July 3, 2011

DAY 8 : pergaduhan teruk yang pernah anda alami

assalamualaikum..
continue update untuk sahutan cabaran. waa. akhirnya terdetik juga hati aku nak sambung balik benda ni. fyi, aku sedang berseminar di UiTM. menjadi mentor kepada adikadik angkat dari parlimen sembrong dan pekan. that's why macam busy. dan tak sempat nak mengikut hari yang sebetulnya bagi menyiapkan cabaran ini. btw, this seminar will end tomorrow. cerita seminar ini akan muncul kemudian sekiranya waktu mengizinkan.

pergaduhan? what the? tak baik kot gaduhgaduh aku. aku tak ingat sangat pasal pergaduhan ni. ye r. baik kot. bertikam lidah sekali sekala tu adalah. tapi tak sampai beberapa minit dah baik semula. maklumlah. dah besarbesar ni. tak guna gaduhgaduh kan. cewahhh..

dunia sekolah rendah: ok. aku tak ingat sangat. serius. tapi ada gak a budak yang aku tak kamceng and memang tak boleh masuk langsung dengan budak tu. kecilkecil lagi mulut dah macam apa. ggrr. stres! ouh ye. tak tahu apa reason pon. tetiba je bersengketa.

dunia sekolah menengah: biasa lah kalau ada senior tetiba nak cari pasal dengan junior. apa kes ntah nak aimaim orang plak. ingat lagi masa interview PRS. dia tanya aku soalan bukanbukan dan soalan aku aku paling terrible. pastu boleh nak buat ayat kurang di ajar. fuhh. mujur lah seniorkan. aku buat muka je lah. dan aku jawab macam orang sengal jawab interview dan sumpah aku benci dia. lepas je interview tu, heboh satu kelas pasal dia buat aku gtu. dan lepas kejadian tu, memang aku tak boleh tengok muka dia. nasib baik kawan aku semua tak suka dia. (actually dia tu lelaki yang auw auw. so pahampaham la mulut macam mana dia kan )tapi last sem terserempak dia dalam bas nak balik kl jugak. dia tegur aku! haha. tapi makin teruk je gaya. huh!

dunia matrix: pergaduhan yang tetiba je terinvolve dengan aku sekali. padahal aku tak buat apaapa. cuma disebabkan kawan aku ni je. geng perempuan tu tak puas hati sebab ada orang yang dia minat tu minat membe aku. benda paling bodoh dorang buat ialah dorang koyakkan teddybear yang pakwe kawan aku kasik kat dia. perghh. cerita kisah dia boleh buat satu post yang lain. sangat panjang okay!

okay. sekian. selamat malam. aku dah ngatuk. esok kena buat lawatan UiTM pulak. jalan kaki taw! semoga aku sampai ke destinasi nanti. haha. bye! :)

1 comment:

Han Hanni said...

dalm dunia persahabatan ni mmg sering ada gadoh2..
wpun tak seriustapi tetap ada masam2 muka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers