September 7, 2010

bcoz u r my friends



Sebuah hati yang terluka amat sukar untuk diubati. tak semudah itu untuk melupakan setiap kenangan yang berlaku dalam hidup kita kerana kenangan itulah yang menjadi acuan rupa kita pada hari ini. setiap yang berlaku sudah tertulis olehNya. kita sebagai hamba perlulah menjalani hidup dengan tabah kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. bahawasanya Dialah Yang Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan dibumi.



aku bukanlah seorang yang hebat untuk mengeluarkan madah pujangga memberi ketenangan kepada sebuah hati yang sedang berduka. setulusnya aku nak minta maaf. aku sedar itu adalah diluar kemampuan aku. aku mencuba yang terbaik untuk menghiburkan hati seorang teman. aku tak mahu kawanku berduka di saat aku gembira kerana aku tahu bahawa seorang teman yang baik adalah teman yang berada disisi temannya ketika saat gembira dan sedih.



luahan hati tu buat aku menangis. tapi aku tak berani nak bgtahu. aku pernah mengalami ni suatu masa dulu. dugaan anak yang sulung buat perasaan tak puas hati tu makin menebal. berfikir yang positif sebenarnya banyak membantu sebab aku bukan lah sekuat kau yang boleh berhadapan dengan mereka dan meluahkan isi hati. aku lebih rela mendiamkan diri selama mana yang boleh hingga air mata aku tak mampu lagi nak menitis. berusaha memujuk hati melupakan apa yang telah berlaku. okayy. aku tak sehebat kau.


"saya mungkin tak mampu nak gembirakan awak, tapi saya akan bersama bersedih dengan awak
saya mungkin tak mampu nak halang awak dari menangis, tapi saya akan menangis bersama dengan awak.
saya mungkin tak mampu buat kamu gelak ketawa, tapi saya akan mencuba buat awak tersenyum walaupun sedikit.
saya mungkin tak mampu berada setiap masa untuk awak, tapi saya akan mencuri masa hanya untuk awak.
saya mungkin bukan pembuat keputusan yang baik, tapi saya akan mencari jalan yang sesuai untuk awak.
untuk awak, saya rela menjadi seorang badut yang menutup segala masalahnya untuk menceriakan orang lain "

this is because.....

"YOU ARE MY FRIENDS"



"Friendship is a pretty full-time occupation if you really are friendly with somebody. You can't have too many friends because then you're just not really friends." 

3 comments:

Cik Siti Rahmah Bahrom said...

"badut" ok now,i know u are my "badut" hehee thanks fiza... terharu sgt coz ade gambar aku :D

feeza_rashid said...

hahhaa... comel an aku?? hehhe... ntok kowg aku rela jadi apepon.. haha
xguna betol..
terharu sbb gmba ko jew? ceyh.. ssh pyh aku buat.. teman ko a ni smpai lewat ni.cinta tikar sejadah konon... haha

Cik Siti Rahmah Bahrom said...

hahaaa eh eh. salah kan aku pulak. aku tak suh pun ko teman... aku yg teman ko ade laaa :D best wei cerite tu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers