August 30, 2010

erkkk... kenyang la pulak

assalamualaikum.
ERRKKKK!!
kenyangnya. hari ni kenyang over pulak sebab dapat beli makanan berbuka dengan sangat best. dah naik bosan harihari dok ngadap muka makcik kat bazar dataran cedekia uitm ni. alihalih nasi lemak ayam berempah, charketiow, nasi kerabu, macaroni goreng, kuih yang tak sedap langsung tu and banyak la lagi. 

 petang tadi pergi bazar dekat STADIUM MELAWATI SHAH ALAM. tanx to SWIFT!! puas hati betul. macam macam ada. sebut je nak makan apa. yang pelik yang tak pelik semua ada. maggi murtabak, rojak singapore, kambing bakar, kuih pelbagai jenis. patut lah orang malaysia ni gemukgemuk. menu tu pelbagai. kalau air tu, macammacam kaler. aku rasa selagi buahan atau sayur tu boleh blend, selagi tu boleh jadi air and dijual. 


selama ni aku tak pernah paham kenapa orang yang ke bazar mesti nak kena beli sampai penuh tangan. macam lah habis makan semua tu. orang yang beli banyak banyak ni mesti tak reti nak lawan nafsu makan. plastik makanan tu sampai kiri kanan. memang hebat betol la perut dorang ni.
aku pernah dengar sorang minah ni cakap kat member dia masa beli makanan kat bazar,
"weyh2, jom la balik. tangan aku dah penuh kiri kanan ni."
WOWWW!!!! nampak sangat lah setiap hari masa beli makanan, dia cuma akan berhenti beli dah tak muat tangan. memang salute lah orang gini. tak sangka aku. macam lah esok dah tak boleh beli. kalau ye pon kempunan, agak agak lah. ada pulak yang memang spare duit untuk berbelanja kat bazar dan seboleh boleh nak habiskan duit tu hari tu jugak. kalau spare tu setakat RM5 takpe lah jugak. ni kalau sampai RM10 tu dah kira banyak. 

ingatlah yang bulan ramadhan ni nak mengajar kita supaya bersederhana.  kalau kita asyik beli ikut nfsu macam tu, macam mana objektif bulan puasa ni nak tercapai. lagipun membazir tu amalan syaitan kan? Allah tak suka orang membazir ni. bulan puasa ni lah kita nak kena ingat pada saudara kita yang susah tu. mereka tak mampu nak beli makanan yang sedapsedap pon taw.

okayy. okayy. sambung kisah yang aku pergi bazar di stadium. mulamula tu rambang mata nak beli apa untuk berbuka. pastu bila dah letih pusing tu, baru lah start beli makanan. nafsu aku tergugat lah hari ni. selalu macam tak suka membazir atau takkan beli banyakbanyak sebab aku tahu yang aku memang tak kan larat nak makan. tapi tadi, aku beli macammacam sampai tak tahu dah bila nak makan yang tak makan lagi tu.
meh tengok apa aku beli hari ni.

nasi goreng pattaya : RM3.50
ayam percik : RM2.50
maggi : RM2.50
air kelapa lemon : RM2.00
sata : RM2.00

takda la teruk sangat kan??? hehe... padahal tak habis makan pon lagi. konon je beriya nasihatkan orang jangan nak membazir tapi kali ni aku pulak yang beli melampau sampai tak habis makan. aku beli ni pun sebab entah bila lagi dapat pergi bazar yang best gini. jangan ikut tau apa aku buat ni. okay janji dah tak buat lagi. hehe.

JANGAN MEMBAZIR TAW!!

malam seribu bulan


assalamualaikum..
dah masuk malam ke 20 ramadhan kan kita berada. macam mana tarawikh? cukup ke? bila sampai je fasa 3 malam dalam bulan ramadhan ni, mesti semua terfikir tentang satu malam yang hanya ada dalam bulan ramadhan ni je.







MALAM LAILATULQADAR
jom kita singkap sikit apa best malam lailatulqadar ni.
Ia berlaku pada malam ganjil sepuluh malam terakhir dalam bulan ramadhan. 
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. 
Bukhari)

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

malam lailatulqadar ialah satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan di mana ia penuh dengan keberkatan. bagi sesiapa yang berjumpa dengan malam tersebut, maka segala doanya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. INSYALLAH.

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


bukan senang kita nak berjumpa dengan sebuah malam yang amat hebat ni. Allah dah nilai kita sebelum kita dipertemukan dengan sesuatu yang indah ni. kalau malammalam yang sebelum ni pon kita buat tak endah je. tarawikh pon tak cukup, puasa pun asyik makruh, perkara sunat pon kurang, no point lah Allah nak bagi bonus pada kita kan? contohnya macam pekerja dengan majikan. kalau pekerja dia asyik malas je, nak ke bos tambah gaji? buat bankrup company je la kalu gtu. so lu pikirlah sendiri!

kalau seseorang tu dia banyak beribadah di bulan yang mulia ni dan dipilih oleh Allah untuk bertemu malam itu, macam mana nak tahu yang malam tersebut ialah malam lailatulqadar? menurut para ulama, antara tandatandanya ialah :




- melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
-mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
-melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
-doanya termakbul
-Udara dan angin sekitar terasa tenang


terdapat doa khusus untuk malam lailatulqadar.


 "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. "

 dan wajarlah doa ini dibaca setiap hari kerana kita tentu pasti yang kita berjumpa dengan hari yang tepat. 

-SEMOGA IBADAH KITA DITERIMA OLEHNYA DI BULAN YANG MULIA INI-

August 29, 2010

jalan puncak alam

"fiza, jom teman aku pergi puncak alam."
"what??!!! puncak alam? kau ingat dekat ke? mahu lebih sejam tu pergi balik. aku ni nak kena bukak puasa lagi. lain la kau."
"alaa... nanti kita singgah la bazar dekat pkns tu ke. kejap je pergi trus balik. jangan risau. tambang teksi semua aku tanggung."
"kejap je an? aku tak larat dah ni. okay. bila nak gerak?"
"jap ag pukul 5.30 ok."
"yelah2"
********

tunggu pakcik teksi yang dah di call. 
"pakcik amik berapa nak pergi puncak alam?"
"ehmmm.. kamu biasa pergi tak?selalu kena berapa?"
"tak da lah biasa tapi dalam RM25 camtu kan?
"ishh. mana ada. biasa pakcik kenari amik RM45sehal. kalau pergi balik RM90 lah."
(wahhhh!!!!! gila bapak mahal. pakcik ni saja ni sebab tahu kitorang tak pernah p sane)
"ouh ye kew? kalau macam tu, kami nak pergi pkns jew lah pakcik. nanti saya call kawan saya suruh datang amik."
(trick yana je ni sebab tak pergi dengan pakcik ni. cekik darah)

**********

"weyh yana. kita pinjam je la kereta shahmi. kalau dekat RM100 tu baik kau bayar kat mamat tu tak pun kau full kan tank minyak honda dia. daripada kau bayar tambang teksi yang macam tambang flight tu. membazir je."
"okayy. jap try tanya dia."


"jap lagi dia sampai hantar kereta."
"ouh yess!! tak payah susah nak cari teksi."

***********

sepanjang perjalanan yang sangat lama nak sampai. buhsan and aktiviti aku ialah....



*yana drive + fiza tak da kerja*




**********

after setengah jam, sampai lah destinasi.



uitm kampus puncak alam.

terpegun sangat bila sampai sana. cantik sangatsangat. waktu malam dengan lautan lampu, buat kawasan ni lagi bertambah cantik.
tapi nak jalan tu memang sangat jauh.
memang boleh kurus study dekat sana.


pic ni aku snap sendiri taw.
 cantik kan? aku suka sangat tengok suasana ni.


dari dalam bilik di kolej rafflesia.




okayy dah abis berjalan. time to study. cranial nerve sedang menanti aku. bye semua. :)

August 28, 2010

emo emo dan emo

salam...
apa yang berlaku pada aku minggu ni serius aku tak pasti. tapi yang aku tahu ramai yang jadi mangsa emo aku. aku marah tak tentu pasal. 2 hari lepas, budak kelas kena tengking. memang marah sangatsangat masa tu.lepas beberapa jam, aku berfikir balik hal tu. aku tak patut marah macam tu sebab dia memang selalu gurau dengan aku and dia memang tahu kot perangai aku macam mana.


-teruskan untuk senyum seikhlas mungkin taw-

**********
case 1:

tido dalam lecture radiology. bangun je dari tido, kawan sebelah bgtahu. 
"fiza, adlee snap pic kau tido td. dah la dengan flash lagi"
"woi!!!!!!!!!!! asal kau tak kejut aku? kau saje jew an nak bagi aku marah!" sound dah tak control.

adlee dah sengihsengih. 
aku nak marah ni, " kau asal nak cari pasal dengan aku? kau ingat aku tak tahu ke kau tido gak dalam lecture hal tadi? kuang ajar kau an. siap kau kalaw kau post kat fb."

********
case 2: 

penggunaan ayat yang agak kasar, "banyak la kau. aku sepak kau kang."
aduhhhh!! salah time plak aku cakap kasar ni. kaunselor yang memang suka komen halhal kekasaran aku ada plak kat sebelah aku. cis! dan buat kesekian kalinya aku ditegur.

"fiza, fiza. cakap tu biar la elok sikit. kau tu perempuan."
"ish. kau lagi. kenapa la aku tercakap masa kau ada. kau memang alert an pasal aku."
"ko sopan la sikit wey. aku doakan satu hari nanti kau berubah."
"ko ni... cakap gitu macam la aku ni terok sangatsangat. aku bukan buat apa sangat pon. ko saje an nak kenakan aku."
"aku doakan kau je. salah ke, fiza?"
"aku tak kata pon salah. btw, tengs doakan  aku. semoga doa kau termakbul. aminnnnn.."

serius makan dalam ayat dia. ok aku sedar aku teruk and terima kasih sangatsanagt sebab nak doakan aku.

then, aku luahkan hal ni kepada kawan aku. ni pendapat mereka.
- dia berani tegur sebab tu fiza. kalau budak perempuan lain mungkin dia takkan tegur pun sebab dia tahu fiza jenis selamba je. 
- fiza biasa borakborak dengan budak laki. so dia selesa nak cakap dengan fiza. tengok budakbudak yang lain, ada dia nak tegur? ok. so just think yang tu ialah doa seorang kawan nak tengok kawan dia berubah jadi lebih baik.

**********
case 3: 

ni baru je jadi semalam. sejujur-jujurnya memang aku rasa sangat sedih dan kecewa. aku tak tahu sama ada terlupa atau dilupakan. 






  • Nor Afifa Ismail ko like komen aku fiza?hohoho..This emoticon has been enhanced by Facicons thumb up!
    10 hours ago · 






  • Norhafiza Rashid hahaha.. xda keje
    10 hours ago ·  · 






  • Nor Afifa Ismail xpe fiza.ko g reunion ke?aku x gi..
    10 hours ago · 






  • Norhafiza Rashid hah?? aku xtahu pape pon uh
    10 hours ago ·  · 






  • Nor Afifa Ismail oh erk..dorg reunion sbtu ni kot.xigtla restoran mane.
    10 hours ago · 






  • Norhafiza Rashid gilew ahh.. smpai hati sorg pon xmsg aku btahu sal nih..
    mcm ****
    10 hours ago ·  · 






  • Nor Afifa Ismail la..xpe la.dorg bgtau pn aku x g pn.xmampu aku.
    10 hours ago · 






  • Norhafiza Rashid huh. at lis inform a. bkn xtahu no fon. tahu a ak da xkamcing ng dowg p xkan smpai kne pggir kot.. huh
    mmbe2 bangsar mmg gni kot
    9 hours ago ·  · 






  • Nor Afifa Ismail ala,jgn la cmni.aida xgtau ke?aku pn ayob yg msj gtau..ko ni wat aku serba slh lak.
    9 hours ago · 

what??? reunion???? apa pasal tak de sape pon yang msg? macam lah tak da nombor telefon aku. kawankawan, aku still pakai nombor yang sama lah. 017368**** . agakagak la kalau tak ingat langsung. kelas kita just 19 orang je.  serius tuhan je yang tahu perasaan aku masa fifa btahu  tu. ok aku mengaku sejak masuk uitm aku dah xkontek sangat dengan budakbudak bangsar tapi aku still reply kalau korang msg.

bila aku tahu aku dapat matrik 2 tahun lepas, aku pernah berniat tak nak pergi sana sebab aku nak follow korang yang dapat kolej yang sama. reasonnya ialah aku tak nak hilang kawan macam korang semua. tapi, bila fikir balik, ni semua ialah masa depan aku. so kita perlu gadaikan sesutu yang kita sayang untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

"The best of friends must part."

hari ni dorang ber 'reunion'. hope dat they all happy to meet again. :)


********





case 4: 


kali ni paling best. nk tanya tak berani sebab takut aku marah. then guna alternatif chat.
husna : fiza, kenapa kuat marahmarah sangat minggu ni?
fiza : huhu.. fiza pon tak tahu lah kenapa.
husna : kalau ada nak kongsi, boleh cerita kat saya.
fiza : fiza tak tahu apa yang jadi. entah. tapi mood swing kot. sorry.
husna: xpe. kalaw nak cerita apaapa, salah boleh dengar.
fiza : tengs usna.
husna : sama2

tengs husna. hehe. u r one of my bestie kan. luv u dear...  :)


********
case 5 : 

"fiza ada orang btahu aku. dia takut nak tegur kau."
"haha. gila weyh. aku tak buat apa pon."
" kau jangan la masam je"
"okayy2. nanti aku senyum jew."
"sape budak tu?"
"ada r.. rahsia"
"ceyh!"
-dan aku digelar budak emo-

*********
cukup lah sampai sini. nak cerita semua boleh lebam jari. aku akan amik iktibar dari semua ni dan cuba untuk berubah jadi lebih baik. bukan untuk purapura tapi supaya orang selesa berkawan dengan aku. and boleh juga tambah kawankawan baru.

August 24, 2010

buatku terseyum


Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan ‘kan ku katakan semua
Bila ku lelah tetaplah disini,
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar,
jangan kau pergi untuk menghindar
Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap
Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku
Kar’na engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita s’lalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang
Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku
*********


ellow my dear blog.
today a smile day
a simple thing makes me smile da whole day.

*********
kat tangga, 
macam kenal je. aah la, tu dia.best kalau dapat cakap dengan dia.  
aku nak start dulu? haha.. forget it.

okayy.. teruskan perjalanan haluan yang sama ke lecture hall. disebabkan kawan dia buat lawak nak beli makanan kat tepi jalan, dia berhenti dan aku berlalu depan dia.

dia : fiza. (sekali panggil macam tak berapa clear.) fiza.
aku : (hehe.. yess!!!! sambil senyum)   uih! hai *****
sambung bual sambil jalan sekali. huahehe..
dia : hai.. ermm.. okayy?? emm ko okayy???
aku : (muka aku memang pelik gilew a. tetiba tanya gtu) aku? okay? okayy jew.. 
dia : sihat?
aku : sihat. sihat. hehe.. (dalam hati, kalau tak sihat takde la ko tengok aku kat sini.)
dia : ko puasa ke hari ni?
aku : puasa lah. aku ada nampak macam orang tak puasa ke? (serius control sebab tak tahu nak cakap apa)
dia : eyh tak. mana lah tahu kan. hah? bila boleh belanja aku?
aku : aikkkkk.. aku plak kena? ceyh! 
dia : yelah.
aku : (cakap macam nak berbisik) bukan ko ke nak kena belanja aku. sebab aku lepas sampai quarter final.    kira aku lagi hebat lah. hehe 
dia : pulak? (muka tercengang)
aku pon dapatkan balik kawan aku kat depan dan tinggalkan dia terpingapinga kat belakang. 

********
akhirnya lepas sebulan dapat gak berbual walaupun macam apa jek.
info yang aku dapat dari kawankawan
lagipun bukan senang dia nak tegur budak perempuan.
 
selalu asyikasyik senyum je. baru hari ni dapat borak balik.
so sampai masuk lecture hall aku dok tersenyum.
kalau boleh tadi tak nak je stop cakap dengan dia.
hehe... gatal kan???

okayy dah fiza...   stop dreaming...

.
p/s: aduhai fiza.. tak habishabis layan perasaan. simpan je la. tak pon buang jauhjauh..
 

August 22, 2010

sweet gift

hai dear blog,

saya suka :)
hari ni saya dapat gift.. coeemmell jekk..
nak tahu apa saya dapat?
cuba teka..
...
...
....
...
...
...
...
...
...
...

*wink3

yup2.. i've got coklat..
black forest cadbury..
ahakss... favret lak tu..
tenkiu kamu...

sape nakkk???
ada lagi kat dalam peti ais... hehe..
tak makan pon lagi..
k lah.. tu je.
bye..

mari berbuka puasa

lambatlah pakcik kenari. janji 15minit.
so kami pon memulakan operasi bergambar.

sampai je SACC.
cari tempat berbuka untuk reserved.
okayy kawankawan.. destinasi yang dipilih is............

dah settle booking..
jom p solat asar jap.....

dah selesai solat. pakai tudung balik.
kat surau pon sempat lagi.
mari buat operasi lagi.
jalan jalan dan cuci mata yang halal di bulan ramadhan.

nak beli maskara baru. so buat try pakai guna tester dulu.
dengan rela hati jadi model.

now my time pulak to pakai eyelash tu.
berjaya yessss......
next...
shopping baju pulak.....

try try dan try......
xda yang sesuai..........
posing je dengan baju. xda mood kaler baju lagi sebenarnya for now.
nanti dah tahu kaler baju yang nak baru shopping lagi..

jumpa pulak classmate. dorang pon beli baju melayu kat sini jugak..
budak laki pon cerewet eyh membeli ni.. hehe
ok now nak bersedia berbuka lah..
marimari lihat aksi kami disana...

baca doa berbuka dulu

lapar....
 dan......
 serangggggg.............

korang sangat kejam membuli yang tak berdosa..
huhuhu... aku tertipuuuuuu..

akhirnya..
semua dah licinn...
kenyanggggg...jom balik........
sebelum tu, jangan lupa...
....
....
.....
....
....
...
eyh macam kenal je kertas ni.. 
jangan nak buatbuat lupa plak..

wahai kawankawan bayar bil....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...