May 20, 2011

nur kasih the movie

hari ini. oppsss salah. dah pukul 3 pagi. so semalam. aku tengok NURKASIH THE MOVIE. aku memang dah aim lama nak tengok cerita ini. masa first time tengok thriller dia lagi. masa tu tengok cerita hikayat merong mahawangsa kot.


aku sangat gila dengan cerita ni okay. masa drama pun aku memang takkan miss. walhal ada je cerita ulang tayang. masa bulan puasa tu, masa sahur. mesti aku tengok. walaupun sebenarnya cerita tu berulang yang sama. and sampai sekarang pun cerita tu ada je lagi kat tv3. dan aku stil tengok cerita ni okay.

apa aku dapat dengan Nur Kasih The Movie. 
sebenarnya ianya lebih mudah difahami kepada mereka yang memang mengikuti dramanya. sebab setiap perjalanan kisah Nur dan Adam tu bersambung dari movie tu lah. kira macam continuation juga lah. oo yew. disebabkan cerita ni ditonton oleh 19juta rakyat Malaysia masa zaman kegemilangan drama ini, so sangat ramai lah orang nak tengok cerita ini. aku nak beli tiket tadi, dah datang before 12pm tu.full! tiket wayang aku pukul 3.35 petang okay!  and sit on the 3rd row.  yang tu pon nak dekat full. jadi kepada yang nak tengok cerita ni, kena book awalawal taw!

apa yang aku suka dalam cerita ini ialah pengorbanan dan semangat Nur untuk mencari Adam bila Adam hilang tibatiba selepas letupan keretapi di padang pasir. tulusnya cinta seorang isteri. bersungguh sangat wajah dia. lagipun jodoh kan. selagi dia tercipta untuk kita, hujung dunia mana sekalipun pasti kita akan jumpa dia. apa yang allah tetapkan kepada setiap hambanya itu, semua ada hikmah. allah hanya akan menguji hambanya yang betulbetul mampu. Allah knows everything. He knows what is the best for us. Nur seorang wanita yang ditimpakan pelbagai masalah kepada dia tapi dia sangat kuat. aku sangatsangat admire kehebatan wanita macam tu.

part yang aku rasa perlu diambil perhatian oleh masyarakat islam sekarang ialah bila mana Nur tolak tawaran Jehan Miskin untuk terima tender daripada Jehan yang nak buat club. ayat pedas beb. "rezeki saya daripada tuhan bukan encik". haha. padan muka.

ooo lagi satu, suka tengok scene budak jahat tu, Mamat dengan budak perempuan tu. mereka nak jadi baik. tapi disebabkan konflik diri, susah kot bagi mereka. aku rasa Mamat tu macam hero lah bila dia nak selamatkan Aidil kat terowong tu. sedih sangat. lelaki tu sangat kejam. huh!

nak dekatdekat habis, aku jadi konfius. dia kawin dengan siapa? adam ada lagi ke tak? ada banyak flashback. jadi kena concentrate betulbetul. kalau tak, akan lost.

aku suka part lagu Tanpamu (klik) played. tetiba touching dengar lagu tu. bajet melayan perasan lah. euw. macam gedik je. maaflah. tak sengaja. haha


this is my sweet friend. very sweet okay. hangout dengan dia lah! borak macam apa. segalagala cerita nih. gelak tak ingat dunia. aaaaa. miss sesangat. at least relief sikit. fuuhhh. thank u. muahmuah. luv ya! <3



4 comments:

!!- a.y.u -!! said...

last2 nur ngn adam jgk k?

feeza_rashid said...

last2 nur dengan anak dia je. haha. aah.dy setia ng adam.huuhu

iskandarzulkarn9 said...

WAHH3!!BESHHHH..
ESOK BARU NK G TGK...HUHU

jia said...

nak tengok nak tengok..
mesti tengok..
jia asik sbok g klas mmndu je..
ta taw ble nk p tgk.. :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...