assalamualaikum.
ERRKKKK!!
kenyangnya. hari ni kenyang over pulak sebab dapat beli makanan berbuka dengan sangat best. dah naik bosan harihari dok ngadap muka makcik kat bazar dataran cedekia uitm ni. alihalih nasi lemak ayam berempah, charketiow, nasi kerabu, macaroni goreng, kuih yang tak sedap langsung tu and banyak la lagi.
petang tadi pergi bazar dekat STADIUM MELAWATI SHAH ALAM. tanx to SWIFT!! puas hati betul. macam macam ada. sebut je nak makan apa. yang pelik yang tak pelik semua ada. maggi murtabak, rojak singapore, kambing bakar, kuih pelbagai jenis. patut lah orang malaysia ni gemukgemuk. menu tu pelbagai. kalau air tu, macammacam kaler. aku rasa selagi buahan atau sayur tu boleh blend, selagi tu boleh jadi air and dijual.
selama ni aku tak pernah paham kenapa orang yang ke bazar mesti nak kena beli sampai penuh tangan. macam lah habis makan semua tu. orang yang beli banyak banyak ni mesti tak reti nak lawan nafsu makan. plastik makanan tu sampai kiri kanan. memang hebat betol la perut dorang ni.
aku pernah dengar sorang minah ni cakap kat member dia masa beli makanan kat bazar,
"weyh2, jom la balik. tangan aku dah penuh kiri kanan ni."
WOWWW!!!! nampak sangat lah setiap hari masa beli makanan, dia cuma akan berhenti beli dah tak muat tangan. memang salute lah orang gini. tak sangka aku. macam lah esok dah tak boleh beli. kalau ye pon kempunan, agak agak lah. ada pulak yang memang spare duit untuk berbelanja kat bazar dan seboleh boleh nak habiskan duit tu hari tu jugak. kalau spare tu setakat RM5 takpe lah jugak. ni kalau sampai RM10 tu dah kira banyak.
ingatlah yang bulan ramadhan ni nak mengajar kita supaya bersederhana. kalau kita asyik beli ikut nfsu macam tu, macam mana objektif bulan puasa ni nak tercapai. lagipun membazir tu amalan syaitan kan? Allah tak suka orang membazir ni. bulan puasa ni lah kita nak kena ingat pada saudara kita yang susah tu. mereka tak mampu nak beli makanan yang sedapsedap pon taw.
okayy. okayy. sambung kisah yang aku pergi bazar di stadium. mulamula tu rambang mata nak beli apa untuk berbuka. pastu bila dah letih pusing tu, baru lah start beli makanan. nafsu aku tergugat lah hari ni. selalu macam tak suka membazir atau takkan beli banyakbanyak sebab aku tahu yang aku memang tak kan larat nak makan. tapi tadi, aku beli macammacam sampai tak tahu dah bila nak makan yang tak makan lagi tu.
meh tengok apa aku beli hari ni.
nasi goreng pattaya : RM3.50
ayam percik : RM2.50
maggi : RM2.50
air kelapa lemon : RM2.00
sata : RM2.00
takda la teruk sangat kan??? hehe... padahal tak habis makan pon lagi. konon je beriya nasihatkan orang jangan nak membazir tapi kali ni aku pulak yang beli melampau sampai tak habis makan. aku beli ni pun sebab entah bila lagi dapat pergi bazar yang best gini. jangan ikut tau apa aku buat ni. okay janji dah tak buat lagi. hehe.
JANGAN MEMBAZIR TAW!!
2 comments:
banyaknya makan.
keh3...
tu la kalau pegi bazar mesti nak beli semua makanan yg ada..ish2 memang tak terlawan nafsu...
azmi: hehhehehhe.. sekali sekala je tu... huhu.. nfsu ni mmg ssh nak lwan wlopon bulan pose ni xda syaitan kan...
tapi dimaafkan kan kalo makan ramai2 ng kawan2.. so xda la terok sgt nak habiskan semua..:)
Post a Comment