April 30, 2011

good luck!

aaaaa.... assalamualaikum...
tinggal dua hari je lagi nih. cuak cuak cuak. uiks uiks. janganjangan. 

time exam ni lah pelbagai pesanan boleh dapat.

mama pesan : study jangan kacau orang je. kalau ngantuk p mandi segarkan badan(tapi wut to do? kaki tidur. memang buat ape pon still lelap gak). 
next, jangan tidur petang. (every petang call to make sure aku tak tidur. aa. kalau tak angkat phone tu memang kantoi! kena jugak lah marah dua tiga kerat. huhu. so aku usaha lah tak tidur semampu yang boleh. masa aku dalam kelas hari tu, aku tak angkat call sebab tak perasan. mama merajuk sebab ingat aku tidur. ceyh. kena lah den pujuk. haha)
pastu mama jangan cakap lupa. lupa. nanti betulbetul lupa. yang penting, tawakkal and banyakkan baca ayat kursi. insyaAllah boleh.


incik badut pesan: chill and relax. jangan panic sangat.insyaAllah boleh buat punya.

semalam lepak kat bilik membe sebelah bilik aku. dia pun ceritalah apa yang dia dapat masa tazkirah.
beliau pesan: mulamula. nak dekat exam ni jangan tidur lambat lagi. paling paling lambat tinggalkan nescafe sehari sebelum hari nak final. (ok! aku dah stop).
pastu jangan kalau fikir pasal baca je lupa lah tak ingat lah. pastu sedih sebab susah nak ingat. ingat! berdoalah yang Allah akan tolong kita. yang pasti, kita kena yakin. itu yang paling penting. Allah suka hambaNya yang yakin. tapi kalau dia tak bagi apa yang kita nak pada waktu tu, mungkin Dia akan bagi pada salah seorang ahli keluarga kita yang lain atau kita akan dapat syafaatNya pada hari yang lain. kita kena tahu yang Allah takkan memungkiri janji pada hamba yang taat kepadaNya. InsyaAllah.

to all 7th batch MBBS UiTM shah alam hope semua habes revise 527 notes tu yek. haha. yekew habes baca semua?
nway, good luck yek! semoga kita semua akn jadi batch 'ketuat' yang paling marvellous! hahaha. :)








April 23, 2011

fenomena study week

huarggghhh..demam demam.selsema.hingus melelehleleh.serius tak suka.
aku kuat okay.tahan.tahan.wlalupon dah batukbatuk.orang sibuk study.
aaa..sabar je lah..huhu.

yana:fiza nak ubat x ni??

aku:taknak a.aku kuat. tak main a ubatubat ni.haha..

hehe..poyo je kau fiza. :)

ahhh tyme study week ni la nak datang segala penyakit..

semoga cepat sembuh ye fiza and fokus balik on study and gud luck exam.

too kawankawan yang lain jugak,gud luck exam :)

April 17, 2011

compare compare compare

betul ke aku suka compare? aku takde niat pon nak compare. and aku tak suka pun nak compare. maybe it occurs unintentionally kot. aku nak say sory sangatsangat. aku dah pernah janji kan dulu yang aku takkan compare about apaapa pun. ingat. masingmasing ada rezki sendiri. kalau semua kau nak dapat, kau akan jadi orang tak pernah kenal erti syukur.

to be a positive thinker, aku tak sepatotnya harap semua yang aku nak aku boleh dapat kan? aku kena belajar bersyukur dengan apa yang aku dah ada. at least i have you and you care bout me tu pun aku da kena bersyukur kan.

padan muka kau fiza. tak ubahubah perangai. tak boleh nak tidur kan semalam. bangun tidur bangun tidur mengharap phone bunyi. tapi last2 alarm bunyi pun kau sedap lagi tidur.

saket gak jadi penyibuk ni kan. huh. betul apa yang aku pikir takkan pernah salah. patut a aku rasa macam ada something is going wrong. ok. dah. sangat sedih sekarang.

ok dah. bangun tidur je kena meroyan. aku memang suka mengarut. jangan layan aku. bye bye.

April 15, 2011

last day class.

hari ni. last day kelas untuk semester 4. sedihnya.. lepas ni da tak de kelas at shah alam. bye bye shah alam. will miss u. huhu

hari ni jugak test yang terakhir untuk preclinical year. kejap je dah habes setahun. dan hari ni buat pertama kali dalam hidup, aku jawab exam dengan keadaan yang pening yang teramat sangat.

terover consume nescafe semalam. sekali pagi. sekali tengahari dan sekali malam. mati cepat la aku macam ni. huhu. bukan sengaja. tapi tak perasan terminum banyak. kesannya, tak dapat nak fokus study untuk test tadi and aku tak tahu la result macam mana la aku dapat untuk test tu. tawakal je lah.

pengalaman ngeri hari ni. henset kena rampas oleh si gilaan ramai (tetiba nak kondem lagi dia. aku tak paham betul kenapalah semua orang nak gilakan dia. kaki gaduh je dia tu. mulut pon leyh tahan jugak). haha .  aka penyibuk. dia nampak satu picture ni kat contact picture aku. 
pastu sengihsengih, " eyh2. macam orang korea la.."
haha. sengal. "banyak la kau punya korea. melayu kot. xde rupa korea langsung. "

ok. tak paham xpe. aku memang suka mengarut. bye.

p/s: alhamdulillah result tadi. teruskan usaha lagi ye fiza. jangan cepat puas hati dengan diri sendiri.


April 6, 2011

ketika cinta


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


April 5, 2011

artikel untuk iktibar

i got this from notes kat fb. best best. jom baca. if ada yang dah baca. wut do u think? heeee..

Ok. katakanlah ko nie fresh graduate pada usia 23 tahun, lelaki, dan start keje sebagai executive officer(engineer/accountant/pegawai dan lain lain) kat kl dgn gaji RM2000 sebulan dan sebelum nie tak penah pon simpan duit kat bank..

tetiap bulan.. setelah ditolak dari perbelanjaan makanan, pengangkutan (sama ada public ataupon motor), duit letrik, air, telepon, rumah sewa dan lain-lain keperluan.. katakan lah.. korang leh saving RM800 la biasenye..

pastu.. oleh kerana korang nie boleh dikirakan sebagai anak yg baik.. korang pon bagilah duit kat ibubapa korang lebih kurang RM300 sebulan.. tinggallah RM500 untuk korang saving untuk bulan tu..

dan lepas setahun.. dgn setiap bulan korang saving tu.. korang ade lebih kurang RM5000 duit kat simpanan korang..

pada tahun berikutnya iaitu pada umur ko 24tahun.. ko pon berjumpa dgn gadis impian ko.. ko dan awek ko nie dah berjanji dan bersetuju nak kawin lagi 1 hingga 2 tahun lagi.. ok lah tu.. bagi masa nak prepare keperluan asas untuk membina 'rumah tangga bahagia'.. rumah lagi.. dgn kereta lagi.. kan?..

pada tahun tu gak.. oleh sebab ko nie kuat bekerja.. jadi ko pon dinaikkan gaji sebagai 10%.. sebagai lelaki.. ko mesti nak pastikan yg ko ade duit untuk keluar date dgn awek kan?.. so.. 10% gaji ko pon.. ko habiskan kat awek kesayangan ko nie..

macam gak tahun lepas.. tahun nie setelah ko berpulun simpan duit.. makan meggi je.. ko dah simpan sebanyak RM5000 lagi.. jadi jumlah simpanan korang untuk 2 tahun nie dah RM10,000.. kebetulan plak pada tahun tu.. company tempat ko kerja tu banyak untung.. so dier kasi bonus 2 bulan gaji.. menjadikan simpanan korang bertambah RM4000.. jadi jumlah simpanan yg ko dah ade skang nie ialah RM14000...

ko ambik keputusan nak spend RM8000 sebagai wang pendahuluan untuk beli brand-new RM40,000 car.. jadi.. simpanan korang skang nie dah tinggal RM6000..

tahun berikutnya pada umur 25thn.. ko masih bekerja mcm biasa lagi.. tapi untuk tahun nie.. oleh sebab ko dah ade kereta.. so jumlah simpanan untuk sebulan tu pon dah kurang dan menjadikan simpanan RM400.. jadi lebih kurang RM5000 gak la setahun tu ko saving..

takde bonus tahun nie sebab company korang tak byk untung.. jadi jumlah simpanan korang kat bank ialah RM11,000. pastu.. ko ambik keputusan nak bertunang dgn awek ko skang nie.. dier kate ok.. so ko kene la beli cincin pertunangan ye tak?..

lebih kurang RM1500 telah dihabiskan untuk cincin pertunangan dan hantaran pertunangan.. so jumlah simpanan ko skang nie dah tinggal RM9,500

tahun berikutnya pada umur 26thn.. ko dinaikkan pangkat dan gaji ko pon dinaikkan sebagai 1.5 kali berbanding gaji ko sebelum nie.. ok.. berita yg baik.. ko pon pikir la nak kawin tahun nie.. sebab ko pon dah tak sabar dan gersang sangat nak kawin.. ok la.. ko kawin tahun nie..

jadi.. ko tanye kat awek ko nie.. "berapa banyak duit hantaran?.." pastu dier ckp.. "berapa-berapa u sanggup.."

ko ckp.. "RM5000 ok??"
dier jawab balik.. "I ok je.. tapi my mom tu.. dia kate grad oversea mcm I ni mana boleh letak rendah-rendah.. paling kurang pon RM10,000 tau!"..

mate ko terjegil.. .. lidah kelu tak terkata.. dan ko pengsan kat situ gak..

"Kat mane lagi aku nak carik duit nie.." ko ckp dgn diri sendiri.. tapi.. oleh sebab ko dah tak tahan sangat nak kawin dgn gadis impian ko nie.. dan atas dasar "cinta".. ko kerja dgn lebih keras lagi sehinggakan pada tahun nie.. ko digelar "The Best Employee of The Year".. ko dapat 3 bulan bonus.. pastu ko pon buat side income jual ayam pencen.. so jumlah simpanan ko pada akhir tahun tu ialah sebanyak RM20,000.

ok.. skang nie ko dah 27thn.. dan cukup dewasa dan cukup duit untuk bayar hantaran perkahwinan.. tapi.. mak ko plak ckp.. "anak mak nak kawin nie mesti la buat yg grand-grand.. kita sewa khemah besar2.. jemput penyanyi ke.. artis ke.. sorang dua untuk buat persembahan.. lauk pauk kite panggil cater aje la ye?.. ala.. sorang RM10 je.. baju kawin ko.. kite sewa yang cantik-cantik dan mahal-mahal sket..

kite jemput dalam 1000 orang datang ok?"

ko pon dgn pantas pon kira la perbelanjaan semua tu... "1000xRM10=RM10000, penyanyi lagi.. khemah lagi.. buta-buta je RM15,000!!! tu tak masuk cincin kawin lagi..!" pastu ko pon ckp kat mak ko..

"mak.. nak buat ape bazir duit nie.. " pastu mak ko ckp "anak mak nie nak kawin sekali je seumur hidop.. biarlah buat betul-betul.."

ko ckp.. "tapi mak.."

pastu dgn pantas mak ko potong.. "dah lah.. ko jgn nak buat malu mak.. cik tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato2 datin2, tan sri puan sri semua datang.. mane mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik-kecik?.."

akhirnya.. ko pon kawin la.. tapi.. 'rumah tangga bahagia' yg ko mimpikan tak seindah yg dimimpikan rupanya.. perkahwinan ko tak dpt bertahan lama..

banyak hutang.. interest setiap bulan semakin bertambah.. dan ko tak mampu nak bayar lagi hutang-hutang ko tu..

bini ko plak dah letih jadi tukang bayar hutang.. dier tuduh ko suami yg tak bertanggungjawab.. dan bla bla bla.. akhirnya.. korang pon bercerailah..


jadi kesimpulannya..

1) perkahwinan nie sebenarnya boleh dilakukan dgn cara yg paling mudah.. tapi kat malaysia nie.. seboleh-bolehnya semua orang berebut-rebut nak buat majlis kawin yg paling grand dan membazir..

2) "Harga" bagi seorang wanita terletak pada latar belakang pendidikannya, bentuk fizikalnya dan status keluarga.. berbanding dengan pengetahuan dan kefahaman tentang institusi kekeluargaan dalam islam.. yg menyedihkan.. wanita-wanita yg baik hati.. yg taat perintah tuhan.. bagaikan "tidak beharga"

hantaran perkahwinan yg menjadi adat kaum melayu pon sebenarnya ditiru dari kaum india yg datang ke malaysia.. bile hantaran terlalu tinggi sehingga lelaki nie tak mampu.. maka perkahwinan tersebut akan ditangguh atau dibatalkan terus..

3) Perkahwinan sepatutnya dilaksanakan dengan cepat dan tidak menyusahkan pasangan.. tapi harini.. perkahwinan menjadi sesuatu yg complicated.. sehinggakan orang takut untuk berkahwin.. kita sepatutnya fokus pada kehidupan selepas perkahwinan.. bukannya majlis perkahwinan tu..

Perkahwinan nie sebenarnya hanyalah sebuah "pintu" je dalam institusi kekeluargaan..

kenapa nak abiskan banyak duit dan barang perhiasan kat pintu sehinggakan perabut dalam rumah semua kosong dan gelap..

credited to kelab anak kedah.

April 4, 2011

this is why i dont like online. and hate online.
haha.

elokelok deaktif fb, g on balik. padan muka!

tak hentihenti nak sibuk hal orang. stop it. stop it.

wahai feeza, banyak lagi kerja yang kau boleh buat. 

study kau tu dah lah asyik tergendala je. habeskan. habeskan. kalau tak, minggu ni jangan balik rumah!

kembalikan semangat study aku!!! huarrggghhh... wahai nota berkotakkotak yang tercinta, i love u and please love me too. permudahkan aku nak study. im begging nih...

April 3, 2011

mimpi sampai menangis.

ini hanyalah mimpi sematamata. tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati ok. 

amaran: mimpi itu ialah mainan tidur sahaja. jadi jangan terpengaruh. haha.

apa lah yang aku rasa lama sangatsangat aku tunggu masa tu. aku dah hampir mengalah dan start redha dengan apa nak jadi.

sampai satu hari tu aku duk termenung. aku tak tahu  yang aku fikir. pastu kau datang. aku rasa tak mampu nak angkat muka and tengok muka kau. aku duduk je buat taktahu. kau pun tak cakap apaapa. kau senyap je. tetiba mama datang. mama tak buat apaapa. mama senyap je. aku makin mengelak lah. 

kemudian, kau genggam tangan aku. aku takut. aku sendiri pelik kenapa aku takut sangatsangat. macammacam aku fikir. tapi aku tak mampu luahkan. aku biarkan je. takde reaction langsung. lama aku biar. yang pasti macammcam yang aku takut. pastu aku tatap mama. aku dapat rasa berdebar gila kot masa tu. tapi aku senyap jek. nak tercabut jantung pun ada. over.

lama sangatsangat. then aku balas genggaman tu. aku genggam kuatkuat. masa tu aku macam takut nak lepaskan orang yang bakal jatuh dari bangunan. ellow. padahal still atas kawasan selamat. air mata aku pun tibatiba je mengalir dengan sendiri. bersungguh aku menangis. aku dah takut genggaman tu terlepas pulak kali ni. takut sangatsangat. kuat ke aku kalau biarkan genggaman tu terlepas. aku sendiri pun tak dapat lagi jawapan untuk tu.

aku tersedar dari tidur. that is mimpi. fuh. mimpi rupanya. bila aku bukak mata, aku teringat balik pasal mimpi tu. one by one clear in my mind. tibatiba aku menangis betulbetul weyh. nasib baik rumet aku tak dengar aku nangis. kalau tak mesti ingat aku sewel. dah lama aku tak menangis masa tersedar dari tidur.berminit jugak lah aku termenung. then aku sedar dah subuh. ok. solat!

dah tu je. maaf kalau terover. haha. pengaruh ceritacerita rekaan manusia banyak.haha. bye!



p/s: bm aku memang sangat teruk. harap maaf. haha

April 2, 2011

fotoshoot dengan yan

pose situ pose sini. best gilak.
kononkonon berangan nak jadi model fotoshoot lah nih. haha. ahakz!
nak jd cameraman jugak! niat asal kot. haha.
siap cakap ag tu kat yan. " yan, akak nak belajar lah snap gambar mcm ni."


masyukk kot keje ni sekarang. kalau g tempat orang kawen, aku tengok cameraman. bukak tengok pengantin.hehe
tapi yan suruh aku pose. ahaha. lagi aku suka! kehkeh. serius aku tak rety! of course pic yan lagi cun. aku memang kalah a.









okay yan. t kita join venture okay bila akak dah beli sebijik. haha

tolong lah hadiahkan dslr sebijik. aku tak mampu nak beli. ehem. kalau dapat hadiah hantaran pun kira okay jugak! pastu kita bagi lah sesape soh snap pic kawen bersanding segala bagai. ema pon pandai gak snapsnap pic nih. free pon free. jimat bajet kita. haha..

untuk sesiapa yang berminat nak ambil upah fotoshoot. leyh kontek yan kat sini http://sweetcoupleblogger.blogspot.com/


habes. setakat itu sahaja posing posing ya. sekali seumur hidup!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers