February 26, 2011

winter vacation GA from schajar

yeayyyyy ai di tag oleh cik schajar. semangat ni nak join GA beliau. ai nak that souvenir.. please.. hehe.. nak pergi sana tak dapat. dapat GA from sana pon kira okay lah.

klik kat banner ni to link ke tuan punya blog.

1. followed. dah lama pon follow an.

2. banner and linked. done!

3. nak kena pilih satu tempat?? waaa... ai nak semua pleaseeeee.... best sangatsangat. wanna go there!! nak kumpul dwet mulai sekarang. nak pergi sana nanti. haha. nanti awk bawak saya pergi sana okay! pic semua cantekkk. keliru ni nak pilih yang mana. erk. konfius konfius.

so ai choose trip to london. best best. like like like. scenery kat kat sana sangat menarik. like it damn much. especially waktu malam.


nway ada banyak lagi pic yang lawalawa. but then satu je kan kena pilih. 

5. sekarang ai nak tag:
- ema
- husna
- ayu
- syaza
- mai

hari ni sayaaa......

hari ni saya gemuk.

hari ni saya gedik.

hari ni saya dapat makan cornetto free.

hari ni saya batuk melampau lepas makan eskrem n minum air coke.

hari ni saya sedikit jujur.

hari ni saya telah memalukan orang.

hari ni saya derma eskrem kat orang.

hari ni teman membe shopping.

hari ni saya geram dengan incek atm sebab xdapat draw and therefore no shopping.

hari ni saya kasar jugak.

hari ni pujuk abah pergi kedai buku tapi abah taknak.

hari ni saya menunggu esok semoga sinar harapan untuk ke kedai buku jadi kenyataan.

February 24, 2011

cooler punya pasal

eeeee... 
ni semua cooler a punya pasal. saket tekak!!!!
tekak yang yang high class la konon nih. 
minum air tu pun nak inflame. 
memang mengadangada.

gggrrrr. dah banyak kali kena sakit cni tapi kenapakah still tak immune?
orang lain minum okay jek. if ai yang minum, mesti problem. 
tonsilitis kah? 
pharyngitis kah? 
ouh no!! can lead to rheumatic fever. haha.
kena stop minum nih. 
ni semua garagara tak sempat nak pergi beli mineral water. huhu.
tak tahan dah ni. toloonngggg!!

esok, jangan lupa beli mineral okay!
makan lozenges pun tak jalan. 
minum air panas pon tak hilang jugak. 
nak telan air liur saket gilak ni.


nway, ai sedang bekerja keras menbina ayat. tak tahu what gonna be to the proposal ni. ayat berbungabunga sudah nih. semoga no rejection. bukan senang nak perah otak serajin ini. haha. 

dah tu je nak citer. hehe.


February 23, 2011

leave them! leaving~



"Don't ever beg someone u love to love you back. 
It just shows how pathetic u are. 
If they don't love u, leave them. 
Hold your pride! 
;) "




hold this fiza till end of ur life!  jangan sekalikali lupa this thing.
kinda ego je.
bia lah. like u care. my life is wut i am.
im happy being like this.
tq!

February 21, 2011

this is da answer

rambut baru!! weee~ balik kelas terus pergi sacc gunting rambut. huh. ringan la kepala ni sekarang.

malam tadi celebrate belated besday hanis and aisya. cheese cake apa ntah ada oat pulak. tapi sedap gak melantak. hee~


sebelum tu bukan maen serabut. segala benda jadi tak kena. dari pagi petang. terbawak sampai nak tidur. memang naseb kot akan macam ni sampai bilabila. tolong a. sangat tak larat kot lalui semua ni. ai bukan kuat. ai penakut. yup. takut nak ambil risiko. tanya lah apa pun.

ai tak kan mengaku atau bagi apaapa jawapan sebab setiap jawapan tu ada kesannya. no matter la positive or negative. but im more toward negative side because at least i will never feel very dissapointed.i sure kebenran tu pasti pahit punya. so better be prepared dari awl lagi. nobody will understand this. ggggrrrr. stress balek. 

actually ai tak berani nak cakapcakap apaapa bukan sebab ai dun want to answer ur question. but i prefer to keep the answer only with me. im afraid that in just a day. the answer will be change. i dun want to be labelled as someone who just saying something with nothing. though be silent is much more dangerous cuz i will never know the truth till end. but who cares kan. lantak ai lah.

seorang manusia mampu berubah dalam sekelip mata. apa yang dia kata taknak. i wont be too suprise lah if the "tak nak" word will be change to "nak" in just a click. dunia dunia. memang susah nak faham. setiap orang ada jiwa masingmasing yang susah nak difahami oleh orang lain.

just be happy with my own life. kalau ai ada buat anybody life become complicated. just let me know and i will just step out from ur life. so that. u can comfortable back with ur happy life. forgive me for any disturbances. 


p/s: da truth is im really worried i might losing you.y must worry huh? macam budak kecik u fiza!
p/s/s: okay mari mengarut lagi. ^_^


give a way dari magrib


i've got an invitation. haha. 

meh jom reramai GA ni. memang sempoi gilak a. juz letak gmabar kat atas ni. then link. tu je.

hadiah dijanjikan is somtink from singapore. tak saba ni ai nak dapat present from sana. hehe... leyh la ye cik maghrib. ai ni tak pernah pon jejak kaki kat sana.

ai wanna tag:
sida
lisa
atiqah

February 20, 2011

satu dua tiga!

"seorang perempuan mempunyai 9 darjah keaiban. itu malu. apabila kesemua darjah keaiban itu hilang dalam diri seorang wanita, maka rosaklah akhlaknya. berlakunya maksiat, penzinaan dan itu semuanya dosadosa besar. dan bila adanya dosadosa besar, susah kita mendapatkan ketengan dalam diri. "

"sementara lelaki pula, mempunyai satu darjah keaiban. sebab itulah lelaki ini suka mendesak, suka merayu, menzalimi wanita, memperdagangkan wanita, mempergunakan wanita."

opppssss.. i pick dis from scene in a movie. dont put a blame on me taw. (cuak ni takut tak pasal kena sound.)

wahai wanita, jagalah kamu tiga darjah keaiban:
1. menjaga maruah diri dari dinodai.
2. menginsaf diri dari masa yang lalu.
3. mencari jalan mendekatkan driri dengan tuhan.

"saya ikhlas mengambil awak sebagai isteri saya"  haha. tetiba.

sedang tengok cerita AKU MASIH DARA. hee. ashraf muslim. shangat hensshheeemmmm. not so fanatic pon too him. setakat tengok je.

"i need u to guide me in my life. seorang imam waktu solat. pengemudi kapal rumahtangga. driver to anywhere we belong to. pembentuk diri agar lebih baik. pemberi semangat setiap kali diri lemah. dan pemecah kesunyian dalam diri."

recently just came back from OU. at first wanna go there for lunch ONLY. dont really know what had happen and we are there for da whole day. haha. letih gilak. at almost 11 p.m kot. baru lah balik. i done nothing except for jalan. jalan. n jalan. 







p/s: tdowww!! esok nak kena buat proposal elective. pagipagi buta! fuh. selamat bangun pagi di hujung minggu.



February 13, 2011

bila dah kena ragut!!

ok ai baru tahu kisah ni. ai penah kena ragut! pernah.

ai tahu ni bila kawankawan my mama datang melawat mam semalam. cerita start dengan kisah orang kena ragut dekat area my house. dekat area taman permainan rasanya. ni dah kali kedua.

dalam 6.30 a.m. apa da jalan kat situ pagipagi buta. sunyi lah. peragut tu pegang helmet. then bila line clear and dah dekat dengan mangsa, dia pakai helmet tu and terus ragut beg. dengar cerita darah meleleh. hurm. senjata apa entah orang tu pakai.

my kisah pula, baru dengar semalam nih. tapi terjadi masa ai kecik lagi. adik ai didukung. ai lak kena pimpin. tengah jalanjalan a nih.
then tetiba dengar ai jerit, "aduh!"

budak kecik kan, mana lah tahu apa apa. bila my parents cek ai, tengoktengok dah takde rantai kat leher. 
tersentap jugak la dengar cerita tu. ngeri betul. bila imagine balik. nak putuskan rantai yang tergantung kat leher. aduhhhh. sakit jugak tu. 

so any parent yang suka bawak anak jalan kat kawasan yang crowded dengan ramai orang, kalau boleh, tak payahlah nak pakaikan barangbarang kemas tu. buat bahaya kat anakanak je. ai  ni pun mujur hidup lagi. huhu.

ok! that's all. 
:)


February 10, 2011

ai tengok bola beb!

ai memang tak de kerja.  mujur dah siapkan awalawal. contohilah ai okay. tapi tak baca je lagi. ahaha. (macam mana ntah boleh siap kalau tak baca. ceyh) padahal kerja berlambak. seriously. ni nak kena study biochem and microb untuk esok. semua sedang struggle malam ni. ai boleh pulak pergi tengok bola at stadium shah alam.. weyhhh!!! korang tahu tak. haha. aku pun baru tahu match apa tadi.

malaysia VS hong kong. friendly match rupanya. ingatkan match apa lah tadi. ai tengok match depan mata kot. first time ni. biarlah bukan game yang besar pun. tengok live and tv sangat berbeza. takde rewind!!!! bila gol tu, tak leyh nak imbas balik how gol tu jadi. and bila tengok live ni jadi shy pulak nak jeritjerit macam tengok tv. takut orang pandang then kata gedik la pulak. stdium tu tak de la penuh sangat. tapi bising la jugak.

okay! this is prove kot. yang kena bayar tu ai punya. dorang dapat tiket vip free. not for sale. ejek ejek konon. berlagak an. tak kesah pun. ai pun tak kena bayar. ada sponsorship kot. haha. shuuuhhh.. dorang tak tahu pun pasal ni.

yup.yup. ai tengok dorang! walaupun jauh la kan. ai nampak apek yang sangat digilai wanitawanita diluar sana. ai tengok dia punya show. memang superman goalie la dia ni. banyak betul diving. hehe. muslim ahmad tak turun padang. frust gilak. gggrrr.. so sad.





rasa cun lak pic nih. haha

this is encikencik yang syndrome sikit. tapi memang serius kelakar. nonstop gelak la kalau bercakap dengan mereka nih. bab mengenakan orang memang tiptop. tanx amik ai. and bersoal jawab dengan encik guard.

memang anak malaysia sejati. zaman sekarang mana ada orang nak pergi tengok sangat bola malaysia ni. baek tengok EPL lagi syiook. (padahal sebab dapat tiket free. tu yang semangat tu an?)


ok dah. tu jek. sambung kerja balik. sudahsudah berleter. ok. bye all!




p/s: credit tu tuan pnya nfon n tukang snap pic.. haha



February 9, 2011

chatting oh chatting

jap je. celah jap sebelum pergi kelas pukul3. korang ada tak hobi nakal? hobi yang jarang orang buat. heee. actually my hobi yang ni tak da la nakal sangat tapi kalau bagi kawankawan ai yang asyikasyik belajarbelajarbelajar, hobi ni kira hobi membuang masa. enter chatroom. huh. ai memang takde kerja. suka sangat buang masa. kenalkenal dengan orang tu, kenalkenal dengan orang ni. pastu out. ai tak buat chat yang  tak senonoh tu okay. 

dunia chatroom ni bukan boleh percaya pun. sikit pun ai tak percaya. tak dinafikan la ada yang berlaku jujur. but for me. its still dunia yang penuh kedustaan. mana tak nya, orang yang dalam chat tu mesti dah biasa dengan dunia dia cipta ni. so bila everytime tukartukar chatters, mesti ada je benda yang ada tiputipu sikit. tipu lah if all are true.

maybe because of mindset macam ni la im thinking yang semua orang in a chatroom tu tak cakap jujur. ala lantaklah. memang im hard to believe on someone kot. apa entah lagi orang yang tak wujud in front of me. just connected with internet.

ni nak story kisah cuti hari tu. bergiat dalam chatroom ni dah lama. tak just tak selalu. ada je dapat kawan yang kekal sampai sekarang. membe baik dah pun. tapi kes yang baru ni. ai tak tahu nak cakap apa la an. 

chat punya chat punya chat. lama jugak la chat. kira dah memang rapat a. seminggu kot chat samasama. maybe sebab kebetulan cuti kot. sebab tu tetiba jadi rajin pulak online chat.

dia tanya my weight. ai jawab la, "80++"
ouh. start from that, dia pun ada la suruh ai kuruskan badan. banyakkan bersenam. and start calling me si gemuk.

ai pun balas ah. "hurm. panggil orang gemuk tu, awk tu kurus sangat ke?"

"aah. kurus. saya sportsman la kat sekolah dulu. kurus handsome lagi tau."

dalam hati ai ni dah tak leyh bla nak gelak. takkan a orang handsome nak kata dia handsome. sahsah la nak menipu hot nih. haha. tak pe la. layan je.

dah genap seminggu, baru terfikir nak tanya facebook. ai pun tanya la apa nama facebook dia. dia bagi, "A_______ H______"

ai pun semangat la ni search. huahahhahahahahahahahha. sambil gelak gulingguling. stalk kejap picture atlet sekolah. bapak la weyh. serius ai tak tahu la game apa yang dia maen zaman sekolah. serius takde rupa atlet langsung. mesti korang dapat bayangkan what i mean. tak nak la mention. nampak rude pulak nanti. hehe.

agakagak la man. berkawan ni bukan nak kira paras rupa. ai rasa better if jangan ngaku you are good looking enough before others tell you. adoyaiii. pity of u lah.

from now on, ai malas dah nak join chatroom ni. dah busan dengan dunia tu. dah busan purapura cool. ahahaha.

k that's all. and bye!


February 8, 2011

satu group, jawapan pun kena bergroup

pbl. pbl. apeda present pun tetiba lost word gilagila. kata nak jadi perfectionist.
(hahha. sangat poyo. dah la buat kerja last minute. ada hati nak jadi perfect.) tapi doctor kata kalau kita buat dalam keadaan stress, kita boleh perform better. in some person lah. cubaan hari ni tak berapa nak menjadi. takpe. i will try to do it again later. (kalau pasal buat kerja last minute, memang ai suka!)

doc: i want u all to understand better about what u are presenting before u present your learning issue. kalau boleh, no reading from paper please. show that u have study it before.

huh. biasa lah tu baca notes, doc. cuak lew. cuak. kang kalau tersalah cakap, dosa salah ajar orang. hehe

doc: hafiza, please explain to me the mechanism of shortness of breath in this patient with your own understanding.

"ya allah!! kenapa ai????? aduhaii.... tanya la yang present tadi. dah lew malam tadi sempat focus on apa yang ai wanna present hari ni. if tanya about ECG tu, ada la lekat sikit. walaupun tak banyak. tanyalah mana datang P wave ke, AV node ke. ni tak symptoms pulak."

xpe xpe. just purapura cool.

"in this patient, he have pulmonary edema. the lung is full with fluid that will cause decrease the gaseous exchange of blood. therefore decrease in oxygenated blood. and less oxygen is send to the body"

doc: so that is what your are thinking. ok. how bout zaid? please explain your mechanism.

"heart fails to pump blood to the body. lack of oxygen in the body, the patient is in hypoxic state. to compensate, the patient will hyperventilate. that is why he have shortness of breath."

doc: ouh. different mechanism. next, farhan.

"heart failure decrease in blood flow causes increase blood pressure. increase   hydrostatic pressure. pushes blood out to interstitial fluid to balance with oncotic pressure so that same with hydrostatic pressure. edema ni cause lagi susah gaseous exchange. so lack oxygen."

ade 1 more. rizka punya idea pulak. lupa lah dia cakap apa.

doc: so all have different mechanism of SOB. you all realise tak actually the story what you are explaining bersambung with one another? so i have to kumpulkan 4 of u to get an answer for a mechanism? kena sit together la kamu ni to get complete answer ya? remember to make it clear before enter class. the mechanism is bla..bla...bla...

hehe. saja nak stori pasal kelas hari ni. susah sangat ke mechanism tu sampai macammacam ayat boleh keluar. lastlast tak perasan yang kitorang dah terpisahpisahkan mechanism tu sikitsikit sorang. adeiii.



p/s: bila ntah nak be more prepared nih.


selamat menghabiskan duit

wahai encik dc. kenapalah kamu membenarkan para peniaga berniaga di situ. kamu boleh menyebabkan bajet ai untuk semester ini lari terkedekkedek. argghh. tidak. ai ni sudah lew tak boleh tengok tudung yang banyak. mesti nak jugak beli. nafsunafsu. i have to learn how to control ni. kalau tak, mahu harihari dapat koleksi baru. walaupun bukan yang harga berpuluhpuluh. if it just berbelas pun, kalau berpuluh kali beli, bukan beratus ke? 

tidak. tidak. haha. belibeli simpan dalam almari bagi penuh je baik bagi orang lain beli. lepas ni kawal nafsu okay! haha.

positive thinking: saje nak beli untuk koleksi sendiri boleh je kan. bukan yew basi pun. apa orang kata, hobi. heeee~ suka tengok benda yang disukai ada banyak. hehe.

p/s: jangan sampai membazir yang penting!

kawan versus musuh

hidup ni macammacam kerenah manusia wujud. citarasa pun pelbagai. idea pun berbeza. apa orang kata tu, "macammacam ada". haha. apalah kau nak membebel malammalam ni fiza oi. study la oi. esok PBL lah makcik.

shhuuuhhh. sambung balik k.

because of variety of habit ni lah wujudnya orang tu tak suka kat orang ni, orang ni tak suka kat orang tu. tak boleh nak masuk orang sebut. tak sesuai.


kawan versus musuh pun lebih kurang macam tu juga lah. kenapa kita menganggap seseorang sebagai musuh dan kenapa kita kawan dengan seseorang itu. kita ada naluri masingmasing. lumrah la semua tu. perasaan. tapi sepatutnya kita harus tahu macam mana nak kawal perasaan kita.

kalau masa kecil, musuhmusuh ni sebab gaduh rebut barang, gaduh sebab kalah game or gaduh yang mengarutngarut lah. tapi bila dah besar, perkara ni dah jadi sensitive and isu dia besar sikit. tapi pernah tak korang terfikir, antara musuh dan kawan baik kita sendiri yang nak kutukmengutuk ni, mana yang lebih kita ambil peduli?

kalau kawan yang nak kata kita apa pun, mesti kita buat tak kesah sahaja, we will think it as joke. kalau take serious nanti, terasa hati pulak. so gelakgelak jelah. tapi bila musuh mesti kita asyik terfikir je benda tu sebab kalau boleh kita taknak nampak teruk depan musuh tu.

so, kita kenalah ambil positive step bila orang nak kata apa pun tentang kita. sebenarnya itu boleh memperbaiki kita. bukannya kita sekadar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

kadangkadang, without intention, seorang musuh adalah kawan yang terbaik yang banyak beri pengajaran dalam hidup ni. mereka sering mengingatkan kita tentang kelemahan diri kita. mana tak nya, kalau kat musuh ni an, dorang selalu nak cari salah kita je. cepat je dia detect apa yang tak kena dengan diri kita. jadi kalau rasarasa nak mempertingkatkan diri sendiri, belajarlah untuk mengambil kutukan mereka sebagai pengajaran untuk diri sendiri. walaupun memang menyakitkan hati.

amaran: walauapapun, kalau boleh hidup to janganlah bermusuh ye. tak baik. kawan je dengan semua orang. jangan mudah rasa tak puas hati terhadap seseorang. remember! nobody perfect. 

teach me how to be a good learner and i'll thank you for the whole of my life. :)


February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

BEN ASHAARI

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

settled!

saya balik!!!

habis cuti raya cina! so sempat keluar hang out kejap je semalam pergi makan dekat times square. thanks ya my friend. hee~

so bila ai nak mula study nih? pemalas sungguh. gggrrrr. not in mood. baca novel lagi best.

nak phone! nak phone! dengan syahdu abah cakap, "nanti lah ek kita g tengok phone. ada kerja nak kena pergi tengok ni."

ai pun mengangguk la dengan redha. weeyyhhhh. sedih!!!!! lambat lagi la ni nampaknya. pagi tadi dah nampak da sinaran handset baru. mood: geram.. ggrrrrr. takpetakpe. sabar ye fiza. ada hikmah disebalik apa yang berlaku. yang kau beriya sangat nak phone ni kenapa.



"Sometimes change is what's best, letting your heart break, and learning how to cope."

im am not strong to let all this be. tak rela membiarkan hati dilukai walaupun tahu hati bakal disakiti. so apa yang perlu dilakukan ialah membuat sesuatu yang boleh prevent kesedihan yang sangat teruk bakal melanda diri. 

hish apa kau mengarut ah fiza? ko nak jiwang nape? kau ingat ada orang nak layan kau? forget it. pergi da jiwang berkarat kau tu. kau sendiri tak sure dengan perasaan kau tu. berusaha la untuk tetapkan pendirian kau dulu ye fiza.

"fiza! ngaku la kau takut kehilangan dia. kau risau kan sampai bila je dia akan ada dalam hidup kau.tapi kenapa kau nak jadi macam ni. dia orang yang buat kau jadi kuat walau apa pun dia buat kat kau!  kau takpayah lah cuba nak berubah. kau takkan jadi diri kau yang sebenar. kau akan dibayangi hidup yang tak tenang kalau kau cuba untuk purapura. dia besfren kau lah. bukan orang laen pun. be calm babe."


February 2, 2011

ai berkayak lah!!!!

 wooot wooot.. time to ber reacreation. at tasik shah alam. serius dah lama tak mengamalkan gaya hidup sihat. haha. if diajak jogging, alasan:
-alaaa... ngatuk lah. nak balik tidur ni.
-letih la jogging. nanti malam, mesti tak larat nak study.
-tak nak lah. macam nak hujan je.
-ermm.. nak basuh baju lah petang ni.
-eyh. ada meeting!
etc. etc. etc...

tapi ttibatiba ja weird jawapan terkeluar semalam bila dengar pasal kayak.
"korang nak pergi mana petang ni?"
"nak ikut! nak ikut! nak ikut!"
so four of us when there for kayak.
lama jugak lah tunggu sebab nak kena berebut dengan mamatmamat yang menyakitkan hati tu. hish. kalau hensem takpe jugak. ggrrr. geram. 

while waiting our turn, kami pun berjalan pusing satu tasik tu. wow! kurus kurus. haha. 






6.30p.m barulah dapat kayak. weee~ at last. kayuh. kayuh. sejujurnya ai tak tahu langsung nak berkayak. nasib baik j teach me. huhu. ada tu sampai kitorang masuk kat tempt rehat atas air. banyak kali jugak lah langgar tebing. and selalu je berpusing kat tempat sama dua tiga kali. haha. serius malu.






enjoy sangatsangat. tanx ya korang! heee~




p/s: sape nak kayak? jom!!!

February 1, 2011

supper kat mamak

tidur. tidur. tidur.
apa korang buat bila nak celebrate sekembali ke semester baru. haha. baru start belajar dah nak celebrate. gedik betul. tapi kira okay lah kan. at least bertungkus lumus menguatkan mata untuk lecture first day hari ni. from 8a.m till 4p.m. walaupun ramai betul bakalbakal doktor yang hanyut dibuai mimpi dalam lecture hall tadi. takpetakpe. amek ilham kan. kalau mata celik tapi tembus, baik tidur jek. ai lah tu. tenung je apa lecturer tu ajar. tapi otak melayang entah ke manamana. menguap sampai letih dah mulut ni nganga. punya a control sebab tak nak bagi tidur.

so. habes je lecture. kitorang berempat pun pergi lah membeli belah barangbarang kononkonon macam nak budak nak masuk sekolah. beli buku tulis, pen baru, kertas and makanan. hehe. lecturer pesan balik awal tu study. tapi kitorang pergi study kat giant shah alam. hehe. maaf ye doc!

malam pulak. lepas je meeting blok. lapar!!!!! so apa lagi idea pun tercetus. mari  kita makan!!!! wahahaha. suka!!!!

venue yang diaim ialah kedai mamak lah. mana lagi tempat best nak lepak makan malam macam ni kan. sempena nak study hard ni and pertemuan di semester baru antara kami lah. kira macam bagi award kat diri sendiri la ni. hehe. semoga esok semangat nak pergi kelas. belajar sungguhsungguh. (poyo jek)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers