November 29, 2010

seharian hari isnin

haii semua..
fuhhhh.. letih berlarian dalam hujan yang sangat lebat hari ni seteleh seharian lecture.
aku tak tahu apa lah nasib aku hari ni.
macammacam jadi.
rasa macam nak gelak pun ada jugak.

okay.
start dengan citer tengahari tadi.
dari fakulti nak pergi kolej mawar sebab nak photostat kerja untuk distribute masa pbl esok.
tetibe ditahan oleh seorang makcik.
ingat makcik tu biasabiasa je.
ganas pun ada jugak.
makcik tu nak cari tempat untuk ambil jubah konvo anak dia.

"nak, tahu tak kat mana tempat nak ambil jubah konvo?"
"makcik, jubah konvo ambil dekatdekat area DSB rasanya. dekat dengan pintu depan tu."
"tapi dia tulis dekat sini dekat bangunan engineering"

aku dah pelik. mana ada tempat ambil jubah kat sini.
kebetulan abg syah and abg lab baru lalu kat situ. kitornag pun pergi la tanya.
masib baik abg syah tahu tempat tu. 
makcik tu mengeluarkan idea yang buat mata aku terbeliak. 
"jom teman makcik pergi sana"
(apa???)
aku dah terkejut.pandang membe aku. jauh tu.....tak larat ooo..
 nasib baik kawan aku tu cool.
mmm... "tapi makcik, jauh tu dari sini."
"kita naik teksi, nak"
fuhh... terima ksih makcik.. hahahaha

dalam teksi pulak, dapat pesanan dan informasi serta input pasal budakbudak kat sini.
so sekarang aku dah tahu la serba sikit dari pakcik teksi yang peramah tu pasal budakbudak fakulti mana yang tak boleh dipercayai.
pakcik tu yang nak cerita.
bukan aku yang tanya.
cayalah pakcik.
sambil menyelam minum air,
sambil bawak teksi, korek rahsia orang.
hahahaha...

lecture pukul 3 batal.
yahuuuu!!!
balik bilik!!!
buka pintu kat belakang lecture hall, HUJAN!!!!!!!!!!!!!!!!!
kuat glew angin.
dari atas fakulti memang tak nampak jalan.
nak jalan pun angin boleh tolak.
baju aku!!!
arggghhhhh!!!!!!
aku dah terbayang bajubaju yang aku tak clip masa jemur pagi tadi berterbangan entah kemanamana. pastu aku tak tahu nak cari kat mana baju tu.
aku tak kira. nak kena balik jugak walau lebat macam mana pun. 
aku pun amik a plastik hitam, bungkus beg, redah hujan.




cuak sampai takterkata apa.
korang bayangkan bajubaju korang berterbangan.
korang nak ke?
aku tak sanggup ooo...
....
....
....
....
....
....
....
....
....

sesampai kat kolej, berdebar tengok ampaian.
...
...
...
...
... 

hishhh!!
buat cuak je.
sikit pun tak bergerak baju tu.
tapi memang basah lah.
"ko ni buat takut aku je wahai baju."

"kau tahu tak, aku tak beli makanan sebab risaukan kau auw!"




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers