October 3, 2010

bila dah jodoh

guy : saya suka awak. saya nak couple dengan awak.
gurl : erkk?
guy : tapi awak nombor 2.
gurl : apa ni?
guy : saya tetap sayang awek saya. saya takkan tinggalkan dia walau apapun terjadi.
gurl : macamana awak boleh nak couple dengan saya sedangkan awak masih lagi dengan dia?
guy : dia tahu yang saya nak mintak couple dengan awak.
gurl : hah? dia tak kesah?
guy : dia ok je. tak pe. kasih sayang saya boleh dibahagi-bahagi.
gurl : takpelah awak. saya ni bukan desperate nak kan lelaki pun.





serius ni kisah benar. perggghhh.. ada jugak ek orang macam ni? sungguh aku tak percaya. mana dia tahu yang dia tahu nak bahagibahagikan kasih sayang dia?


aku pelik macamana awek dia boleh bagi permission pakwe dia nak couple dengan orang lain. takkan lah dia tak rasa marah. dia tak de perasaan ke bila tahu pakwe dia menyimpan perasaan dekat perempuan lain sedangkan dorang masih lagi berhubungan baik? malah sanggup bunuh diri kalau ditinggalkan. sampai relakan diri dimadukan. fuhhh.. dunia dunia.. hairan aku.


mungkin ni antara golongan wanita yang bakal dapat payung emas kot kalau tyme kawen nanti sebab relakan suami untuk beristeri lain dengan hati yang reda. tak dapat aku bayangkan keadaan macam tu. dia memang seorang wanita yang hebat la kot.


tak kesahlah apa nak jadi. yang penting, kita kena tahu yang semua atas muka bumi ni semua milik Allah. Allah boleh beri dan amik apa yang kita ada pada bilabila masa sahaja. jadi kita tak boleh nak tamak untuk mengimpikan kebahagian bersorangan tanpa mempedulikan orang lain. mungkin apa yang kita miliki sekarang itu, terdapat sedikit hak untuk orang lain. jadi bersedialah untuk menghadapi apa yang bakal terjadi atau berkongsi dengan orang lain apa yang kita miliki kerana hanya Allah penetu setiap apa yang bakal terjadi dalam hidup ini. dan sentiasalah berdoa agar sentiasa dirahmatiNya.





p/s : wanita hebat mampu menggoncang dunia.

4 comments:

Mashe said...

kalo sy, sy cincang laki tuh...
hahahahahha~

Nik Lisa said...

lelaki yg berpotensi nak kawen ramai.=.=

feeza_rashid said...

mashitah : haha... mari cincang dy beramai2... bajet hot... tapi tadi terserempak ng laki tu auw... agak howt gak ah... p ase nak lempang2 je dy sebab statement dy yg menyakitkan hati tu..

feeza_rashid said...

lisa: sebenaryew dy je yang pasan dy boleh nak handle awek yang ramai... xpk perasaan org lgsg..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers