sebuah hati, sepasang mata, sepuluh jarijemari untuk perkongsian bersama. berfikir. merenung menilai sejenak:
lembutnya hati seorang wanita. sensitif betul.
walaupun luaran memang clear cut kasar. if kena cara and time, leleh jugak. memang setengah orang boleh simpan kesedihan. kalau empangan pun lamalama boleh penuh, ni kan pulak kolam air mata. cewahh! pastu ajak membe teman nak pergi nanges kejap. takpun membe yang paham, siap offer diri lagi tu. tak buat apa pun. nanges je. agakagak habis air mata, emosi dah boleh dicontrol. setel. ada certain hal tu. terguris sikit je. tapi still terguris jugak kan. kalau rasa dipinggirkan sikit pun nak kecik hati. rasa macam kena buang je. kalau boleh apa yang dia buat semua nak dapatkan perhatian. orang busy sikit pun dia dah rasa lain. layan macam nak tak nak pun lagi lah dia rasa ada benda tak kena ni. mulalah tu fikir bukanbukan memang nampak macam mengada. tapi ni lah realiti wanita.
seseorang wanita tak mengharap lebih.
cukup sekadar diri dia diambil berat. dia tak kisah pun dikongkong sekalipun sebab sekurangkurangnya dia akan rasa selamat. its like someone is bodyguarding her wherever she wil go. tapi bukanlah kongkong yang takberpatutan. pahampaham jugak lah kan macam mana keadaan
wanita mesti rasa sangat dihargai sekiranya dia menjadi orang pertama yang menjadi tempat perkongsian masalah.
janganlah dulu je ada masalah, cerita. no matter what kind of problem. but now, nak cakap dah takut. sebab nak jaga hati. kalau dulu tak payah pikir perasaan sangat. sekarang takut ada yang makan hati pulak. bila nak cerita, berfikir panjang. lastlast cancel tak mo cerita. kalau dulu, kita rasa selesa cerita dengan seseorang tu, aku rasa tak salah if sekarang pun kita cerita je kat dia. maybe dia sebenarnya menunggu kita bercerita apa masalah kita. rindu nak bagi nasihat. potpetpotpet itu ini. bercakap gaya kaunselor terhebat kat dunia ni. macam lah kalau diri sendiri ada masalah, boleh handle se tiptop itu. haha
bila wanita menyayangi sesuatu itu, dia akan menyayanginya sepenuh dan seikhlas hati.
nak didik hati untuk menyanyangi tu bukan senang. tapi bila dah mulai sayang, bukan senang nak lupa or leave it alone. orang lain cuba nak rampas hak milik dia, dia akan cuba protect semampunya. nak try test tak? korang p lah cuba amik anak patung adik perempuan korang. mesti dia akan mengamuk punyalah kat korang sampai lah dia dapat balik anak patung dia. tu baru budak kecik. dorang ada naluri macam tu. kalau dah besar. korang tahu lah apa akan jadi kan.
perempuan je mesti cerewet.
kalau nak beli barang tu, berjamjam. baru lah boleh g cashier then bayar. tu belum kira lagi berapa banyak kedai yang dia dah window shopping. kalau baju kotor, boleh pulak sebolehboleh pergi cara toilet sebab nak cuci. euw! tak suka lah kotorkotor ni. jatuh reputasi konon. kalau menulis dalam buku pulak. tak cantik nye tulisan. okay. koyak. buang. tulis baru. dapat kertas yang terlipat. tukartukar. tak nak lah yang ni. dah tak cantik. pfffft.
wanita ni sangat prihatin dengan hal sekeliling.
every single thing tu, dorang ni nak kena tahu. kadangkadang siap buat jemaah lagi untuk menangani sesuatu isu a.k.a buat ketupat. lagi ramai lagi syok wey. aku tak tipu. haha. sorang bagi satu input. sepuluh orang. mahu sepuluh input. baik lah korang pergi berjemaah kat masjid ke. lagi berat pahala. ni hah. dengan wujudnya facebook. makin senang lah nak jadi prihatin. kau klik je nama siapa yang kau nak tahu. tup. terus keluar.
"oo. dia ni. kapel dengan dia ni rupanya. patut la dah lama tak contact aku. ada awek cun rupanya sekarang."
"wow dia ni. study oversea lah."
"hish dia ni. gilew punya sosial seyh. dulu bukan main lagi cakap takkan terikut dengan life akak dia yang dah sesat tu."
tu kalau stalk member. ni stalk pakwe.
"euw. sape dia ni. asyikasyik like status orang. pastu komenkomen. buat wallpost. gedik betul."
"aaa. ada gambar dia dengan girl lain lain r. patut lah tak ingat aku. ouh. ade awek lain. patut lah. hurm."
ni stalk bukan pakwe. eee.
"dia dah kapel. aa. kecewanya. kecewanya." pastu tak makan seminggu sebab sedih sangat. mood terbang melayang. kalau tengok orang tu komenkomen dengan perempuan lain. komen biasa je pon, pastu fikir bukanbukan. perasaan bengang tu menyirap je lah kan. podahhh. dia bukannya kau punya. biarlah dia nak buat apaapa pun. yang kau nak amik kisah buat apa. nak stalk sangat siapa suruh. serve you right babe!
tapi ade je kes stalk orang yang entah sesiapa dalam hidup korang. tak tahu kenapa. apa entah kaitan. tapi korang still stalk jugak. nasib koranglah. sape suruh jadi prihatin sangat kan.
da lah. letih lah aku nak tulis. sekadar mengisi masa lapang aku kat kolej keseorangan. insyaAllah elective tu akan settle by esok. ergh. stres. elective je stres. haha. kena kemas barang. gtg.
selamat membaca. tiada kaitan dengan saya, awak, awak, mereka, kita semua. cerita sukasuki. no doubt. with that, bye :)