May 27, 2011

orientasi oh orientasi

selamat pagi. good morning.

mood: report cepatlah kau siap. aku nak balik ni.

seminggu ni duk berulang alik makmal. aku taktahu lah kenapa still tak kurus juga. haishh. bangun tidur, makmal. balik bilik, ngadap laptop. erghh. mata aku! habis lah aku kalau macam ni je hari hari.

sekarang ni student lepasan SPM ataupun student yang ambil diploma sedang orientasi kat sini. roomate aku join sesi orientasi mereka. aku bukan taknak join. dah siap hantar borang dan terpilih dah pun hari tu tapi aku dah tolak sebab clash dengan waktu elective. eee. serius rugi sangat.

aku pun pernah lalui zaman orientasi ni. harihari aku nangis wey. tapi roomate aku je lah yang tahu. tiaptiap hari kena bangun awal pagi, jadual orang tentuka, time kena sharp, takde masa rehat. sumpah terseksa. aku paling benci orientasi. tapi kenangan ni lah paling aku suka. 

so ceritanya kisah kali ni ialah luahan from roomate aku. serius kesian sangat aku tengok dia. balik dengan seletihletihnya. jadi fasi tu for sure lah tak cukup tidur. asal balik bilik je, mesti asyik dapat call. aku pulak yang stres. what the? takde kaitan dengan aku pun call tu. padahal jeles sebab phone sendiri macam ikan yang tak bernyawa. haha

"studentstudent baru yang orientasi sekarang ni manja and tak kuat stamina. (for sure lah tak semua kan. so jangan terasa hati okay!) jalan sikit pun tak boleh. bukannya jauh pun. setakat dari DSB ke seroja je. pastu naik bas balik kolej. kami tak suruh pun jalan kaki sampai kolej." mood dia sangat emo dalam keletihan.

hello adikadik, akak senior kamu ni dulu jalan kaki from delima ke DSB okay. pergi dan balik. kolej kitorg ni tak disediakan transport langsung kalau nak compare dengan kolej korang tu.(your college is the only girl college yang ambil intake for diploma this sem) kalau tak silap aku, jarak kolej korang dengan kolej aku ni lebih kurang je. sebab tiap kali aku nak pergi kelas pagipagi pun memang aku lalu depan kolej korang tu. semua okay je. rasanya tak de lagi yang terpatah kaki ke terpengsan tengah jalan tu. (not included mereka yang disahkan memang ada penyakit oleh doktor) aduhai kalau orientasi pun nak manjamanja mana syok lah. baek tak payah ada orientasi. stay je kat bilik tu hah.

pastu kes lain, masalah kesihatan. dah tahu sakit tu, bagitahu la akak fasi tu awalawal. takpayah la fikir yang taknak susahkan mereka. ini memang tugas mereka. (tapi agakagak lah juga. jangan la kes kecil pun nak susahkan orang) mereka rasa lagi susah kalau tibatiba tahu korang ni sakit. kalau inform awalawal, sekurangkurangnya dorang ni tak terkejut. ni tak, simtom peningpening je, cirit ke kan. tuptup pergi hantar pusat kesihatan, rupanya ada migraine, chron disease dll. woi. janganlah mainmain dengan penyakitpenyakit ni. kalau orang taktahu, mereka main suruh je korang buat apa yang mereka nak. pastu korang jugak yang suffer taw.

last sekali, aku palinglah sangatlah pantang dengardengar kes orang yang guna orang dalam ni. (ni perkara biasa. hurmm. what to do. orang cable besar. cuma kadangkadang kurang adil kepada si cable kecik. haha) kena ragging sikit, call parents. then, parents call orang atasan. seriously, no adventure in life lah macam ni. orientasi bukan ragging kind of thing. they were thought to teach us to be a discipline student. setakat bangun subuh orang kejut tu, bangun je lah. untunglah orang nak kejut daripada kau tertinggal subuh terus, lagi besar dosa kau kena tanggung.

orientasi ni tak lama pun. setakat seminggu. hargai lah elokelok. nanti bila tamat sesi ni, kau akan kenang balik. aku dah rasa semua ni. setiap apa yang menyeksa jiwa dan diri kita, yang tu lah paling best nak diingati. cerita balik dengan kawankawan mesti boleh sampai tergelak besar. haha. (padahal aku teringat zaman orientasi kat matrik dulu)

sudah. itu je aku nak cakap. pensanan aku,  enjoy your orientasi okay. byebye :)



3 comments:

Amni said...

betol.. seminggu sangat sekejap.. just enjoy! =)

Cik Siti Rahmah Bahrom said...

hahaaaa orentasi matrik? kahkah sape yg kena ketuk ketampi dkt depan blok tu wei? ko kene ke? hahahaaaaa nngis2. aku slumber badak tido korg gelak2kan.

Anonymous said...

best woo orientasi.. gi seroja dr dsb pun nak merungut?
erkkk.. mungkin sbb seblum tu dorang ingat seroja tu jauh kut.. tup2 dekat.. diorang merungut la sbb sekejap sgt.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers