August 30, 2010

malam seribu bulan


assalamualaikum..
dah masuk malam ke 20 ramadhan kan kita berada. macam mana tarawikh? cukup ke? bila sampai je fasa 3 malam dalam bulan ramadhan ni, mesti semua terfikir tentang satu malam yang hanya ada dalam bulan ramadhan ni je.







MALAM LAILATULQADAR
jom kita singkap sikit apa best malam lailatulqadar ni.
Ia berlaku pada malam ganjil sepuluh malam terakhir dalam bulan ramadhan. 
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. 
Bukhari)

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

malam lailatulqadar ialah satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan di mana ia penuh dengan keberkatan. bagi sesiapa yang berjumpa dengan malam tersebut, maka segala doanya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. INSYALLAH.

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


bukan senang kita nak berjumpa dengan sebuah malam yang amat hebat ni. Allah dah nilai kita sebelum kita dipertemukan dengan sesuatu yang indah ni. kalau malammalam yang sebelum ni pon kita buat tak endah je. tarawikh pon tak cukup, puasa pun asyik makruh, perkara sunat pon kurang, no point lah Allah nak bagi bonus pada kita kan? contohnya macam pekerja dengan majikan. kalau pekerja dia asyik malas je, nak ke bos tambah gaji? buat bankrup company je la kalu gtu. so lu pikirlah sendiri!

kalau seseorang tu dia banyak beribadah di bulan yang mulia ni dan dipilih oleh Allah untuk bertemu malam itu, macam mana nak tahu yang malam tersebut ialah malam lailatulqadar? menurut para ulama, antara tandatandanya ialah :




- melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
-mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
-melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
-doanya termakbul
-Udara dan angin sekitar terasa tenang


terdapat doa khusus untuk malam lailatulqadar.


 "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. "

 dan wajarlah doa ini dibaca setiap hari kerana kita tentu pasti yang kita berjumpa dengan hari yang tepat. 

-SEMOGA IBADAH KITA DITERIMA OLEHNYA DI BULAN YANG MULIA INI-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers