August 16, 2010

salam ramadhan

+SELAMAT BERPUASA SEMUA+


ingat tak macam mana korang mulamula belajar nak puasa? bukan senangkan?
aku start puasa penuh masa darjah berapa ntah. kena paksa pulak tu.. haisshh.. teruk betul..

teringat masa sekolah rendah. sebelum pergi sekolah, mama ng abah mesti akan janji, kalau puasa penuh satu hari dapat RM1. masa tu, singgit tu kira banyak la gak. hehe

so, aku berazam nak kumpul RM30 untuk sebulan. aku pun berusaha lah puasa. tapi sebenarnya kat sekolah, aku makan uh. mana tak nye, aku p sekolah, budakbudak lain tengah makan dan minum. tergugatlah iman aku. air masak pun nampak sedap kalau bulan puasa ni.

suatu hari tu, mama dapat detect yang aku makan kat sekolah. apalagi, aku pon kenalah marah. masa tu kecik lagi.

babbab minum air dalam bilik air tu memang standard lah.

sekarang aku dah tak buat la keje tak berfaedah tu. jangan tiru tau. tak baik.. dosa. Allah nampak apa yang kita buat.

aku tak sekolah asrama. jadi pertama kali aku tak berpuasa kat rumah ialah masa aku belajar kat matrik.
mulamula memang sedih bila tak dapat berpuasa kat rumah. tapi sebenarnya not bad lah puasa kat alam asrama dengan kawankawan. pergi bazar ramairamai pastu beli makanan samasama. 
menu bulan puasa: nasi =RM4.00
                             kuih=RM1.00
                             air = RM1.00

kalau masa matrik dulu memang aku n rumate cuba buat perbelanjaan berhemah. RM50 tu kalau boleh memang nak save untuk 10 hari. haha.. hebat tak hebat. ingat senang ke nak buat gtu. 

bagi aku la kan, berbuka kat matrik lah tragedi yang paling menyedihkan sebab dekat sebulan puasa tu kitorang buka puasa dalam gelap sebab bilik kitorang jew yang tak dapat letrik. yang ada just lampu meja jew. bukan tak nak berbuka kat bilik orang lain tapi kitorang lebih selesa kat bilik sendiri. kadangkadang tu kalau time yang betulbetul gelap, kitowang tak nampak pun apa yang kitorang makan. siap boleh panggil BERSAMAMU la..

masa kat matrik jugak la aku paling rajin pergi tarawikh. sebab dapat kawankawan yang nak kata alim, tak alim pon tapi dorang lah ajar aku untuk g tarawikh ni. perkaraperkara gini memang kena grab lah sebab setahun datang sebulan je. mulamula semangat 20 rakaat. pastu bila dah lamalama, cukup je 8, tarik sejadah pergi bahagian belakang pastu solat witir sendiri.  
takpe. sekurangkurangnya buat. kalaulah kat rumah, belum tentu aku pergi. alasan sebab takda kawan. aduhaiii...

waktu sahur lagi syok.
semua jenis malas bangun pagi. maklumlah stay up sampai tengah malam kan.. haha.. 
jadi alternatif yang dilakukan ialah, letak je air dengan kurma atau biskut atau roti atas meja tepi katil.
 nanti bila tersedar waktu sahur, gapai je makanan tu and boleh terus makan walaupun dengan mata terpejam.
yang penting dapat pahala sahur.. hehe.. hebatkan.. :)

3 comments:

ema rahmah bahrom said...

i like this post. like! like! heheeee rindu kot. tp sedih Oo dah la 1st and last puase kt mtrik. jd gitu plak. takpe2. kite dpt merase org susah bbuke cmne kn? kn? ag sedih, ko ingt tak ape yg kite buke mase 1st day puase? cafe tak bukak. bazaar takde ag kot. ishhh3 sadis. sadis! aku kan yg ajk ko p trwih tu? :D
rindu nk jalan dr c5 p surau. sambil mate melilau cari pujaan hati. wakakakaa

feeza_rashid said...

hahaha... aku pon rinduuu sgt masa tu... dah 2 tahun kot... aku xpernah lupa uh berbuka kat mtrik.. masa kafe x bukak tu dah mcm2 dah kita pikir sbb tkot xcukp mkn untuk sebulan kat ctu... ye r kowang lah yang slalu ajk aku p terawih... huhu... eleyhh.. tapi klo ada test, ko x p pon.. aku kne p ng datul...huhu..
p surau tapi slalu cuci mata je b4 smpai surau.. time balik lak, mst nasi n kuih menari2.. haha

ema rahmah bahrom said...

hekhek...nasi + kuih menari2... imaginasi kite.. lwak! pastu memasing takot nk msok bilik. buat cerite pndai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...