang utk merindui mu,
Sekali lagi...

Adakah engkau terlupa,
Saat pertama kita jatuh cinta,
Sering tawa sering duka,
Kita lalui bersama.

Berikan aku satu peluang,
Peluang untuk mencintai mu,
Berikan aku satu peluang,
Peluang untuk merindui mu,
Sekali lagi..ho woooo..
Adakah engkau lupa saat pertama
kita jatuh cinta

cool meyh. aku baru tahu najwa latif's new song. straight away googling for the lyrics. sorry a bit lame. thanks to my friend coz let me know this yesterday. heeee. enjoy ya this song.

September 16, 2011

just forget it

This might be quite long punya forget. but trust me. u will get something at the end of it. 

Forget the guy that wont take no for an answer, and the guy that makes you cry yourself to sleep.
Forget the guy that gets with other girls, that hurts you ‘unintentionally’, yet does it time and time again
Forget the guy that you cant trust, forget the guy that has made months of your life miserable. 
Forget the guy that you had to listen to complain about other girls when you were in love with him.
Forget the guy that "doesnt want a relationship" when you know he just doesnt want you.
Forget the guy that puts you last and the guy that calls you when its convenient for him.
Forget the guy that puts you down, that isn't proud of you, that competes with you.
Forget the guy that thinks of someone else while you’re thinking of him.
Forget the guy that doesnt care for you, the guy that cheats on you.
Forget the guy that made it clear he could forget about you.
Forget the guy that doesnt know how to love you.
Forget the guy that makes you wait for him
Forget the guy that lies every day.
Forget the guy you cant forgive.
Life must go on. And never give up.

We do plan the best for ourself. somehow we have to expect the unexpected because Allah is the best planner. we may think there are no reason for certain things to happen but believe me, one day, u will be thinking about it again. 

Experience is a very good teacher but the person that depends on experience was a failed student.

with that. thank you. :)

September 10, 2011

Day 16- guru sekolah anda yang paling anda suka

heeee. sambung semula cabaran cik ezy hari tu. tetiba kannn. almaklum kerajinan jarijemari ni nak menaip itu ini. plus sementara menunggu jam pukul2.

guru sekolah yang paling anda suka. erm. sekolah mana? sekolah menengah? sekolah rendah? kolej? u? hah. ada banyak sungguh ni mahu pilih mana satu. keliru. keliru.

bagi memendekkan karangan ini, aku pilih sekolah menengah la yek. aku paling suka biology teacher. cikgu Shamsinar Ahmad. auw auw. cikgu tu sangat selamba and cool dan juga garang. nak bercerita a.k.a gosip apa pun dengan dia memang tiada halangan la weyh. memang a kelas kitorang selalu kena marah dengan dia. sebab kelas kitorang je pun yang belajar bio . cikgu ajar kami science form 2 and 3 then biology form 4 and 5. cikgu rela tunggu kami habis spm, kemudian cikgu tukar sekolah yang dekat dengan rumah. classmateclassmate aku da biasa da kena lempaq buku not sebab nota hancuq, kerja tak siap. bila da ada student yang kena macam tu, aku jadi fobia. aku usaha buat kerja leklok. cewahhh. (tapi aku takpenah kena hentam seteruk tu. heeee. ada sorang lagi kawan aku pun tak pernah kena jugak. kami takpenah bodek cikgu okay) kadangkadang bila cikgu bebel untuk satu kelas. aku pun terkena juga. so diam dan dengar je apa cikgu nak cakap tu. 

apa yang aku takleh lupa pasal cikgu ni, masa dia tengah marahmarah kat student, tetiba dia tersengih kat aku. kononkonon macam saje je nak kenakan budak tu. nakal uh. haha. lagi satu masa kena hantar nota. nota cikgu ni dia akan minta dengan secara sukahati anytime. so kena la bertungkus lumus siapkan nota bio dari mulamula kelas sampai current topic. nota aku gila punya ringkas sebab aku pemalas. kadangkadang tu, satu topic yang besar tu, aku boleh buat dalam sehelai page je. tapi komen lepas dia mark buku aku, ringkas, kemas dan informative. hahahaha. nak tergelak aku. dengan kemalasan aku buat 2 3 patah perkataan pun buleh dapat macam tu. kesian kawan aku yang penuh buku menulis. tapi still kena hentam. ngehngeh.

walaupun kami sekelas sering dimarahi. tapi setiap tahun hingga sekarang kami takpernah miss melawat cikgu di rumahnya. setiap tahun juga aku tak lupa wish selamat hari guru. kegarangan dia bagi aku semangat untuk belajar.

that's all. with that. 
thank you. xoxo :)  

September 9, 2011

rara zikry

ohmai. ohmai. mungkin ada orang would say i am a bit lame. adakah berada di kawasan sungai buloh membuatkan aku kurang pengetahuan begini. what the. huh. 

Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri a.k.a Rara Zikry menjadi bualan hebat di Malaysia sebulan lepas terutamanya apabila ceritanya keluar di berita NTV7. yup. aku baru google about all this selepas aku tengok WHI tadi. curiousity makes me googling all this. semangat kan. what to do. that is me. 

"On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives & friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen. Her hands & legs were stiff until today and she needs further medical treatment from specialists at University Hospital. Her diagnosis is Hypoxic Ischaemic Encephalopathy, in simple explanation : brain injury due to lack of oxygen because she had difficulty breathing. Hospital cost for the treatment at Subang Jaya Medical Centre came about RM80,000.00 not to include the cost at DEMC and later some other cost incurred at Sunway Hospital. This time her follow up treatment at Hospital University require intrathecal medications for her spastic episodes which would involve

1) EDM Lumber Drainage Kit, Qty 1 costing RM900.00 per unit
2) IT Baclofen test doses 1ml/vial (50mcg/ml) Qty 3 costing RM115.00 per unit
3)Intrathecal Drug Delivery Package
i.e Synchromed Programmable Pump, Two piece catheter kit, Tunnel rod Qty 1 costing RM45,000.00
4)IT Baclofen 20ml/vial (500mcg/ml) Qty 1-2 vials /mth costing RM670 per uni
t"

from a webpage to another webpage. from a blog to another blog, baru la aku tahu what had happen to her. she had an attack while cycling with her friends at Shah Alam. She is known an asthmatic patient. they thought that she is having a normal attack. then, rara asked her friend untuk hantar dia ke hospital. sampai je di hospital, doctor bagitahu yang dia dah coma.

and now. setelah beberapa lama rara di hospital menerima rawatan di PPUM, kos rawatannya hampir mencecah RM100,000. satu page telah dibuat untuk membantu keluarga rara menyara kos perbelanjaannyya di hospital. 

aku yakin yang sebenarnya pada asalnya tidak ramai yang mengetahui siapakah dia. tetapi di atas keprihatinan rakyat Malaysia, rasa bertanggungjawab dan mengasihani kepada sesama manusia marilah kita samasama mendoakan rara agar di kembali pulih seperti sedia kala. dan sekiranya anda buleh menderma ke

Maybank Account Details
Account Holder Name: Zarina Binti Amir
Account Number: 112183147486
SWIFT CODE MBBEMYKL

Please contact Zarina Amir (Nadhira’s mother) @ 012-3603509 or email zarinazikry@gmail.com for further infos. 

to rara: i dont really know who are you, tapi aku tahu yang sangat ramai mengasihani kau pada ketika ini. semoga tabah menghadapi dugaan Allah ni sebab Allah hanya akan menguji hambaNya yang mampu. yang pasti pasti kau ni seorang yang baik. terbukti bila ramai orang mendoakan kesejahteraan kau di your donation page. (regardless what other people would say or think of you. i have my own thought). 

kepada keluarga rara: bersyukurlah anda semua  di beri dugaan seperti ini sebab Allah sebenarnya sedang memberikan anda peluang untuk mengutip pahalapahala dari padaNya. 

Diriwayatkan Imam Muslim dan Imam Bukhari dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bersabda: 
"Tidak satu musibah pun yang menimpa diri seorang Muslim, baik berupa kesusahan dan penderitaan, kesediihan dan kedukaan, maupun penyakit. Bahkan sepotong duri yang mencocok anggotanya, kecuali dihapuskan Allah itu sebagian dari kesalahan-kesalahannya."


September 8, 2011

medic @ detour raya

SELAMAT HARI RAYAAAAAAAA! bermingguminggu nampaknya tak menghupdate ini laman. nampaknya peminat yang menjadi peminat setia pun menarik jarijemari mereka dari meneroka laman ini. chewaaaah. ayat macam hot sangat je blog ni. tulis pun ikutsuka je. hehe.

apa yang berlaku to you all punya raya huh? best tak? raya di kampung ke di bandar? that is not a problem kan. raya tetap raya. baju raya, kasut raya, tudung raya, semua tetap ada kan. tapi solat hari raya jangan lupa pulaaaaa. itu penting tu. setahun dua kali je tau. raya puasa and raya haji.

raya tahun ni lain sikit dari raya yang sebelum ni sebab telah dilaksanakan medic tour raya at kelantan. ewaaaah. terimakasih la kepada pilot yang menyempurnakan tour ni yang mulamula as guraugurau je. garagara jalan raya aku, aiman, abu and nazren ke rumah duwe sehari sebelum tu. taktahu pula jadi betulbetul. *terharu*  

pukul 8.30pagi  nazren bertolak dari Bachok. 8.30? what the. aku pun tak bangun lagi okay. awal bukan main lagi. semangat punya pasal. then pick up duwe, faris, abu. sepatutnya lisa join sekali. tapi tibatiba something happened. dia tak dapat follow. so sad. next to tumpat, amek mira and pali. then baru ke rumah aku. ke pantai sri tujuh rumah fifi dan ecahcang.

our aim ialah ke machang! here we come machang. 


yana sani claimed she made it herself 'soto'. sebagai kawan aku cuba untuk terima kenyataan tu walaupun sangat berat. haha. how could it be??? masak nasi pun suruh aku. ni kan pula boleh buat soto. cayalaaaaaaaaaaah! aku pun takreti. haha.

"eeeee. aku nak makan makaroni bakar laaaa. kenapa kau takbuat makaroni bakar?! gggrrrr."



sambung dessert kat rumah cheeko. naseb baek cheeko mengaku bukan dia yang buat. kalau tak, lagi a aku tak percaya. haha. so sedaaaaaaaaaaaaaaap!


both of them ni rumah sebelahsebelah. they buat suprise for all 3rd year medical student of UiTM Shah Alam yang going to sit for end of posting exam beberapa hari lagi. buat exam elokelok okay.




berjamjam bergambar sebelum bergerak ke rumah muiz pulaaaak. memang sah camwhore mereka neyh. haha. 


here. muiz's house. nampak tak? nampak  takkkkk? that's it! yeaaaaah. makaroni bakar. makaroni bakar. seperti nak melonjak kegembiraan depan mak diaaaaa. haha. oppppsss. jaga kesopanan sikittt. ngehngeh. akhirnyaaaaa. makan sambil senyum lebar dan yang lain pun memang dah tahu aku memang nak makan benda ni. so nonstop la memerli aku. ada aku kesah. yang penting dapat makan. ngeeee.

time's up. balik rumah. jem melampaulampau kat kota bharu tuuuu. malam baru sampai rumah. ishish. sehari jalan raya. what to do. kalau kereta tu ada sayap, senang la juga nak sampai anywhere on time.

before that. 





bye. bye. bye. jumpa lagi tahun depan tour medic raya. haha. raya raya juga. jangan lupa exam ye. 
kepada NIK LISA, kau kena follow tahun depan tau. ini arahan. haha :P
kepada semua kawankawan yang terlibat. thanks sangaaaat. perjalanan raya aku kat kampung da bertambah destinasi. kalau tak, raya rumah saudara mara je. heeee. THANK YOUUUUU! sayang korangggg laaah!

that's all. with that. thank you. jumpa lagi. :)

August 17, 2011

berbuka dengan classmate

location: restoran tomyam kota at kota damansara & uptown damansara

best breaking fast eva with schoolmate 5 SETIA tercinta. if im not mistaken, last year venue was at pizza hut, mid valley. missing them so very much. finally, plan worked. :)

menu for 10 persons. ni baru sebelah. ada satu set lagi on my side. tak habes dan dibungkus. siapa ek yang bawa balik hari tuuu? nway, so much thanks to firdaus. semoga murah rezeki lagi okay.

couple of the planner. pity aida. have been plan reunion for so many times. genting lah, bukit broga lah, macammacam plan. semua tak menjadi.

sangat kekeyangan. berjalan kat dalam uptown tu pun da taktahu nak beli apa. ingat nak beli baju! aaaaaaa. lupa.

all are my bestfriend since school year. lama tak jumpa. rindu! jumpa hanya di alam maya. setahun sekali dua je jumpa in real. masa raya dan puasa. macam ni lah.

tak cukup lagi dua. sorang accident and the other one tak dapat cuti kot.

thats all. mereka semua dah berjaya. dah bekerja pun. and some of them dah nak grad pun next semester. hurm. aku ni sangat berzaman lagi. pity me but still suka sebab mereka boleh support kalau nak hang out. oo yeahhh. kalau macam ni belajar sampai ke tua laaaa. :D

tak sabar nak tunggu raya pulaaaa. semoga menjadi la yeee. cikgu shamsinar mesti menanti kehadiran kita every year. hehe :)

July 26, 2011

monctuary

assalamualaikum. selamat petang.

rajin nya aku nak menghupdate blog hari ni instead of doing kerjakerja lain lebih tidak berfaedah.erm. saje nak storystory what i have done in this couple of days sampai tak jengah langsung blog yang semakin malas nak dikemaskini ni. ntahntah dah takda orang nak bukak blog ni sebab fikir yang aku takkan update da. huhu.

minggu lepas aku menyerabutkan diri dengan membaca jurnaljurnal regarding cell cycle. hurm. rupanya cell cycle tu tak semudah S phase dan mitosis phases masa kita belajar zaman sekolah dulu. sampaikan kawan aku boleh cakap,
"rupanya ada sebanyakbanyak kita belajar selama ni, ada lagi benda yang dalam cell cycle tu yang takde dalam buku kita dulu".

biasalah tu kan. ilmu Allah ni mana ada penghujung. orang kata tu seperti lautan. bila kita berada kat pesisir pantai pun, kita takkan nampak kat mana hujungnya laut tu. ilmu yang kita semua ada sekarang ni ibarat setitik je air kat laut. wahhhh. banyaknya benda yang kita tak tahu kan. *rendah diri*

semalam pula aku melawat histopathology lab. tengok doctor buat grossing. grossing ni macam buat macroscopic examination lah. the first step untuk prepare diagnostic histopathological slide tissue obtained from operation procedure. so semalam ada biopsy from breast tissue, colorectal tissue and also gestational sac from product of conception. 

today i went for tissue processing and blocking at forensic department at hospital sungai buloh. aku taktahu la apa ntah kes aku ni rasa really excited nak get in monctuary. haha. tapi masa mulamula masuk tu terus nampak mayat kat tepi jalan tu. aku nampak yang dekat dan tertutup dengan kain batik. raja and asri pula nampak yang jauh yang berkapan. aku terus tarik raja, jalan lajulaju. abang yang bawa kitorang masuk kat situ tengok kitorang dah cuak gila pastu gelak. ceyh! lepas hantar kat tempat tissue processor tu, dia tak habeshabes gelakkan kitorang. mana takye. terkejut kot tetiba kat situ. haha.

aku tanya akak pegawai sains kat situ,"kenapa la dia buat lab ni kat dalam ni?". kalau aku memang tak g kerja dah kalau kena duk situ harihari. >.<
but then sempat la melangkah ke tempat storage mayat. waaa. konon cam perasaan nak tengok tu membuak. tapi takde la aku buka peti tu. gila ke. melangkah depan sikit ada bilik tempat mandi and kapan. tercapai lah hasrat aku! yeay. haha. walaupun sekadar masuk.


July 19, 2011

paediatric ward

yeayyy.. finally. updating. wahwahwah. konon busy bersama en. journal yang macho. chewahhh. padahal asyik chat je memanjang. membaca sangat slow and steady. and it is not very easy to understand each article. and everyone seems busy with their clinical life. menyiapkan case write up, clerking patients and so on. waaaa. so jealous meh melihat mereka.

hari ni was the second day aku follow my friends ke wad kanakkanak. masa first day hari tu, it was quite ok sebab kejap je kat situ. and memang tak buat apa sangat. just tengoktengok je. then hari ni, sangat berbeza. kononkonon follow ward round specialist. perghhh. kenapa kau tak boleh tahan? setakat 5 bed je kot aku sempat. lepas tu aku nak pitam terus aku tanya membe, kat mana bilik seminar? taktahan nak muntah and perlu take a sit. huhu. tak breakfast. that's why lah jadi macam tu. weirdo lah aku ni. memalukan diri sendiri jek!

bukan senang nak buat physical examination on baby. wuuuu. kesian sangat bila tengok abdomen baby kena press by the doctor. being a doctor kena heartless. baru lah menjadi. hurmm. how im gonna get through all that huh if tu pun aku tak sanggup nak lihat.adoiiiii.

next pitstop is O&G ward. haha. wait for me. when im free. wanna be there pulak. menyaksikan ibu mengandung dan melahirkan anak. weeee~ (kononkonon kan)

July 9, 2011

DAY 14 : perkara yang menarik anda lakukan hari ni

hari ini. hari sabtu. hari kedua berada di kampus sgbuloh fakulti perubatan UiTM.

perkara menarik yang aku lakukan hari ini ialah duduk beramairamai di rumah baru dan berbual di dining room rumah baru. errr. menarik ke?  >.<"

actually yang paling best ialah joining early clinical exposure (ECE) with the our senior. our batch dah dapat list of posting. so, perjumpaan ni according to posting. surgery, OnG, paediatris, ruban, medicine. fine lah kawankawan, aku tak join posting for this year kan, tapi still menyibukkan diri kat situ. hehe. aku teman teha. obstetric and gynaecology is her first posting. apa yang menarik ek? haha. aku pun taktahu. pengalaman dorang kot. how they can tell about all the doctors complete dengan perangai doctors tu gila hebat lah kan. ada je pantang larang doctor tu. kena bersedia mental dan fizikal.

nway, good luck all my friends in clinical years. :)

DAY 13 - apa yang ada dalam beg duit anda

beg duit. tiba tiba teringat purse yang kena rompak awal sem 3 dulu. huhu. tak baik betul meratapi. garagara kes tu,semua kad dan gambar penting semua dah tinggal kenangan. huhu.

now apa yang ada ialah:

-wang. sudah tentu walaupun tak banyak.
-kadkad ATM. sumberpendapatan aku. 
-lesen P. tandanya tak competent lagi.
-lesen L. simpan lagi taw. 
-kad bit. untuk naik bas rapid.
-resit pembelian dan resit pengeluaran wang dari ATM dan tiket wayang dan tiket bola (:
-personal kad kawankawan.
-gambar pasport.
-kad diskaun cziplee serta kedai lain. zaman sekolah punya sebab dulu hantu buku. sangat banyak buku saya ada. >.
-matrix card.

tu je kot. bye! :)

July 8, 2011

DAY 12: apa yang ada dalam beg mekap anda

apa yang ada dalam beg mekup. haha. beg mekup pun takda. serius! dulu ada. tapi disebabkan aku guna barangbarang pastu letak kat tempat lain. lastlast beg entah ke mana, barang dalam tu entah ke mana. hehe.

fyi, aku bukannya reti mekupmekup ni. so apa yang ada just simple one je. 

-bedak compact avon. yang mama belikan. haha. entah berapa bekas entah. tak habis lagi dah beli yang baru. hehe. tak minat sangat guna sebenarnya. baik guna powder talc je. lagi best!
-lipbalm. elf. mint. sedap!
-eyeliner. dah jarang pakai.
-losyen. hantu losyen. kalau kat kelas, sesape nak losyen, boleh cari aku ok! macam macam ada. tak habishabis jugak. haha
-rexona deodorant.
-ketip kuku
-perfume.

okay tu je. bye! :)
 



DAY 11: gadjet yang anda ada

gadjet? apa benda aku ada? jap aku cek.

- en. handphone luster white kesayangan with si hijau. paling disayangi. perfecto phone. muahmuah.
- cik lappy yang sentiasa menemani. segalanya di sini. ngeee.
- si berukband pon kira gadjet jugak kan walaupun semput gila macam siput sedut. stres >.<"
- si kamera yang hidup segan mati tak mahu je the pictures. 
- card reader! eyh jap. mana aku letakk?? -_-"
- brick game 9999 in 1 leh masuk tak? haha. :D

hmm. tu je lahhh. huhu. ok fine. gadjet aku tak hebat. aku bukan pengumpul gadjet derr. kalau tanya buku yang aku ada, sure penuh list aku buat. ngeee~
bye! :)

July 6, 2011

DAY 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?

hari yang ke-10 aku menghupdate ini blog based on cabaran cik ezy. apakah yang telah berlaku pada aku sehari ini.

