September 24, 2010

ditemuperamah

SUATU HARI YANG MALANG...


kenapa nak jadi doctor?
entah. sebab saya suka. sebab orang kata nak jadi doktor ni susah tapi best. so saya pun try je lah.(rupanya memang betulbetul susah.. huhu.. tak tertanggung aku)

doktor uitm bagus kew?
(soalan yang agak biadap. tapi still control and jawab dengan tenang) semua medical school sama je.. yang belajar di medical school tetap student yang tak tahu apaapa tentang ilmu perubatan. saya ni baru 7th batch. so yang 1st batch tu still dalam houseman. kita tengoklah nanti sejauh mana doktor uitm ni. tak lama lagi, ramailah doktor melayu yang lahir. so, u should be proud. (dalam nada harap dia paham uitm ni nak memajukan orang melayu)

bukubuku study selalu beli kat mana?
tengoklah syarikat mana yang datang promo buku, then saya beli after bincang dengan membemembe.

tak mahal ke buku medic?
mahal. tapi guna biasiswa kan. so kira okay lah jugak.

baca ke bukubuku tu?
(haishhh.. macam tahutahu je aku tak membaca)  mmm... tengok keadaan lah. disebabkan saya ni agak pemalas, so jarang la jugak buka buku.

tak membazir ke gitu?
tak rasanya. sebab untuk belajar. sampai bilabila pon saya tetap baca buku tu. lagipun bukan saya tak baca langsung.

tak takut ke belajar medic ni? nak kena bedahbedah orang. nak tengok tu, nak tengok ni. orang kata kalau nak jadi doktor, kena tidur dengan mayat, tak takut?
(kalau asyik fikir takut, bila nak maju... ni nak menjatuhkan semangat aku ke ni?? dan akhirnya aku hanya mampu tersenyum)

sekarang dah belajar sampai mana? dah bedah mayat ke?
eyhhh.. saya ni pelajar tahun 2. mana ada bedahbedah lagi. setakat belajar teori je. masuk kelas, makmal, buat tutorial. hospital pun tak pergi lagi. bedah mayat? mayat tu dah mati buat apa nk bedah lagi. saya bukan forensik. kalau masuk makmal pastu belajar pasal tubuh badan, memang belajar guna mayat.

ouh ye kew? tak busuk ke mayat tu?
bau tu sebab kena rendam dengan formalin. mulamula tak leyh tahan gak. dah lamalama macam dah tak rasa apa.

cukup masa ke nak study?
(aikk.. tak habis lagi soklan). sebenarnya boleh je masa tu cukup. tapi saya ni suka mainmain. facebook, blog, handset, borak. sebab tu masa banyak terbuang. selalu jugak lah ketinggalan.huhu

at last...........
ouh.. gud luck la yew fiza. semoga berjaya capai citacita..
-terima kasih :)
(sedaya upaya untuk senyum seikhlas hati.. arghhhh!!!)
akhirnya habis jugak sesi temuramah oleh peramah tu. aku tak sanggup lagi lepas ni.. tolong lah paham yew..

2 comments:

Unknown said...

huk3..
dai mmg curious nak tahu la tu..
kh3

feeza_rashid said...

uuh.. taw xpa.. tapi yg nk menjawab ni yg malu uh.. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers