June 12, 2011

kelantan kecundang. tahniah penyu!

keluar rumah: 4pm
balik rumah: 2.30am

aku antara manusia yang semangat pasal bola. alihalih kalah oi. rilex. perkara biasa. adat permainan. kalau semua orang nak menang, siapa nak kalah kan? kan? haha. tak pe lah. tiada rezeki kali ni. nak buat macam mana.

tapi gelagat sepanjang nak ke sana dan di stadium bukit jalil sangat menghiburkan aku. kononkonon. manusia. macammacam.

aku keluar dari rumah dengan adik aku. gerak lah pergi masjid jamek. masalah star LRT ni, ada exchange tren. bukit jalil tu arah sri petaling. sekali yang datang dulu tren to ampang. hah. aku dengaan adik aku ni, tren dah nak tutup pintu, nak masuk tak. masuk tak. sebab semua orang cm naek je. haha. elok je pintu nak tutup, kitorang terus melompat masuk. orang kat dalam tu sengihsengih tengok aku dengan adik aku. malu gila. padahal kalau tunggu je, nanti tak payah nak tukartukar tren lagi. hishh. (ikut sangat orang. dorang tu naik sebab dorang taktahu sangat pasal perjalanan tren tu! ciissss!) sesampai si bukit jalil. lautan manusia. by the way, kawankawan med aku, aku jumpa abang lab korang yang tercinto tu. haha. si pedengki attendance tu and yang lagi sorang. aku taktahu nama. lab anat jugak. aku takde la tegur. aku terus berpusing muka. malu oiii. haha

kisah dalam tren masa balik. boleh pulak LRT tu stuck tengah jalan. kalau atas darat takpe oi. boleh bukak pintu. ni memang kat atas udara. selama aku naik LRT, tak pernah aku naik tren tersangkut. aku da cuak gila kalau tak leh gerak. cano aku nak turun dari situ. bak kata sorang mamat dalam tren tu, 
"janganlah terbukak pintu ni. memang terjun habis semua."
mujur sangat aku dapat sit. so xda la letih sangat. peace!

aksi osman kering jadi tok bomoh. klaka gila. tak de orang tahu pasal ni kecuali penyokong kelantan sebab dia datang kat bahagian belakang sit penyokong kelantan. konon macam bacabaca bagi kelantan menang. tapi ceyh. salah baca kot.

masa gol kelantan tu. semua orang rasa like the piala, kelantan akan bawa balik. serius. bergalak bukan main dah. hu ha hu ha. siap menarimenari bagai. syiok gila. menjerit kalau boleh nak keluar anak tekak ni. sekali bila tetiba ada gol sendiri terjadi, terengganu pulak bersorak gilagila. kelantan sunyi sepi. semua tak bermaya langsung. berbeza sungguh. aku memang hilang mood terus nak bercakap. mesej masuk pun rasa geram je. seminit lagi kot. siapa tak geram. takpe lah. takde rezeki kot. nak buat macam mana kan.

bila bendabenda yang melibatkan ramai orang, time nak balik la paling susah. nak kena pusupusu. tolaktolak. erk. geli gila. dengan peluh segala. haha. rakyat kelantan ni sangat toleransi jugak. kira hormat lagi lah kaum perempuan by applying ladies first. aku dapat jalan dengan lenang! haha. aku terpijak selipar orang. aku taktahu siapa. tapi aku dapat rasa aku pijak. tak lama pastu aku dengar orang cakap,
"putuh doh slipa ambo" suara kesian gila
aku dari tepi dia, nak terburai gelak. maaf lah bang. saya tak perasan.

ouh yew. sesampai masjid jamek, putra LRT da takda. call abah. yess. makan kat mamak kejap. lapar. dari tengahari tak makan kecuali sekeping roti. then balik.

balikbalik je. online. notify aku!! haha. nak guling gelak baca komen and post  kawankawan. maaf lah ye. tersemangat lebih la semalam. hehe. nway, insyaAllah kelantan akan masuk final lagi tahun depan. :)





with that. tenkiu!

2 comments:

omai.n i k l i s a said...

syioooook. best gilaaa!

Fafau De Craft ( Zana ) said...

uwaaaa..akak pon dlm stadium,rasa ape yg awk rasa...sgt kecewa kan!tp tu la.xdak rezeki klate... :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...