start dari 12 tengahmalam. aku keluar dengan ayah dan adik aku. beli barang dapur di NSK Selayang. mulamula ayah aku biarkan aku and adik aku pergi cari barangbarang yang mama dah tulis kat kertas. jenuh pusing. first time pergi beli barang dapur mama tak follow.huhu. tapi stil dapat amek jugak barangan tak berpatutan. hehe.

lepas tu, lepak kat kedai makan areaarea situ. jadi pemerhati. mulamula sampai tu xde orang sangat. bila da pukul 2 pagi tu, ramai pula pekerja NSK datang makan. time rehat kot. perghh. dorang makan. terkejut aku tengok sepinggan nasi dorang. anyway, they all foreigner. ada yang makan nasi putih sahaja. ada yang makan nasi putih+mee goreng. dorang tak amik lauk pun. kesian yew. serius rasa cam berada kat kawasan orang susah je. huhu.

after that sambung pergi pasar borong selayang pulak. selalu memang abah akan pergi pasar ni. selama ni abah g sorang je pagipagi buta gini. tapi semalam, aku terajin terlajak pula ikut.

okay. sampai rumah jam 4 pagi.

next kul11pagi. teman mama and nenek pergi masjid india dan jalan TAR. perghh. panas! tapi syiok jalanjalan walaupun sangat lah letih. btw, dapat lah 2 3 barang. haha.. 

malam ni. TRW menang! wooo. sangat suka! and elecoldshox pun menang jugak! heee. 

boleh tidur dengan senyuman yang manis. dan menanti esok tiba dengan hati yang girang. berdoa agar segalanya baikbaik aja esok. :)

July 5, 2011

Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) 2011 UiTM

Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) 2011 telah diadakan di UiTM Shah Alam selama 3 hari 2 malam di sertai oleh pelajarpelajar dari sekolahsekolah menengah di daerah Pekan dan Sembrong seramai hampir 1000. objektif seminar ini ialah untuk memberikan motivasi kepada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM pada akhir tahun ini. tema SMGM ini ialah "antara kita terpisah tiada".

berkonsepkan mentor mentee. mentor merupakan pelajarpelajar dari UiTM sendiri dari kampus Shah Alam, Puncak Alam dan Puncak Perdana. setiap orang mentor akan menerima 5-6 orang mentee terdiri dari pelbagai kaum dan agama. mentor lah kena menjaga para mentee bermula dari hari pertama mereka mendaftar hingga hari terakhir iaitu ketika mereka ingin pulang semula ke destinasi masingmasing.

my mentee are wawa, pqa, eina, tisah dan shu ting. mujurlah tak susah sangat pun nak jaga mereka semua. mulamula semua bukan main segan segan lagi. tapi lepas dah approach suruh bercakap tak sampai sehari, dah boleh gelak ketawa. berbual itu ini. aku pulak jadi pendiam. haha. dan tiaptiap hari jugak orang akan ingat aku ialah mentee. garagara ketinggian aku yang takberapa tinggi. kadangkadang mentee aku sendiri tak nampak aku kat belakang dorang.  ciss!

hari pertama: 
sementara menanti kehadiran mentee masingmasing di dewan makan mawar. sebanyak 180++ kumpulan yang ada. dan aku kumpulan 150. waaa. jenuh kot tunggu giliran tiaptiap kali nak naek bas. sebab angka 150 tu. haha. anyway these are my new friend met here. they also mentor. misss them! <3

majlis perasmian pembukaan SMGM di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam. 

para mentor yang setia menanti adik masingmasing di luar dewan. nak kena bawa balik naik bas. kalau hilang naya. bagusnya mereka. sangat bertanggungjawab. haha. letih mana pun. amanah tetap harus dipikul. 

hari kedua:
ice breaking session. baru sempat nak berkenalan. busy! dengan aktiviti dan masa yang tersangat terhad. two of them wanna be doctor. ada yang nak jadi accountant, nurse. i like. good luck ye adikadik. belajar rajinrajin untuk capai citacita.:)



ini ialah antara aktiviti mereka. aku tak ingat lah nama aktiviti ni. sound like. true time of Malaysia from 1950 hingga Malaysia akan datang. they are so creative. mulamula aku ingat lukisan tu dah dilukis dan mereka just perlu warna. haha. rupanya ther just given a blank kain rentang putih tu sahaja. hehe. you all memang marvellous lah!



BBQ nite! really awesome gila! semua mentormentor bergembira. haha. lepas makan semua berkumpul di dataran SAAS. menari dan bernyanyi samasama. sahabat selamanya, masihkah kau ingat! bestt! 

last day: 
lawatan di dalam UiTM. aku telah memilih route B. bermula dari kolej mawar ke bangunan S&T kemudian menaiki bukit dekat fakulti mascom, FSPPP, Pergigian, Sains Sukan. then pusat islam. fakulti sains gunaan, menara SAAS dan masuk DSB. haha. letih pun tak rasa sebab banyak sangat snap pic. dari group aku 5 orang shj. berubah jadi 12. ada mentor yang sakit dan yang lain, sebabnya dirahsiakan. haha.

ok! these are my mentees! cik ema. awak nak tengok sangat kan? ni untuk awak! haha. jaga mereka merupakan tanggungjawab yang besar. aku jaga adik aku pun tak gini. kalau adek aku yang real, aku dah cubitcubit dah ni. haha.


kemudian jadi seramai ni. haha. 



aku rasa sangat beruntung sebab dapat jaga mereka berempat ni! haha. actually they are from different group. degil ni, aku cekik sorangsorang. haha.
mereka ada cakap sesuatu kat aku: 
-sorang cakap macam ni: "kakak, dia kata muka kakak macam cina." 
 aku, "mana ada. gelap je muka. haha"
-yang lagi sorang: "kakak, awak ni macam adik saya maa."
aku: haahaha! kakak muda eh? okay, kakak! kakak panggil awak kakak pulak. haha.
-mentee aku sendiri pula cakap macam ni," awak takde mata lah kakak"
aku: awak pun sama! :p
kahkahkahkah... sumpah aku gelak bila kali dorang cakap tu. adaada je benda nak kenakan aku kan?! gggrrr. 


perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein. (anak dia hensem dah cantik okay!haha...) Vice chansellor UiTM pun ada jugak. :)
lastly, ini ialah kenangan terindah di UiTM selama 2 tahun aku berada di Shah Alam sebelum berpindah ke Kampus Sg Buloh pula minggu depan. semoga hubugan yang sedia terjalin akan kekal selamanya. dan kepada semua pelajar dari daerah sembrong dan pekan, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN SEMOGA BERJAYA! :)


p/s: aku dapat keychain cute dari adek mentee. dia kata matching dengan warna cover handphone. comel! :) 

DAY 9: perasaan anda hari ini

hari ni aku bangun awal pagi! sebab my nenek ada di rumah! :) semalam balik from shah alam terus tidur. waaa. im home now! sukasuka. 

bangun pagi, barulah sempat aku nak stalk and being uptodate di facebook. suka! sebab dapat kawankawan baru di fb. kawan yang jadi mentor di SMGM jugak! :) continue balik baca postpost yang lain. hurmm. patut la status semua bukan main lagi. ada kes rupanya. sementara cuti semakin berkurang ni lah. macam terjadi. ok! what had happen tu aku tak suka! sedih bila jadi macam tu. (tak semua akan faham pasal yang ni. this might be confidential and i wont talk about it further. tapi yang faham tu tanx!)


that's all. malas nak cakap banyak. letih! haha. bye :)

July 3, 2011

DAY 8 : pergaduhan teruk yang pernah anda alami

assalamualaikum..
continue update untuk sahutan cabaran. waa. akhirnya terdetik juga hati aku nak sambung balik benda ni. fyi, aku sedang berseminar di UiTM. menjadi mentor kepada adikadik angkat dari parlimen sembrong dan pekan. that's why macam busy. dan tak sempat nak mengikut hari yang sebetulnya bagi menyiapkan cabaran ini. btw, this seminar will end tomorrow. cerita seminar ini akan muncul kemudian sekiranya waktu mengizinkan.

pergaduhan? what the? tak baik kot gaduhgaduh aku. aku tak ingat sangat pasal pergaduhan ni. ye r. baik kot. bertikam lidah sekali sekala tu adalah. tapi tak sampai beberapa minit dah baik semula. maklumlah. dah besarbesar ni. tak guna gaduhgaduh kan. cewahhh..

dunia sekolah rendah: ok. aku tak ingat sangat. serius. tapi ada gak a budak yang aku tak kamceng and memang tak boleh masuk langsung dengan budak tu. kecilkecil lagi mulut dah macam apa. ggrr. stres! ouh ye. tak tahu apa reason pon. tetiba je bersengketa.

dunia sekolah menengah: biasa lah kalau ada senior tetiba nak cari pasal dengan junior. apa kes ntah nak aimaim orang plak. ingat lagi masa interview PRS. dia tanya aku soalan bukanbukan dan soalan aku aku paling terrible. pastu boleh nak buat ayat kurang di ajar. fuhh. mujur lah seniorkan. aku buat muka je lah. dan aku jawab macam orang sengal jawab interview dan sumpah aku benci dia. lepas je interview tu, heboh satu kelas pasal dia buat aku gtu. dan lepas kejadian tu, memang aku tak boleh tengok muka dia. nasib baik kawan aku semua tak suka dia. (actually dia tu lelaki yang auw auw. so pahampaham la mulut macam mana dia kan )tapi last sem terserempak dia dalam bas nak balik kl jugak. dia tegur aku! haha. tapi makin teruk je gaya. huh!

dunia matrix: pergaduhan yang tetiba je terinvolve dengan aku sekali. padahal aku tak buat apaapa. cuma disebabkan kawan aku ni je. geng perempuan tu tak puas hati sebab ada orang yang dia minat tu minat membe aku. benda paling bodoh dorang buat ialah dorang koyakkan teddybear yang pakwe kawan aku kasik kat dia. perghh. cerita kisah dia boleh buat satu post yang lain. sangat panjang okay!

okay. sekian. selamat malam. aku dah ngatuk. esok kena buat lawatan UiTM pulak. jalan kaki taw! semoga aku sampai ke destinasi nanti. haha. bye! :)

June 29, 2011

DAY 7 - tiga perangai baek anda

assalamualaikum
akhirnya aku kembali untuk sambung cabaran ini. this is so the very tough punya task. aku menghilang untuk mencari ilham kot. haha. so now nak settle kan the next one. fyi, some of the answers were gained from my BFF cik ema. some of them, aku yang cakap sendiri. okay! fair enough la kan for me. tak de isu puji memuji diri sendiri ye. hehe.

1. " kau ni terlalu baik lah. orang buat apa pun kau still nak layan lagi."
- this is me? really? hurmmm. mungkin aku tak sanggup nak sakitkan hati orang kot. sebab aku sangat berpegang pada katakata, what ever you give, all will comes back to you. so, kalau kita nak orang layan kita dengan baik, kita kenalah layan orang dengan baik jugak kan. walaupun kita tahu yang semua orang takkan berfikir seperti apa yang kita fikirkan. and sebenarnya aku mudah rasa tak sedap hati if hati aku terdetik ada buat orang ter'sakit hati' dengan aku. nampak je luaran macam aku gamblegamble, cool like nothing happen. but the truth, is dalam minda aku berpusing memikirkan apa yang telah berlaku. dan sekiranya keberanian itu datang, aku akan minta maaf. takpun aku akan act as nothing had happen dan berkomunikasi as usual. dan paling severe, aku akan diam je sampailah dia yang bercakap dengan aku dulu. hehe

2. " keras hati. tapi still buat jugak."
- macam mana ye nk bagitahu. ermm. like this, kalau dah kerja itu diamanahkan atas nama aku. aku akan pastikan that job was totally done. fine lah. aku tahu aku takde lah too perfect. tapi at least siap. tak kira la se'emo' atau tak sepuas hati mana aku sebelum tu. tapi prefer to be alone to make it settled.

3. sangat komited untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri dan juga masa depan. yes! if that i want, no matter what, aku kena dapatkan. baru aku akan berpuas hati. that's me. sesungguhnya hanya kita yang tahu apa yang kita inginkan. usaha tangga kejayaan. namun, doa dan nasihat parents, kawankawan dan orang sekeliling sangat lah dihargai.

4. aku sangat sayang all my stuffs. (melebih sudaaa..) anybody yang take it memang aku akan serang. gggrr. 7 hari 7 malam aku sebut. serius. dan sekiranya hilang, aku tak leh nak tidur lena dan aku takkan buat benda lain. memang aku akan cari sampai jumpa. till aku puas hati.


p/s: ada yang nak tambah ataupun tidak berpuashati? anda dipersilakan beri komentar anda okay. no hard feeling. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers