heeee. sambung semula cabaran cik ezy hari tu. tetiba kannn. almaklum kerajinan jarijemari ni nak menaip itu ini. plus sementara menunggu jam pukul2.
guru sekolah yang paling anda suka. erm. sekolah mana? sekolah menengah? sekolah rendah? kolej? u? hah. ada banyak sungguh ni mahu pilih mana satu. keliru. keliru.
bagi memendekkan karangan ini, aku pilih sekolah menengah la yek. aku paling suka biology teacher. cikgu Shamsinar Ahmad. auw auw. cikgu tu sangat selamba and cool dan juga garang. nak bercerita a.k.a gosip apa pun dengan dia memang tiada halangan la weyh. memang a kelas kitorang selalu kena marah dengan dia. sebab kelas kitorang je pun yang belajar bio . cikgu ajar kami science form 2 and 3 then biology form 4 and 5. cikgu rela tunggu kami habis spm, kemudian cikgu tukar sekolah yang dekat dengan rumah. classmateclassmate aku da biasa da kena lempaq buku not sebab nota hancuq, kerja tak siap. bila da ada student yang kena macam tu, aku jadi fobia. aku usaha buat kerja leklok. cewahhh. (tapi aku takpenah kena hentam seteruk tu. heeee. ada sorang lagi kawan aku pun tak pernah kena jugak. kami takpenah bodek cikgu okay) kadangkadang bila cikgu bebel untuk satu kelas. aku pun terkena juga. so diam dan dengar je apa cikgu nak cakap tu.
apa yang aku takleh lupa pasal cikgu ni, masa dia tengah marahmarah kat student, tetiba dia tersengih kat aku. kononkonon macam saje je nak kenakan budak tu. nakal uh. haha. lagi satu masa kena hantar nota. nota cikgu ni dia akan minta dengan secara sukahati anytime. so kena la bertungkus lumus siapkan nota bio dari mulamula kelas sampai current topic. nota aku gila punya ringkas sebab aku pemalas. kadangkadang tu, satu topic yang besar tu, aku boleh buat dalam sehelai page je. tapi komen lepas dia mark buku aku, ringkas, kemas dan informative. hahahaha. nak tergelak aku. dengan kemalasan aku buat 2 3 patah perkataan pun buleh dapat macam tu. kesian kawan aku yang penuh buku menulis. tapi still kena hentam. ngehngeh.
walaupun kami sekelas sering dimarahi. tapi setiap tahun hingga sekarang kami takpernah miss melawat cikgu di rumahnya. setiap tahun juga aku tak lupa wish selamat hari guru. kegarangan dia bagi aku semangat untuk belajar.
that's all. with that.
thank you. xoxo :)
No comments:
Post a Comment