July 11, 2010

_Atas Nama Cinta_

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta


Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta


Reff:
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta


Yesterday is a history.....

Awak pernah hadir dalam hidup saya bila hati ini telah ada pada seseorang. hanya awak yang tahu hati ini selalu disakitinya dan awak yang selalu ubati. Sesakit mana diperlakukan, saya tetap juga padanya walaupun awak telah meluahkan segala-galanya. Tak mudah untuk hati berubah pada ketika itu. Bagiku, menduakan adalah sesuatu yang mustahil.


Namun, pabila hubungan mulai berpenghujung, awak sudah memiliki hati yang lebih menyayangi awak. Kesedihan membelenggu diri. Mencuba menahan perasaan yang telah mula ada pada awak. Saya mendekati awak semula kerana saya pasti tidak mudah bagi awak untuk melupakan segalanya. Kita mulai rapat namun tiada hubungan melebihi dari seorang sahabat antara kita hinggalah awak pula berpisah dengannya. 



Akhirnya, suatu ketika kita ditakdirkan bersama. Melalui saat-saat manis bersama dan saya menjadi sebahagian dalam hidup awak. Membahagiakan dan menggembirakan di waktu duka. 

Terlalu mengejar kesempurnaan menjadikan diri ini seorang yang menyesali perbuatan yang lalu. Tidak tahu apa nilainya seorang teman yang setia. Kini baruku sedari memilikimu adalah sebuah anugerah terindah dalam hidup ini. Kini tiada lagi gelak tawa bersama yang ada hanyalah kedukaan yang dipendam seorang diri. 


Namun segalanya sudah terlambat. Hanya mampu saya lakukan ialah berdoa agar awak bahagia bersama insan yang setia menyayangi dan membahagiakan awak. 



p/s: tomorrow is mystery and today is a gift....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers