May 28, 2011

this is an excitement

people will call this an experience. i rather says this is an excitement. as excited as meeting a new boyfriend. haha. usually we are provided cultured bacteria ready madely by our lab assistant of our faculty. what we have to do is just we have to sit in our group and study to recognize the organism which are already known by the microbiologist's lecturer.

but this time, my group and I try to get more advance lah kononnya. try to catch up some organism yang no one knows what it is from a particular pool. we do a study guided by our lecturer to determine the species of the organism. several steps have been done this whole week. actually it has to extend. but for some reasons, we made it in a week only.

we learned how to isolating an organism from the specimen. next, culturing the organism on its agar and tubes. wait for a 24 hours, come back to the lab on the next day and hoping that the organism will grow. everyday we got a suprise. for every excitement, there will always be a dissapointment. not all organism will grow on the specific agar. sebab tak sesuai with it environment lah.

gram staining is a must. yes i know my friends semua know how to do gram stain kan. tak susah pun. tapi buat gram stain pastu have to confirmed it by yourself either it postive or negative under the microscope tu yang susah. sometime looks like purple, then pink pulak. haish. pening. so we glad our supervisor guide us to succeed our objectives. yeayyy.

there's some more procedure we have done. serious it is much more. other lab test which are much more complicate and kena handle with care pulak tu. my eyes cant stand anymore front of lappy. so that's all :)








 p/s: tak senang rupanya kerja abang lab dengan akak lab tu. nampak je macam senang lenang masa kita tengah buat experiment. rupanya dah macammacam they all prepared before that. thanks to them. because of them, kita nak reach third year. auw auw :)

May 27, 2011

orientasi oh orientasi

selamat pagi. good morning.

mood: report cepatlah kau siap. aku nak balik ni.

seminggu ni duk berulang alik makmal. aku taktahu lah kenapa still tak kurus juga. haishh. bangun tidur, makmal. balik bilik, ngadap laptop. erghh. mata aku! habis lah aku kalau macam ni je hari hari.

sekarang ni student lepasan SPM ataupun student yang ambil diploma sedang orientasi kat sini. roomate aku join sesi orientasi mereka. aku bukan taknak join. dah siap hantar borang dan terpilih dah pun hari tu tapi aku dah tolak sebab clash dengan waktu elective. eee. serius rugi sangat.

aku pun pernah lalui zaman orientasi ni. harihari aku nangis wey. tapi roomate aku je lah yang tahu. tiaptiap hari kena bangun awal pagi, jadual orang tentuka, time kena sharp, takde masa rehat. sumpah terseksa. aku paling benci orientasi. tapi kenangan ni lah paling aku suka. 

so ceritanya kisah kali ni ialah luahan from roomate aku. serius kesian sangat aku tengok dia. balik dengan seletihletihnya. jadi fasi tu for sure lah tak cukup tidur. asal balik bilik je, mesti asyik dapat call. aku pulak yang stres. what the? takde kaitan dengan aku pun call tu. padahal jeles sebab phone sendiri macam ikan yang tak bernyawa. haha

"studentstudent baru yang orientasi sekarang ni manja and tak kuat stamina. (for sure lah tak semua kan. so jangan terasa hati okay!) jalan sikit pun tak boleh. bukannya jauh pun. setakat dari DSB ke seroja je. pastu naik bas balik kolej. kami tak suruh pun jalan kaki sampai kolej." mood dia sangat emo dalam keletihan.

hello adikadik, akak senior kamu ni dulu jalan kaki from delima ke DSB okay. pergi dan balik. kolej kitorg ni tak disediakan transport langsung kalau nak compare dengan kolej korang tu.(your college is the only girl college yang ambil intake for diploma this sem) kalau tak silap aku, jarak kolej korang dengan kolej aku ni lebih kurang je. sebab tiap kali aku nak pergi kelas pagipagi pun memang aku lalu depan kolej korang tu. semua okay je. rasanya tak de lagi yang terpatah kaki ke terpengsan tengah jalan tu. (not included mereka yang disahkan memang ada penyakit oleh doktor) aduhai kalau orientasi pun nak manjamanja mana syok lah. baek tak payah ada orientasi. stay je kat bilik tu hah.

pastu kes lain, masalah kesihatan. dah tahu sakit tu, bagitahu la akak fasi tu awalawal. takpayah la fikir yang taknak susahkan mereka. ini memang tugas mereka. (tapi agakagak lah juga. jangan la kes kecil pun nak susahkan orang) mereka rasa lagi susah kalau tibatiba tahu korang ni sakit. kalau inform awalawal, sekurangkurangnya dorang ni tak terkejut. ni tak, simtom peningpening je, cirit ke kan. tuptup pergi hantar pusat kesihatan, rupanya ada migraine, chron disease dll. woi. janganlah mainmain dengan penyakitpenyakit ni. kalau orang taktahu, mereka main suruh je korang buat apa yang mereka nak. pastu korang jugak yang suffer taw.

last sekali, aku palinglah sangatlah pantang dengardengar kes orang yang guna orang dalam ni. (ni perkara biasa. hurmm. what to do. orang cable besar. cuma kadangkadang kurang adil kepada si cable kecik. haha) kena ragging sikit, call parents. then, parents call orang atasan. seriously, no adventure in life lah macam ni. orientasi bukan ragging kind of thing. they were thought to teach us to be a discipline student. setakat bangun subuh orang kejut tu, bangun je lah. untunglah orang nak kejut daripada kau tertinggal subuh terus, lagi besar dosa kau kena tanggung.

orientasi ni tak lama pun. setakat seminggu. hargai lah elokelok. nanti bila tamat sesi ni, kau akan kenang balik. aku dah rasa semua ni. setiap apa yang menyeksa jiwa dan diri kita, yang tu lah paling best nak diingati. cerita balik dengan kawankawan mesti boleh sampai tergelak besar. haha. (padahal aku teringat zaman orientasi kat matrik dulu)

sudah. itu je aku nak cakap. pensanan aku,  enjoy your orientasi okay. byebye :)



May 26, 2011

this is my elective

hai semua..

sekarang dalam masa sebulan ni semua sibuk siapkan elective project masingmasingbest baca update status facebook kawankawan yang berada di elective posting masingmasing. dan blog post juga. semua seperti berkeliaran di seluruh Malaysia dan juga dunia. dalam Malaysia tu rasanya macam ada di seluruh negeri. pulau redang, pulau perhentian, dalam hutan, pulau langkawi, perak, sabah, sarawak, terengganu dan lainlain. sah macam cuticuti Malaysia kan.

some of us  ada di Ireland, UK, hungary, Indonesia, ada yang pergi tengok dolphin dekat mana entah tak ingat lah. kat Scotland ada jugak rasanya. and ada nak bertolak minggu depan ke Australia dan Poland. semoga korang balik sini semula dengan selamat. tak sabar nak dengar cerita korang di perantauan. kesian gila. siap bawa meggi, serunding and makananmakanan from Malaysia sebab nak save bajet kan. 

so my elective posting was in perak. not too gempak la if only in Malaysia. siapa kata huh? was there for 2 days. travel together cari tempat tu. stay kat rumah yang sangat convenient. dan sambung my elective at Shah Alam with all my group members for another week.



this where we had been attached. what we have to do here? tungguuu...


bersuka ria kejap. 



jalanjalan pusing satu lost world tu. aku tak lost pon. 
tak de lah besar sangat. hihi ^_^


ni lah tempat kami. hot spring. buat apalah kat hotspring. ada pelbagai kolam air panas berbeza suhu di sini. ramai juga pengunjung di sini terutamapada waktu malam. enjoy la jugak. mulamula masuk tu memang tak boleh nak masuk kaki pun, lepas tu baru rasa macam tak nak keluar je. heee :)


pengembaraan bermula. collecting the hot spring and swimming pool water to accomplish our mission. kami dilayan dengan sanagt baik di sana. siap ada tour guide lagi tu.



stored well in ice box to be transported to shah alam 



this is really fun. first time apply apa yang dipelajari secara realiti macam ni. sebelum ni belajar dalam lab sahaja dengan menggunakan bahan yang telah disediakan oleh lab staff. so sekarang, kena cari bahan experiment sendiri. 

warning: kisah ni tak tamat lagi. apa ek yang kami buat after the water collection. hurmm. it is more exciting. sangatsangat.

semoga ada post seterusnya for the continuation of our project. 

May 20, 2011

nur kasih the movie

hari ini. oppsss salah. dah pukul 3 pagi. so semalam. aku tengok NURKASIH THE MOVIE. aku memang dah aim lama nak tengok cerita ini. masa first time tengok thriller dia lagi. masa tu tengok cerita hikayat merong mahawangsa kot.


aku sangat gila dengan cerita ni okay. masa drama pun aku memang takkan miss. walhal ada je cerita ulang tayang. masa bulan puasa tu, masa sahur. mesti aku tengok. walaupun sebenarnya cerita tu berulang yang sama. and sampai sekarang pun cerita tu ada je lagi kat tv3. dan aku stil tengok cerita ni okay.

apa aku dapat dengan Nur Kasih The Movie. 
sebenarnya ianya lebih mudah difahami kepada mereka yang memang mengikuti dramanya. sebab setiap perjalanan kisah Nur dan Adam tu bersambung dari movie tu lah. kira macam continuation juga lah. oo yew. disebabkan cerita ni ditonton oleh 19juta rakyat Malaysia masa zaman kegemilangan drama ini, so sangat ramai lah orang nak tengok cerita ini. aku nak beli tiket tadi, dah datang before 12pm tu.full! tiket wayang aku pukul 3.35 petang okay!  and sit on the 3rd row.  yang tu pon nak dekat full. jadi kepada yang nak tengok cerita ni, kena book awalawal taw!

apa yang aku suka dalam cerita ini ialah pengorbanan dan semangat Nur untuk mencari Adam bila Adam hilang tibatiba selepas letupan keretapi di padang pasir. tulusnya cinta seorang isteri. bersungguh sangat wajah dia. lagipun jodoh kan. selagi dia tercipta untuk kita, hujung dunia mana sekalipun pasti kita akan jumpa dia. apa yang allah tetapkan kepada setiap hambanya itu, semua ada hikmah. allah hanya akan menguji hambanya yang betulbetul mampu. Allah knows everything. He knows what is the best for us. Nur seorang wanita yang ditimpakan pelbagai masalah kepada dia tapi dia sangat kuat. aku sangatsangat admire kehebatan wanita macam tu.

part yang aku rasa perlu diambil perhatian oleh masyarakat islam sekarang ialah bila mana Nur tolak tawaran Jehan Miskin untuk terima tender daripada Jehan yang nak buat club. ayat pedas beb. "rezeki saya daripada tuhan bukan encik". haha. padan muka.

ooo lagi satu, suka tengok scene budak jahat tu, Mamat dengan budak perempuan tu. mereka nak jadi baik. tapi disebabkan konflik diri, susah kot bagi mereka. aku rasa Mamat tu macam hero lah bila dia nak selamatkan Aidil kat terowong tu. sedih sangat. lelaki tu sangat kejam. huh!

nak dekatdekat habis, aku jadi konfius. dia kawin dengan siapa? adam ada lagi ke tak? ada banyak flashback. jadi kena concentrate betulbetul. kalau tak, akan lost.

aku suka part lagu Tanpamu (klik) played. tetiba touching dengar lagu tu. bajet melayan perasan lah. euw. macam gedik je. maaflah. tak sengaja. haha


this is my sweet friend. very sweet okay. hangout dengan dia lah! borak macam apa. segalagala cerita nih. gelak tak ingat dunia. aaaaa. miss sesangat. at least relief sikit. fuuhhh. thank u. muahmuah. luv ya! <3



May 18, 2011

jawab tag aje

mari rompak tag from cik eyqaz. heee :))


5 tarikh penting
17.11
23.12
22.10
5.10 (dapat call free celcom. oo yeayhhh)
yang penting tarikh kawankawan yang akan call aku time dapat call free. haha
tarikh apa lagi ek?? hurmm. 4.3 and 20.8 kot

5 perkara dibuat semalam
semalam? ahaha. apa je yang aku buat.
1. aku tidur sampai pukul 4 petang.
2. aku cakap sory
3. online and chat
4. malam tu, keluar dengan family
5. makan besar. sangat best!

5 perkara buat saya gembira
tidur. sudah pasti. aku rela tak makan kalau dapat tidur.
keluar hangout dengan family
dapat mesej, call, chat, email atau komen MAA. (haha. gila ke. tu je pon ahh. suka hati aku lah nak cakap apa pun kan. blog aku.heee) 
membuang masa dengan my BFF
baca cerpen yang sweet

5 sebab jawab soalan
sangat busan
nak buat post entry yang baru
nak bagi orang baca
buat diri sendiri tersenyum
saje nak membuang masa


mari jawab tag bagi sesape yang busan.. marimari.. hee :))

May 17, 2011

mood sewel sudaaaa

A women that loves you
she's trying her best at love
following you like a shadow everyday
she's shout of her heart

how much longer do I
have to keep looking at you like this?
alone...
such miserable love
how much longer do I have to continue this for you to love me?


"Not being able to sleep and not eating is just a basic. Sleeping but waking up is a torture. Because you don’t know how to separate from someone you loved. You can’t even tell anyone else. You’re afraid that they will think of them badly. So you cry all by yourself.

The more and more you try to erase them, the longer the days get.
But the things that hurt the most , is that I don’t think they're even thinking of me. "


im kinda in secret garden mood now! aku bukan kaki korea okay. membe aku mana ada yang nak bagi aku copy cerita ni masa study dulu. alasan mereka, taknak aku addicted macam mereka. such a good friend kan? haha.

but now, sudah habis exam. so got it. yeayy/ tapi lambat gila aku tengok. orang lain sudah habis satu cerita, aku tak sampai setengah episod. what to do. anakanak baru belajar. haha

May 16, 2011

saya minat najwa latif

im in love. serius. im in love.
para peminat aku, kawankawan yang suka tahu pasal aku marilah get cross. wahh. mesti excited seyh bila tahu aku dah mengaku terangterangan dekat sini. bukan senang ni. pffft.

aku sedang fanatik sekarang. wut to say. aku bukan jenis senang untuk meminati sesuatu. but once aku sudah minat. huh. korang pun boleh jadi bosan dengan aku. 

fyi, aku menghadap laptop ni berjamjam and i'm stalking najwa latif. stalk? no lah. just wanna get to know je lah. so dont be scared ya. haha. im one of her fans now. aku jatuh cinta with her. wink wink. padahal adek tu sudah berzaman ada peminat. and peminat pun dah beribu. lol. aku mengaku aku ni peminat yang sangat lambat. okay. sejujurnya aku baru sempat search about her. im a busy student lah. so before this mana lah sempat nak search all this thing. poyo gilew. ok. aku tipu tu.  dengan waktu yang terluang sekarang ni apa pun aku boleh cari. haha. kata stalker terhebat kan?euw. euw. sangat tak de kerja. that's not me. banyak lagi benda berfaedah lain i can do.

aku terlintas cari najwa latif ni sebab aku ada nampak fan page dia kat facebook. okay. dia sangat chumel. she's 16. sama baya la kita. sangat tipu tu okay. wahh. a 16 years old having such a good talent. aku memang tabik spring.

hey GADIS YOUTUBE!  


yup. memang dia banyak buat cover untuk lagu artis lain. but then, she have her own songs kan. carta hati. cinta muka buku. wey. wey. lagu carta hati tu. aku suka gila. duk replay lagu sama je dari tadi. lagulagu cover dia pun best as she nyanyi guna her own style kan. dia punya style sendiri. kebanyakan lagu slow jadi rancak. haha. still best jugak. nyanyi dalam kereta. how she buat pose with her guitar. that is awesome.


she's really cute lorh. ini tak tipu. dia juga sopan. menutup aurat yang penting. wanna meet her.wanna meet her wanna meet her. aaaa. aaaa. sambil berteriak like an insane. pastu nak suruh dia nyanyi satu lagu untuk aku. . pehh. makin jatuh cintalah aku.okay fiza. sila control. minat sesuatu tak boleh over. berdosa


okaylah. aku sudah mengatuk. nanti mama bangun, matilah aku. nway, for a reminder. im straight okay. haha.

May 15, 2011

selamat hari guru, cikgu

yes. selamat hari guru . so ini kisah hari guru. kisah cikgucikgu aku. cerita aku dan cikgu. kisah aku seorang pelajar. kisah aku dididik sebagai pelajar.

rindu sangatsangat zaman sekolah. sambutan hari guru. pastu bagi cikgu hadiah. nak bagi hadiah kat cikgu cantik je. yang ajar paling best jugak. yes. im one of them. biasalah tu. lumrah manusia kot. kalau cikgu yang aku memang minat, suka, aku akan tiru gaya dia. how she dress up. siapkan kerja dia. best jadi cikgu. cikgu pun ada peminat. ingat artis je ke ada peminat. fyi, CITACITA PERTAMA AKU IALAH TO BE A TEACHER. tapi macam tak sesuai je kan.


selain parents, because of semua cikgucikgu ni lah. im being a person. tak kira lah, dari tadika, Holy Family Kindergarden, Tabika Perpaduan Jalan Reko, Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit 2 Kajang, Sekolah Menengah Jalan Bukit Kajang,  Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar. Negeri Sembilan Matriculation College. and now. UiTM Shah Alam. those are all tempat aku menim ba ilmu dari umur 5 tahun sampai sekarang almost 21 years old. terima kasih cikgu!

masa sekolah rendah. masa kecil mana lah aku ada duit. duit belanja aku masa tu sikit. nak ada seringgit dalam poket pun sangat susah. duit belanja harihari bagi, harihari habis. that is very normal okay. so, bila tiba hari guru, aku pun mulalah serabut. macam mana aku nak bagi hadiah ni. kawankawan semua sibuk nak bagi tu lah, inilah. aku kena bagi jugak! nak minta duit kat parents malulah pulak. nak bagi hadiah kat orang, kenalah usaha duit sendiri. paling express apa yang dapat is sebatang pen. haha. cikgu sangat tak kisah pun kan kalau kita bagi hadiah sekecil tu. at least kita hargai dia as our teacher.

 

sekolah menegah. masa tu form 5. 5 SETIA. we all berpakat buat something that is memoriable in the school. on 16 MEI 2007 kami sekelas berjanji datang awal. what we done is hadiahkan each and every teacher yang teach us a bunch of roses. sebelum masuk kelas. berkeliaran lah kami cari cikgucikgu. wish. salam. and peluk cikgu. saat tu, kami boleh lihat muka cikgu yang terharu. takpernah buat dek orang. kelas lain sangat jeles. haha. ada kami kesah. nilai cikgu bukanlah dengan sekuntum bunga. yes, we know. bukan setakat dengan cara macam tu nak tunjuk we appreciate a teacher kan? we have done our best in SPM. that's is better way make our teacher happy kan?


sebelah kiri tu, guru kelas kitorang untuk form 4 till form 5. she taught us bahasa melayu. aku yang memang dari dulu takpernah suka bahasa, bila jumpa cikgu hidayah, aku jadi really suka BM. she made BM easy. she's like our mother kat sekolah. any problem boleh jumpa dia. beliau juga really concern  our reputation. ada jatuh sikit, hurm siaplah. get worse if she knows you get involve in cinta monyet at school. siaplah. you will be lectured. serius. taktipu. 

next is, cikgu shamsinar. cikgu biology. serius garang. kitorang sangat takut. but that is what i like about her.

i love maths too. really gila in mathematics and add maths. aku tak kesah seharian buat math. aku takkan bosan. beside both teachers kat atas, aku akan paling rapat dengan cikgu math. she knows everything about her students. lol. sebab cikgu math aku sangat talkative. haha. besides. she knows adikberadik aku kat sekolah tu. just guna instinct dia. then dia tanya. hurm. so, akulah mangsa kena marah sebab tak tolong ajar adik kat rumah. gggrrr.



setiap kali pergi lawat sekolah, cikgu, pengetua mesti akan pesan. "bila dah berjaya nanti, janganlah lupakan sekolah pula. datangdatang jumpa kami dekat sini."

aku pun dengan sopannya. senyum. aku nak sangat pergi sekolah tu. tapi dah ramai sangat cikgu yang pindah. so aku malu. haha.

lecturer at shah alam pun still a teacher kan? "HAPPY TEACHER'S DAY TOO, DOCTOR!"

thats all. SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU TO ALL TEACHERS IN THE WORLD. LUV U. MUAHHH!!! XOXO :))

May 14, 2011

result pro dah keluar

fuhh. akhirnya boleh jugak bukak blogger nih. seharian aku menunggu detik ni. chewahh. 

semalam our result professional exam dah keluar. alhamdulillah. at least no remedial exam. serius lega. boleh lah sambung ke elective pulak!

semua penderitaan exam paling kejam di atas muka bumi ni sudah berakhir. congrates to all my friends yang berjaya make it. semua gaya happy je. mana taknya kan, we can say bye bye to shah alam. will miss you sangatsangat. macammacam kenangan kita lalui.

hey sg buloh, please welcome us ya! tak sabar! wee~

risau dengan kegarangan doktor kat sana sebenarnya. doa je lah semoga all will be fine. tu je now. n bye!


May 11, 2011

an nisa, wanita, female. haish macammacam

sebuah hati, sepasang mata, sepuluh jarijemari untuk perkongsian bersama. berfikir. merenung menilai sejenak:

lembutnya hati seorang wanita. sensitif betul.
walaupun luaran memang clear cut kasar. if kena cara and time, leleh jugak. memang setengah orang boleh simpan kesedihan. kalau empangan pun lamalama boleh penuh, ni kan pulak kolam air mata. cewahh! pastu ajak membe teman nak pergi nanges kejap. takpun membe yang paham, siap offer diri lagi tu. tak buat apa pun. nanges je. agakagak habis air mata, emosi dah boleh dicontrol. setel. ada certain hal tu. terguris sikit je. tapi still terguris jugak kan. kalau rasa dipinggirkan sikit pun nak kecik hati. rasa macam kena buang je. kalau boleh apa yang dia buat semua nak dapatkan perhatian. orang busy sikit pun dia dah rasa lain. layan macam nak tak nak pun lagi lah dia rasa ada benda tak kena ni. mulalah tu fikir bukanbukan memang nampak macam mengada. tapi ni lah realiti wanita.

seseorang wanita tak mengharap lebih. 
cukup sekadar diri dia diambil berat. dia tak kisah pun dikongkong sekalipun sebab sekurangkurangnya dia akan rasa selamat. its like someone is bodyguarding her wherever she wil go. tapi bukanlah kongkong yang takberpatutan. pahampaham jugak lah kan macam mana keadaan

wanita mesti rasa sangat dihargai sekiranya dia menjadi orang pertama yang menjadi tempat perkongsian masalah. 
janganlah dulu je ada masalah, cerita. no matter what kind of problem. but now, nak cakap dah takut. sebab nak jaga hati. kalau dulu tak payah pikir perasaan sangat. sekarang takut ada yang makan hati pulak. bila  nak cerita,  berfikir panjang. lastlast cancel tak mo cerita. kalau dulu, kita rasa selesa cerita dengan seseorang tu, aku rasa tak salah if sekarang pun kita cerita je kat dia. maybe dia sebenarnya menunggu kita bercerita apa masalah kita. rindu nak bagi nasihat. potpetpotpet itu ini. bercakap gaya kaunselor terhebat kat dunia ni. macam lah kalau diri sendiri ada masalah, boleh handle se tiptop itu. haha

bila wanita menyayangi sesuatu itu, dia akan menyayanginya sepenuh dan seikhlas hati.
nak didik hati untuk menyanyangi tu bukan senang. tapi bila dah mulai sayang, bukan senang nak lupa or leave it alone. orang lain cuba nak rampas hak milik dia, dia akan cuba protect semampunya. nak try test tak? korang p lah cuba amik anak patung adik perempuan korang. mesti dia akan mengamuk punyalah kat korang sampai lah dia dapat balik anak patung dia. tu baru budak kecik. dorang ada naluri macam tu. kalau dah besar. korang tahu lah apa akan jadi kan.

perempuan je mesti cerewet. 
kalau nak beli barang tu, berjamjam. baru lah boleh g cashier then bayar. tu belum kira lagi berapa banyak kedai yang dia dah window shopping. kalau baju kotor, boleh pulak sebolehboleh pergi cara toilet sebab nak cuci. euw! tak suka lah kotorkotor ni. jatuh reputasi konon. kalau menulis dalam buku pulak. tak cantik nye tulisan. okay. koyak. buang. tulis baru. dapat kertas yang terlipat. tukartukar. tak nak lah yang ni. dah tak cantik. pfffft.

wanita ni sangat prihatin dengan hal sekeliling. 
every single thing tu, dorang ni nak kena tahu. kadangkadang siap buat jemaah lagi untuk menangani sesuatu isu a.k.a buat ketupat. lagi ramai lagi syok wey. aku tak tipu. haha. sorang bagi satu input. sepuluh orang. mahu sepuluh input. baik lah korang pergi berjemaah kat masjid ke. lagi berat pahala. ni hah. dengan wujudnya facebook. makin senang lah nak jadi prihatin. kau klik je nama siapa yang kau nak tahu. tup. terus keluar. 
"oo. dia ni. kapel dengan dia ni rupanya. patut la dah lama tak contact aku. ada awek cun rupanya sekarang."
"wow dia ni. study oversea lah."
"hish dia ni. gilew punya sosial seyh. dulu bukan main lagi cakap takkan terikut dengan life akak dia yang dah sesat tu."

tu kalau stalk member. ni stalk pakwe. 
"euw. sape dia ni. asyikasyik like status orang. pastu komenkomen. buat wallpost. gedik betul." 
"aaa. ada gambar dia dengan girl lain lain r. patut lah tak ingat aku. ouh. ade awek lain. patut lah. hurm."

ni stalk bukan pakwe. eee. 
"dia dah kapel. aa. kecewanya. kecewanya." pastu tak makan seminggu sebab sedih sangat. mood terbang melayang. kalau tengok orang tu komenkomen dengan perempuan lain. komen biasa je pon, pastu fikir bukanbukan. perasaan bengang tu menyirap je lah kan. podahhh. dia bukannya kau punya. biarlah dia nak buat apaapa pun. yang kau nak amik kisah buat apa. nak stalk sangat siapa suruh. serve you right babe! 

tapi ade je  kes stalk orang yang entah sesiapa dalam hidup korang. tak tahu kenapa. apa entah kaitan. tapi korang still stalk jugak. nasib koranglah. sape suruh jadi prihatin sangat kan.

da lah. letih lah aku nak tulis. sekadar mengisi masa lapang aku kat kolej keseorangan. insyaAllah elective tu akan settle by esok. ergh. stres. elective je stres. haha. kena kemas barang. gtg. 


selamat membaca. tiada kaitan dengan saya, awak, awak, mereka, kita semua. cerita sukasuki. no doubt. with that, bye :)

May 10, 2011

1001 kisah exam pro1

yeayy cuti. cuti. cuti. what the. orang dah lama habes exam, aku baru nak buat story hal exam. rilex lah. aku baru dapat menghadap laptop ni. kat rumah susah nak menghadap lappy orang or komputer yang tersadai kat ruang tamu tu. no privacy okay. haha.

as usual, study week for us are 2 weeks. lama ke? orang kata lama tu dua minggu. aku rasa macam takde ape je. nak kata abes baca nota, macam tak luak jugak nota tu. ada lah coursemate aku yang kira, total up nota semester1 till 4 are +/- 537. nak habeskan dalam 14 hari? around 38 notes per day. dah macam mesin fotostat la plak. bape nota entah sejam gitu. tu lah lecturer dah pesan start study from the beginning lagi, tapi degil. tak buat jugak. aku bukannya tak nak study dari awal. tapi aku sayang takut lupa lastlast minit. haha. yang kena study on that time pun aku tak sempat nak catch up ni kan pula nak revise. yang dikendong keciciran la alamatnya.


we all terasa terbeban sikit sebenarnya because there is too much yang we have to study. the whole two years dari first semester belajar lagi akan di tanya. belajar pulak ikut module. module tu contohnya, jantung. belajar la segala bagai pasal jantung. anatomy dia, how it works, what does it made off, what disease related to it, how can it be infected by other organism, how can it be treated and beramai ramai lah pulak yang hidapi each and every penyakit tu. tu baru jantung. belum kaki, tangan, otak, hati and lainlain. sejujurnya aku paling dan sangatsangat lah down bila lecturer expect us to know and remember every single thing. though we should know, tapi baru 2 tahun. tak berapa nak kuat lagi kot.

tempat kejadian: bilik orang lain.
bahan bukti: milik aku. tuan bilik pun sama.
maaf yew.. tak lama. kejap je kemas balik. haha.(after exam)

selama 2 minggu tu juga, macammacam tragedi berlaku. kalau boleh, aku tak nak ingat apaapa. but the good thing is all are okay now. alhamdulillah. aku bersyukur sangatsangat. 

besides, aku being damnly addicted to nescafe. everyday atleast  aku akan consume. or paling worst 3 kali. the thing is aku tak realise pon aku dah terminum banyak kali in a day. haha. bukan aku sorang okay. ramai je membe aku minum nescafe everyday. you know what, menjelang 20 tahun akan datang, maka ramailah doctor akan menghidap osteoporosis dalam usia yang muda.

apart from that, while im reading notes aku angkatlah muka aku. nak baca something on the board. argghhh. what i can see are blurred word. tapi jarak the board is quite jauh jugaklah.cool fiza. banyak sangat baca kot. haha. *sigh. padahal tidur pon banyak. mata tengah stres on too much kena baca kot. ko dah la suka tulis rapat ke meja. aku pun mulai lah bertanya dengan my specky's friend, how to cope this problem. okayokay. after exam, aku akan makan carrot sebanyak yang mungkin. 

nantikan cerita exam pulak yek! nway im in college now. sangat busan. maka peneman hidup ni lah akan menemani sepanjang hari. till now, bye.

May 8, 2011

happy mother's day

happy mother's day!!
walaupun someone told me malam tadi tak leyh celebrate. tapi nak wish jek. plis. plis. haha.

semalam our faculty have been invited to a prograame ni. ITS BEGIN WITH YOU. aku and zima pon join lah treasure hunt. aaaa. serius sangat letih. turun naik escalator. naik turun naik turun. aku bukannya khatam sangat ts tu.setakat sesat tu memang still ada jugaklah. sekarang aku yang suffer sakit belakang. sakit kaki. sakit pinggang. adoiii.

sempat jugak aku ajak cik ema join sekali event tu.  upm menang. ceyh sempat lah jugak beliau membanggakan diri dengan kemenangan u dia tu. huhu. tapi ema, gempak lah wey dak u ko yang pandai nyanyi tu. semester depan, kau cari dia auw. mintak sign..... hahaha







 at last... im home. im home. im home. wlaupun balik rumah because of emergency case, still im home. suka suka suka. (:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...