March 20, 2012

Memaafkan itu amalan mulia

Assalamualaikum and hai all :)

Welcome back here to me. whooooaaa. asyik berjalan baca blog orang lain je. Tetiba rasa best plak kalau nak menulis untuk diri sendiri. Actually, tengah tunggu secondary antibody incubation time. An hour. Kalau ikutkan hati, mahu je aku tidur kat sini. Urgh. 

What a silly talk going to be written today. Hurm. Peduli apa nak kata, aku nak gak tulis. 

Zaman gaduhgaduh bila dah menjadi dewasa a.k.a remaja tak sama dengan zaman sekolah rendah dulu. Kalau dulu, asal gaduh je habes semua orang tahu. Mana taknya, bergaduh bapak la kuatnya bertengkar siap tariktarik rambut/ tudung. Nanges pulak tu. Siap pesan, "aku btahu mak akuuuuu" dalam teresakesak tu. hahaha (Bukan aku) Almaklumlah budakbudak lagi. Walaumbagaimanapun aku tak nafikan adegan tarik rambut dan berlawan mulut siapa paling besar tu memang berlaku lagi sekarang. Mungkin sebab tak sempat nak enjoy zaman kanakkanak kot. Kesian.

Normally, orang dewasa yang matang bergaduh dalam keadaan yang senyap. Hah. Kalau tetiba one of them diam tak berkata apa itu adalah sebagai tanda amaran "sudah lah tu. malas aku bertekak dengan kau yang bercakap macam kau sorang je yang betul and orang lain is NO NO." kalau dilayan boleh mencetuskan Perang dunia ketiga, keempat mahupun kelima. Tapi ada lagi hebat where boleh sampai pecah belahkan orang lain, merosakkan kebahagiaan orang lain, menjatuhkan maruah orang. That is too serious story. Tak sesuai kot untuk aku. Pffft.

Kalau tengah terasa hati atau geram, baik diam daripada meluahkan. Mana taknya, "sesuka hati kau je cakap itu ini. Orang lain tak cukup sempurna macam kau. Yelah kau je betul. Kau je hebat. Memang lah kau je nampak hebat sebab kau tak pernah beri peluang untuk orang lain nampak lebih superb dari kau. Nanti kau tarik muka kannn ?" Kalau ikutkan hati nak gak sembur biar kau tahu apa orang rasa. Tapi kita mesti tak suka kalau orang sembur kita kan. So, if kita tak suka sesuatu jadi kat kita jugak, better if we keep our mouth shut. Takut katakata yang dikeluarkan tu sangatlah tak bermoral. Keadaan tengah marah. Sebab tu orang pesan, kalau marah baik diam and ambil wuduk. Muhasabah diri. Konfem lepas tu, temperature marah tu akan surut. InsyaAllah keadaan akan pulih.

Meminta maaf dan memaafkan adalah perkara yang berbeza. Manusia memang susah nak mengaku kesalahan. Kenapa ? Kerana sebuah ego. Ego umpama syaitan yang meresapi segenap tubuh manusia dengan keinginan memusnahkan silaturrahim sesama manusia dan tidak termasuk segolongan manusia sendiri yang menghasut manusia yang lainnya. Jika kesalahan berpunca dari diri kita sendiri,  pohonlah kemaafan. Sekalipun kesalahan itu bukan berpunca dari kita sendiri, tidak salah jika kita mengucapkan kata maaf kerana InsyaAllah Allah pasti mengangkat tinggi akhlakmu itu. Malah aku yakin takkan tercalar sikitpun maruahmu itu. 

A thought for myself and just wanna share with all of you.
Nway, thank you for reading. 
That's all
Thank you :)

P/s : See tak tak berbunyi lagi timer ni. Another 10 minutes.


3 comments:

cinta amerqastrina said...

gaduh time kecik2 senang je nak baik2 semula... salam, mt maaf =) dah besar , adoiiii... mt maaf pown nak berkira ..


nice entry =)

jop singgah baca blog <3

Anonymous said...

mechan
Normally, orang dewasa yang matang bergaduh dalam keadaan yang senyap.

maka aku adalah matang? haha~

feeza_rashid said...

@cinta amerqistina : thankyou :)

@mechan : aku tahu kau memang tggu post aku kaaan ? hahah. nway, matured ppl, think maturely :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...