March 29, 2012

Duhai..

Duhai pencipta,
Aku menulis bukan untuk merintih jauh menyesali
Sedarku di situ tercatat ketentuanMu
Setiap musibah punya hikmah besar disebaliknya

Duhai minda,
Usahlah lagi celaru. Aku merayu. 
Kerana
Setiap detik simpulan perlu diuntai
Lantas terpalit riak kemuraman di wajah.

Duhai hati.
Terbitlah sinar keikhlasan
Sesungguhnya ikhlas itu indah
Seindah taman di syurga yang diimpi.

Namun Ya Allah 
Biarlah iman yang kupunyai ketika ini kau tetapkan 
Keyakinan yang aku cuba cari di setiap ceruk, kau temukan.

P/s : kata hati dikala menjengah waktu pagi

Thanks for reading :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...