June 29, 2011

DAY 7 - tiga perangai baek anda

assalamualaikum
akhirnya aku kembali untuk sambung cabaran ini. this is so the very tough punya task. aku menghilang untuk mencari ilham kot. haha. so now nak settle kan the next one. fyi, some of the answers were gained from my BFF cik ema. some of them, aku yang cakap sendiri. okay! fair enough la kan for me. tak de isu puji memuji diri sendiri ye. hehe.

1. " kau ni terlalu baik lah. orang buat apa pun kau still nak layan lagi."
- this is me? really? hurmmm. mungkin aku tak sanggup nak sakitkan hati orang kot. sebab aku sangat berpegang pada katakata, what ever you give, all will comes back to you. so, kalau kita nak orang layan kita dengan baik, kita kenalah layan orang dengan baik jugak kan. walaupun kita tahu yang semua orang takkan berfikir seperti apa yang kita fikirkan. and sebenarnya aku mudah rasa tak sedap hati if hati aku terdetik ada buat orang ter'sakit hati' dengan aku. nampak je luaran macam aku gamblegamble, cool like nothing happen. but the truth, is dalam minda aku berpusing memikirkan apa yang telah berlaku. dan sekiranya keberanian itu datang, aku akan minta maaf. takpun aku akan act as nothing had happen dan berkomunikasi as usual. dan paling severe, aku akan diam je sampailah dia yang bercakap dengan aku dulu. hehe

2. " keras hati. tapi still buat jugak."
- macam mana ye nk bagitahu. ermm. like this, kalau dah kerja itu diamanahkan atas nama aku. aku akan pastikan that job was totally done. fine lah. aku tahu aku takde lah too perfect. tapi at least siap. tak kira la se'emo' atau tak sepuas hati mana aku sebelum tu. tapi prefer to be alone to make it settled.

3. sangat komited untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri dan juga masa depan. yes! if that i want, no matter what, aku kena dapatkan. baru aku akan berpuas hati. that's me. sesungguhnya hanya kita yang tahu apa yang kita inginkan. usaha tangga kejayaan. namun, doa dan nasihat parents, kawankawan dan orang sekeliling sangat lah dihargai.

4. aku sangat sayang all my stuffs. (melebih sudaaa..) anybody yang take it memang aku akan serang. gggrr. 7 hari 7 malam aku sebut. serius. dan sekiranya hilang, aku tak leh nak tidur lena dan aku takkan buat benda lain. memang aku akan cari sampai jumpa. till aku puas hati.


p/s: ada yang nak tambah ataupun tidak berpuashati? anda dipersilakan beri komentar anda okay. no hard feeling. :)

June 26, 2011

DAY 6 - tiga perangai burok anda

1. critically a negative thinker. kenapa aku suka macam tu. sebab aku tak nak terlalu kecewa kalau mengharap kan sesuatu yang tak pasti. anda mungkin akan beranggapan bahawa hidup aku takkan ada sinar cahaya sekiranya aku terus berkelakuan begitu. tapi aku selalu being like this. at least takde la sampai nak mengalami severe depression. haha. chill.

2. mudah percayakan orang dan aku merasakan yang semua orang atas dunia ni baik. tetapi. macam mana ek nak terangkan. aku mudah terpengaruh dengan katakata orang taw. kalau someone said or cerita to me yang seseorang ni like this, like that, aku memang akan percaya dan sekiranya apa yang dia cerita tu a bad thing, hurmm. aku akan setkan minda aku yang orang tu macam tu (even orang tu baik pun). sehinggalah dia dapat membuktikan diri dia yang sebenar kat aku untuk menepis tuduhan orang lain yang sebelum aku berkawan dengan dia.

3. aku suka buat tunjuk perasaan. haha. tapi kalau betulbetul geram je lahhh. eee. susah sikit nak covercover. aku ni jujur sikt. hehe. kadangkadang tu ada je aku saje nak buat hal. kononkonon je geram. tapi padahal takde apa pon.

okay. that's all. bye2! :)

June 25, 2011

DAY 5 - status anda ? relationship anda?

assalamualaikum dan selamat hari kelima.


waaa. letih. letih. aku tidur. tidur dan tidur. pagi tadi ke sungai buloh untuk pindahpindah barang bersama kawankawan se'batch' yang lain.


dan tajuk untuk hari kelima ialah status. malasnya nak jawab. segan doe. haha. jangan perli aku okay!


macam apa je kan bila aku fikirfikir. nak buat market untuk diri sendiri ke kalau single? ataupun nak showoff yang you having someone. haha. ahhh lantak lah. stop thinking


the answer is i am a friend to everybody. a good and best friend kalau boleh. chewahh. jawapan cliche'. tersangat gembira dapat berkawan baik dengan semua orang dan rasa bebas untuk berkawan dengan sesiapa dan melakukan apaapa sekalipun. lalalaaa~


people around me knows who i am. and i love being together with all of them. insyaAllah one day the answer might change, and i will tell you guys okay! dont worry. ahaha. gedik gila -_-"


muahmuah, xoxo :)

June 24, 2011

DAY 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang

next post for today. gila kuasa nak post banyakbanyak dalam sehari. hahaha. erm xpe. cabaran harus disahut. jangan mengalah.

topik hari ini ialah benda yang dibuat apabila sorangsorang. sorangsorang means bila? bila? kat bilik kat kolej? keluar hangout sesorang? 

kalau kat bilik atau pun kat rumah dan aku sesorang. kat rumah jarang sesorang sebab aku mesti akan follow parent aku keluar. kat kolej selalu lah sesorang sebab rumet busy! ciss. haha. apa yang aku kan buat, aku pergilah lepak kat bilik orang lain. nanti dah tak sesorang kan. heee. aku sedang mengarut. okay2 aku serius. 

jawapan yang sebetulnya ialah:
1. aku akan menghadap laptop. laptop ni peneman aku paling setia. aku nak stay kolej sehari dua pun aku akan bawak. kalau takde lappy ni, aku taktahu lah. mahu mati kebosanan aku. apa aku buat dengan lappy? aku online. aku search je lah apaapa kan. beautifulnara ke, penulisan2u ke, baca friend's blog ke. dan aku juga akan cari my beloved best friend to chat. cerita itu ini. then being alone pun aku dah tak bosan. peace!

2. dengar lagu di youtube. takpun radio. kemudian download. i am more to lagu than watch movie di laptop.

3. menung. yes! fikir tentang sesiapa dan apaapa. fikir tentang apa yang telah terjadi. "kenapa begini tidak begitu. kalau ia begitu, pasti aku tidak begini." 

4. godek handphone. main game ke. mesej kawankawan. dan baca mesejmesej lama. hobi aku kot! hehe. 

kalau keluar hangout sesorang sebab bosan tahap dewa, aku akan berjalan pusing satu mall tu sampai kaki lenguh. masuk kedai tu, masuk kedai ni. MPH or any bookstores wajib masuk. kalau sesorang, aku tak berani nak angkat muka. pemalu! haha. :p so. jalan pun tengok lantai! (gila bohong). tak pun, aku akan take a sit at a place, then aku observe je kerenah orang yang lalu lalang. hihi.

okay lah. that's all. 
with that, tanx to read that 4th day post. wait for tomorrow pulak okay. pasal apa ek? status? haha. we will see later. bye! :)

menikam lah kau!

assalamualaikum!

muka aku stres ke? nampak ke? haha. mana ada lah. im okay je kot. janganlah sampai takut nak tegur aku. aku tak makan orang. jangan risau. bila muka aku nampak seperti kening bercantum tu, actually i am thinking of something. bila aku tengah merewangkan otak aku, aku takkan toleh dah kiri kanan.

i am just wondering how a person (termasuklah yang berkata) could be like this. could be like that. mungkin sudah semulajadi perangainya begitu. tetapi apakah tidak mereka memikirkan perasaan orang lain disekitar mereka. terutamanya yang terasa dengan tindakan mereka. aku juga bukanlah seorang manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan. cuma sekadar menasihati diri sendiri dan orang lain.

seminggu ni aku rasa macam erggghhh! tak tahu lah nak cakap macam mana. tapi memang aku tengah geram. dia cakap burukburuk pasal 'that' particular thing. condeming itu dan ini. because of dia, orang fikir 'that' thing was not good and take their foot out from being interested with that. totally change others mind. then of course lah makin sikit competition kan? so, dia pun take advantage lah. gila la smart! hebat kau ni. sumpah pandai jual ikan. aku nak tengok kau pon malas! haha. 

sudah. itu sahaja. good luck fiza for this afternoon. takut! >.<"


June 23, 2011

DAY 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido

hari ni ialah hari terakhir untuk final preparation presentation esok. quite busy bersama group elective. lebih banyak borak hal lain daripada study untuk esok. haha. biasalah tu kan. normal! by the way, aku nak say sorry kepada kawankawann yang send chat facebook. bukan taknak chat dengan kau lah. jangan touching okeyh.

back to our topic today. perkara yang dibuat sebelum tidur? let me think first. ehem ehem. 

1. sebelum tidur, aku akan menghadap laptop. buat apa yang patot. update blog ke, jengah blog kawankawan. dan cek if ada notify kat facebook. then, selesai semua, aku shutdown dan off suis. aku tak suka on laptop bila nak tidur.

2. next, pergi toilet. kalau tak solat lagi, solat. basuh muka. berus gigi. dan cuci kaki.

3. kebaskebas katil. tutup lampu. tarik selimut. 

4. pastu godek handphone. aku ada perangai pelik. aku akan baca mesejmesej sebelum tidur. tak kira la mesej sesiapa pun. mesej yang lama ke baru ke. semua aku baca balik. ntah. aku pun tak tahu apa kes. kemudian, phone mesti diletakkan sebelah aku tidur. takde motif kan? haha

5. seterusnya baca lah doa nak tidur. alfatihah dan tiga qul. hehe

6. menungmenung sikit. kemudian terbuai terus sampai la tertidur.

okay. selamat malam semua. doakan saya esok. good nite.

with that. bye :)

June 22, 2011

DAY 2 - movie yang paling best pernah anda tonton

baru second day, aku dah liat gila nak mengupdate. erk. pemalasnya aku! nasib baek cik ema ingatkan. *peningpening*
topik hari ni ialah movie. movie paling best? maksudnya dekat wayang je ke? ke combine je semua? ahhh. tak pe lah. aku buat je lah sesuka hati aku. 

aku bukanlah kaki wayang. so, bilangan wayang aku yang aku pernah tengok seumur hidup boleh dikira dengan jari tangan dan kaki aku sahaja. ye kew? jap jap aku fikir. hurmmm. ye kot. aku pun tak de la ingat sangat cerita yang aku pernah tengok. hehe
by the way, aku hanya akan tengok movie yang bestbest je. ahhh. kalau tak, membazir je lah duit aku. makan sehari aku kat kolej kot tiket dia. haha. tambahtambah kalau tengok sabtu ahad. (okay aku dah mengarut lah ni)

aku start jejak kaki dalam wayang lepas SPM. baik kan aku zaman sekolah? hehe. dan sesungguhnya memang aku tak ingat sangat apa movie aku dah pernah tengok. so, list aku ni berdasarkan apa yang aku ingat masa ni jelah ye.

english movie yang aku rasa paling best aku tengok ialah:

1. Fast and Furious 5. tengok dengan ema dan ayu. wayang yang full dah kami duduk di sit line ketiga. rasa seperti meletupletup tengok cerita ni. aku suka pelakon lelaki chinese tu! wahwahwah.

2. Iron Man 2.  ni pon aku suka jugak. aku tengok cerita ni lepas test. kira macam celebrate la kononkonon. tapi mengantuk ya rabbi. bajet stay up la kan. maklum lah ada test. tapi disebabkan aku suka tengok si besi iron man ni. aku gagahkan diri. membe aku yang sebelah memang dah k.o awalawal lagi. haha.

malay movie lah pulakkk:

1. Lagenda Budak Setan this is the first movie yang buat aku menggila dalam wayang. sumpah geram that person yang ambil our sit. alih2 kitorang termiss cerita ni almost 20 minutes jugak lah. ggrrr. stress >.(huh. gedik. ntah apa lah nak nangis. bukan ada kaitan dengan kau pon. bajet jiwang lah tu.)

2. Hikayat Merong Mahawangsa aku suka style this film. smart habis lah. all probe yang dia guna. video editing pon smart. jalan cerita pob boleh dikira boleh buat makan lah. haha.

ada je cerita best yang lain. tapi disebabkan nak paling best. jadi kena la pilih kan. kalau nak list semua, baik buat tajuk LIST MOVIE YANG ANDA PERNAH TENGOK.

anyway, ada jugak cerita yang aku rasa like give back my duit tiket! membazir je aku tengok. ntah apa apa punya cerita.contonya ialah:

1. Skrip 7707. sumpah busan. menyesal tengok!

bila aku cuba list balik movie yang aku pernah tengok,. ouh banyak jugak rupanya. eyh. tak cukup la jari aku. meh pinjam jari kau pulak! okay. tu je lah. at least my task settled! oo yeayhhh. congratez to me. nantikan esok punya pulak okay! :)

with that. bye!

June 21, 2011

DAY 1: lagu yang didengari hari ni

hari ini ialah hari pertama untuk cabaran 30 hari cik ezy. today was so very the busy. hari menyiapkan poster dari nak pejam mata semalam sampai lah nak ke pejam mata hari ni pulak. aku dah pening nak termuntah tengok poster tu. erggghhh. stres! >.

aku tak dengar lagu yang secara formal hari ni dari media player ke, real ke apaapa lah.  by the way, lagu yang aku sempat dengar melalui link kawankawan petang tadi ialah:

1. cinta muka buku by najwa latif
2. terhenti disini by asfan
3. biar hati mencintai
4. pokok by MUH

okay. tu je lah post day 1. yeayyy. aku berjaya! woww. tahniah untuk aku. haha.

aku dah mengantuk. gud nite!

June 20, 2011

cabaran 30 hari versi cik ezy

selamat malam. 
jadi kerjakan aku ni malammalam buta baru nak menghupdatekan blog yang busan ini.


okay. malam ini aku mengisytiharkan (gigil aku nak eja perkataan ni) aku nak join cabaran 30 hari versi cik ezy. sesungguhnya aku tahu yang aku tidak hebat mengupdate dan tak serajin blogger hebat yang ramai follower. plus. kelas aku dah nak start dalam 2 minggu lagi. ayoo. mampukah aku update harihari? kita tengok nanti ya?


so, this is the cabaran yang aku akan sahut.


day 1 - lagu yang anda dengar hari ini
day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton
day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido
day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang
day 5 - status anda ? relationship anda?
day 6 - tiga perangai burok anda
day 7 - tiga perangai baek anda
day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
day 9 - perasaan anda hari ni
day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?
day 11 - gadjet yang anda ada
day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda
day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda
day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini
day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka
day 17 - gambar bilik idaman anda
day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda
day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?
day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah
day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda
day 23 - dream wedding
day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan
day 25 - makna disebalik link blog anda
day 26 - 15 fakta tentang anda
day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda
day 28 - hobi anda
day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?
day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?




kita saksikan ya sama ada aku mampu ke tak. jadi cabaran akan bermula 
ESOK! doakan aku ya kawankawan! :)

June 19, 2011

takut by amalia alias

takut by amalia alias.
siapa kata takde lirik kat google?
aah memang takde masa semalam aku cari. 
hari ni, aku baru perasan ada lirik kat show more kat video dia in you tube tu. tanx my friend let me know this. haha. sorrysorry zaf, seriously aku tak perasan that lyric. anyway this is the lirik for the very the awesome lagu. copy paste je la gayanya. hehe.

sumber: directly from the owner of this song.

mungkin ku tak bisa menyatakan
apa yang terintas di benakku
bukan kerana ku tak mencinta
cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

tapi bukankah semua rasaku
sedia kau tahu tanpa ku perlu
menggapai pena dan menulis
apa yang ada di hatiku

kerna dalam hatiku,
selalu ada kamu

Tuhan tolonglah ku
kerna aku takut kehilangan dia
kerna aku takut dia kan pergi
meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
apa yang terukir dalam hatinya
jalan mana yang harus ku datangi
agar terlerai kusut ini

tapi bukankah semua rasaku
sedia kau tahu tanpa ku perlu
menggapai pena dan menulis
apa yang ada di hatiku

kerna dalam hatiku,
selalu ada kamu.

June 17, 2011

Nora Elena fever was over

hey selamat malam.
sambilsambil tengok siaran ulangan Piala FA malam ni, baik aku buat kerja berfaedah ni. haha. berfaedah ke? haha.
sedih ni tengok muka Daudsu. bersalah gila wajah dia. dah la comel! >.<"


sebenarnya nak cerita kisah berakhirnya drama bersiri Nora Elena yang diminati ramai. drama ini disiarkan setiap hari isnin hingga khamis jam 7.00- 8.00 malam. secara jujurnya, aku lebih suka waktu siaran slot akasia yang sebelum ni. iaitu jam 6.30- 7.30 petang. nak tahu kenapa? sebab aku tahu. i think, it should be consider by TV3 memandangkan ia mendapat rating penonton yang sangat ramai. so let's think. berapa ramai la ek yang lewat solat disebabkan cerita ni disiarkan waktu maghrib? hurmmm?? aku tak kata semua. tapi bilangan yang sedikit tu tetap ada kan? sekadar mengingatkan diri sendiri dan kawankawan yang lain.

sesungguhnya aku bukanlah mudah nak menjadi pengikut setia untuk sesebuah cerita. hanya cerita yang wow sahaja jadi perhatian aku. >.<" Nora Elena merupakan sebuah cerita adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk "Kasih Yang Suci". aku ada seorang kawan yang sangat gila novel Alaf 21. so she suggest aku beli novel ni. tapi aku sedang mencari novel Contengan Jalanan sekarang. just that im interested right now. pelakonpelakon yang berjaya menarik perhatian penonton termasuklah Siti Saleha, Aaron Aziz, Erry Putra, Wan Sharmila dan Zul Ariffin.

fenomena sekarang ni, semua orang mengharapkan kekasih mereka seromantik  Seth Tan. amboi. bersyukur sikit eyh. tapi betul jugak tu. aku pun cair tengok lakonan Aaron Aziz tu. jangan kata aku seorang. ramai lagi yang bersetuju dengan pendapat aku. dia sangat bersabar dengan apa pun layanan Nora Elena. and how he treat Nora, speak to her. wahhhh. what a cool man. yang tu baru COOL ok. bukan yang jenis yang poyo cool tu. erk. lakonan. erm. ada ke dalam dunia ni lelaki sehebat tu? bawa meh jumpa aku. haha.

kalau dah yang tu jodoh kita, apa pun terjadi dia tetap akan jadi milik kita. terbukti dalam cerita ni. walaubagaimanapun, kita harus yakin dengan ketetapan Allah kan. Dia maha mengetahui segalanya. Nora, bertunang dengan orang lain. alihalih. kahwin dengan seseorang yang telah merosakkan dia suatu ketika dahulu. secara realitinya siapa yang nak kan? setelah perkara buruk tu berlaku, tentunya dia merasakan bahawa lelaki itu adalah beast yang durjana. sumpah memang benci gila nak mati. tapi apa boleh buat. lelaki tu dah jadi suami dia. tu lah hebatnya perancangan Allah S.W.T.

"setiap orang yang melakukan kesalahan berhak diberi peluang kedua". dalam kes drama ni, memang wajar la kan phrase ni used sebab dia dah cerita semua reason dia and sekali je pun dia salah. dalam kehidupan seharian kita kalau dah banyak kali sangat, teruk jugak kan. da seumpama diri diperbodohkan. hurm. dah besar panjang. jadi fikirfikir la sendiri. you know what ever the best for you.


p/s: nak tengok Aaron Aziz yang kasar pulak dalam KL gangster. jum jum ;)

June 12, 2011

kelantan kecundang. tahniah penyu!

keluar rumah: 4pm
balik rumah: 2.30am

aku antara manusia yang semangat pasal bola. alihalih kalah oi. rilex. perkara biasa. adat permainan. kalau semua orang nak menang, siapa nak kalah kan? kan? haha. tak pe lah. tiada rezeki kali ni. nak buat macam mana.

tapi gelagat sepanjang nak ke sana dan di stadium bukit jalil sangat menghiburkan aku. kononkonon. manusia. macammacam.

aku keluar dari rumah dengan adik aku. gerak lah pergi masjid jamek. masalah star LRT ni, ada exchange tren. bukit jalil tu arah sri petaling. sekali yang datang dulu tren to ampang. hah. aku dengaan adik aku ni, tren dah nak tutup pintu, nak masuk tak. masuk tak. sebab semua orang cm naek je. haha. elok je pintu nak tutup, kitorang terus melompat masuk. orang kat dalam tu sengihsengih tengok aku dengan adik aku. malu gila. padahal kalau tunggu je, nanti tak payah nak tukartukar tren lagi. hishh. (ikut sangat orang. dorang tu naik sebab dorang taktahu sangat pasal perjalanan tren tu! ciissss!) sesampai si bukit jalil. lautan manusia. by the way, kawankawan med aku, aku jumpa abang lab korang yang tercinto tu. haha. si pedengki attendance tu and yang lagi sorang. aku taktahu nama. lab anat jugak. aku takde la tegur. aku terus berpusing muka. malu oiii. haha

kisah dalam tren masa balik. boleh pulak LRT tu stuck tengah jalan. kalau atas darat takpe oi. boleh bukak pintu. ni memang kat atas udara. selama aku naik LRT, tak pernah aku naik tren tersangkut. aku da cuak gila kalau tak leh gerak. cano aku nak turun dari situ. bak kata sorang mamat dalam tren tu, 
"janganlah terbukak pintu ni. memang terjun habis semua."
mujur sangat aku dapat sit. so xda la letih sangat. peace!

aksi osman kering jadi tok bomoh. klaka gila. tak de orang tahu pasal ni kecuali penyokong kelantan sebab dia datang kat bahagian belakang sit penyokong kelantan. konon macam bacabaca bagi kelantan menang. tapi ceyh. salah baca kot.

masa gol kelantan tu. semua orang rasa like the piala, kelantan akan bawa balik. serius. bergalak bukan main dah. hu ha hu ha. siap menarimenari bagai. syiok gila. menjerit kalau boleh nak keluar anak tekak ni. sekali bila tetiba ada gol sendiri terjadi, terengganu pulak bersorak gilagila. kelantan sunyi sepi. semua tak bermaya langsung. berbeza sungguh. aku memang hilang mood terus nak bercakap. mesej masuk pun rasa geram je. seminit lagi kot. siapa tak geram. takpe lah. takde rezeki kot. nak buat macam mana kan.

bila bendabenda yang melibatkan ramai orang, time nak balik la paling susah. nak kena pusupusu. tolaktolak. erk. geli gila. dengan peluh segala. haha. rakyat kelantan ni sangat toleransi jugak. kira hormat lagi lah kaum perempuan by applying ladies first. aku dapat jalan dengan lenang! haha. aku terpijak selipar orang. aku taktahu siapa. tapi aku dapat rasa aku pijak. tak lama pastu aku dengar orang cakap,
"putuh doh slipa ambo" suara kesian gila
aku dari tepi dia, nak terburai gelak. maaf lah bang. saya tak perasan.

ouh yew. sesampai masjid jamek, putra LRT da takda. call abah. yess. makan kat mamak kejap. lapar. dari tengahari tak makan kecuali sekeping roti. then balik.

balikbalik je. online. notify aku!! haha. nak guling gelak baca komen and post  kawankawan. maaf lah ye. tersemangat lebih la semalam. hehe. nway, insyaAllah kelantan akan masuk final lagi tahun depan. :)





with that. tenkiu!

June 11, 2011

bla.. bla.. bla

assalamualakum. 
mood selamat pagi. lama rasanya tak rasa pagi yang macam ni. bangun pagi, siapsiap pastu keluar had a breakfast with family at brickfield.

malam tadi. aku chitchatting dengan one of my besties di IMU. she's now had a twinning programme at University of Andalaide, Australia. she got to balik sana this wednesday. 

sempat la borakborak with her kejap kan. ask about her pendapat regarding medicine in Malaysia. at lis aku dapat la the reality sikitsikit of clinical life.

compared to Australia, rakyat Malaysia tak berapa up to date lagi about diseases ni.of course not all. rakyat kat sana, the can come to the doctor with all sort of information about penyakit mereka. they also could write their history on a paper. dan, kalau doctor nak colloct history, just ambil the paper je. tak payah nak banyak tanya lagi. how educated are them kan. this is sangat berbeza dengan fenomena di Malaysia. kadangkadang tu, student ni sampai pecah otak nak tanya soalan dekat patient sebab tak tahu how to buat they all paham apa yang we try to ask. haha.

di Australia juga, we can call a doctor with his/her sir name. but here, almost all people sangat precise with "gelaran" front of their name. aku teringat lagi seorang doctor yang sempoi ni penah cakap. 
"i will feel more happy if you can call me as my name only"
kami semua tercengang. apa maksudnya?
"u know. i was not born with that "doctor" title. i was given a name. so just call me name. its okay with me"
hahaha. buang tebiat la doctor ni. tak pernah lagi aku dengar orang cakap macam ni. kang kalau panggil nama, macam nampak biadap la pulak.

kalau borak dengan dia. feel like, hishhhh... cepatnya masa berlalu. 
mungkin apa aku bebel ni mungkin salah. mungkin betul. just my thought. dont take it to serious. just berniat nak mengisi masa lapang. luv u. xoxo

okay. that's all know. bye bye. :)

June 10, 2011

semangat piala FA

assalamualaikum.

date: 11.6.2011
venue: stadium bukit jalil
mood: Piala FA


alkisah. 
paksumi: nak g bukit jalil tak?
fiza: wat apa?
paksumi: bola.
fiza: siapa lawan? 
paksumi: kelantan nga ganu
fiza: bila? bila? best nih..
paksumi: 11.6 nak g tak? nk sponsor nih.
fiza: haha. bolehboleh.
paksumi: tanya mama dulu.
fiza: yolaaaaa...

***********
fiza: su mi, mama suruh pergi nga kerol jugak.
paksumi: bakpo baru oyak.
fiza: ngeee.. ramairamai parok lahhh su mi gituuu..

*********
paksumi: betul ni kerol nak pergi?
fiza: yupyup
paksumi: tiket kerol dah beli taw. jumpa kat bukit jalil esok.
fiza: okay! kul berapa g sana?
paksumi: su mi kul 2 dah ada kat sana.
aku. terkedu. haha

******

walaweyyyyhhh.. pukul 2? aku tahu memang ramai orang berpusu pergi sana esok. aduiiii.. mati den. nak menyempitnyempit. haha. takpetakpe semangat kelantan punya pasal. no problem lah. 
mak aku tengok MHI pagi tadi, siap bagitahu aku. 
"long, kat MHI tadi ada orang kata kelantan 0 terengganu 2"
aku dengan cool nya menjawab, 
"sebenarnya ma, dia saja cakap gitu sebab hari tu kan kelantan menang 3-0. kira ayat balas dendam la tu. haha."
"long, ally pon cakap trengganu menang"
"eleyh. sebab dia kan orang terengganu. kelantan menang lagi ni. mari berdoa! haha"

GOMO KELATE GOMO!

semangat The Red Warrior!

berkobar betul aku. haha. harap maaf kepada penyokong ganu ye. siap ada yang tag picture kat fb. ada yang sokong duadua, sebab memang duadua darah mengalir dalam diri dia. lantak korang la. yang penting korang tahu aku strongly kelantan. no duadua. tak syiok la gitu. hehe.

kepada para penyokong fanatik, mintaminta takda la pergaduhan esok. aku ni penakut sikit. jangan ada keganasan malam esok okay. please please.

ok. tu je. byebye :) 
lastly, kelantan akan menang! weee~

June 8, 2011

3rd Malaysian International Medical Students Conference (MIMSC)

assalamualaikum.
dua hari lepas aku baru balik dari 3RD MALAYSIAN INTERNATIONAL MEDICAL STUDENT CONFERENCE (MIMSC) 2011 di Melaka Manipal Medical College (MMMC).
 its objectives to improve our knowledges and basic scientific research skills, and also to bring together and unite the Malaysian and International medical students, while gaining insight to advancement in medical education on an international basis. this is experience pertama aku joining a conference. before this, aku ingatkan conference ni satu benda nerd yang hanya dihadiri oleh medical student yang nerd. haha. ternyata hanya yang tak nerd je akan enjoy conference tu. 

majority of student kat sana ialah non-malays. disebabkan kami from UiTM. kami ni lah yang membanyakkan golongangolongan melayu ni. walaubagaimanapun, still ada universiti lain yang hantar student melayu tapi dalam bilangan yang sikit. cuba bayangkan, how the doctor population in malaysia will be mengikut population medical student sekarang. hurmm. 

namun, semuanya sangat friendly. aku dapat ramai kawankawan chinese and indian. selama ni asyik dalam dunia bangsa yang sama je kan. belajar dalam suasana yang baru best! sangat best! cuma, communication barrier ialah sesuatu yang membataskan pergaulan. im talking about myself ok. not my friends. mereka semua okay je if converse in malay tapi aku lah pulak rasa yang sangat inferior. aaa. tu lah, cikgu suruh cakap english aku tak nak. kan dah menyesal. nway, ada juga oversea student yang join this.

3rd Malaysian International Medical Student Conference (MIMSC) 2011

the topic of this conference was TRAUMA. we learned trauma in many aspects such as how to manage, triaging in trauma, ultrasound in trauma, orthopaedic trauma, traumatic life event dll. total up about 11 seminars and 10 workshops were held in 4 days 3 night. the lectures so good in their speciality. having a good sense of humor. haha. memang bantai gelak je lah aku ni. 

this is marvellous MMMC. proud to be here walaupun just in 4 days.
in front of hotel yang kami stay. Arenna De Luxe hotel.masa mulamula sampai tu rasa macam cant believe deligate akan stay here. syiok gila. tidur rasa macam tak nak bangun. haha. boutique hotel kan. of coz la cantik.
fellowship night. first day. like ice breaking session. sit dalam group yang dah ditentukan pastu berkenalkenalan dengan student from other universities.
managing trauma dengan anything yang ada depan mata. such as surat khabar, tali, tie, batang mop, payung. huh? tak percaya kan? medical student sangat creative. lol!
 belajar men simen kan tangan orang yang patah using POP tu immobilize fracture. different punya experince. siapa yang patah tangan boleh jumpa aku lepas ni. tangan aku pon kena. orang tanya, apa rasa. aku, panas and berat! serius tak tipu.
UiTM-UKM delegates.
gala dinner night.
picture with the new president of Society of MMA Medical Student (SMMAMS). he is so humble. active gila. banyak lagi society yang beliau ketuai dalam dan luar negara. nampak je kecil. :)


this boy hah. aku paksa dia hafal nama each of us. setiap kali nampak dia, aku akan tanya nama aku. haha. yang bestnya, nama aku dia tak penah lupa. sebab cara dia hafal nama aku tu sangat kejam! haha. maaf kawankawan, dia susah ingat nama kamu semua. hehe :p

that's all for 3rd MALAYSIAN INTERNATIONAL MEDICAL STUDENTS CONFERENCE (MIMSC). kami belajar banyak dari sini dan enjoy banyak juga. hope that can join next MIMSC and tambah lagi banyak new friends and experience.
sebelum balik ke shah alam, kami had a tour around MMMC. we like their gym, sauna and swimming pool. sangat cantik okay. haha. with that. bye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...