"Insyallah, aku tidak akan sekali-kali
menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti.
Aku pasti akan mencintai dan dicintai
kerana itu janjiMu..
tapi Tuhan,
jika Kau takdirkan aku jatuh cinta,
Kau jatuhkanlah cintaku ini
kepada dia yang mencintaiku keranamu.."
Cinta hadir dalam setiap diri makhluk yang bergelar manusia...
Cinta itu suci seumpama embun yang menitis di pagi hari...
turunnya dari langit suci, bersih tanpa dinoda..
Namun, tanah yang berlainan yang menerima embun itu...
Lalu menentukan corak embun itu..
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus dan gersang,
kedurjanaan, kedustaan, langkah serong tumbuhlah pada embun itu..
Tetapi jika ia jatuh pada tanah yang subur,
tertumbuhlah kesucian hati, keikhlasan hati dalam embun itu...
p/s: hati itu kekal milik tuhan selamanya..
No comments:
Post a Comment