January 13, 2011

final exam sem 3

hai semua!!

tanggal 11.20a.m 12 January 2011. berakhir jugak la bebanan semester 3 yang almost 7 months. seminggu ni tak menarinari jari ni kat depan laptop ni sebab "struggle" untuk final. siap letak laptop dalam almari lagi cause takut membazir masa. ceyh! tapi poyo jew. padahal ada je aktiviti lagha lain yang ai buat. seperti bertandang ke bilik kawankawan.

meh nak stori perihal studi week. 
nama je dua minggu studi week. tapi beberapa hari terakhir tu barulah semangat tu datang. kalau tak memang  gini je lah. pantang pegang nota. memang keawangan terus lah. haish. tak tahu la kenapa kehebatan tidur tu kuat sangat. jealous je tengah membemembe lain yang susah nak lelapkan mata. genetic daripada mana la yang da hinggap ke diri ai nih.

exam is around da corner tapi note sebanyak 175 topics tak habis lagi. . penyakit autoimmunity ni mula lah start. muka masam gilew. muncung itik yang boleh buat gantung hanger pun  muncul. semua orang dah macam apa je. nak borak lama dah tak boleh dah ni. yang study kat kolej ni, keluar bilik just masa makan je. if tak, semua terkurung je dalam bilik. so kalau nak cari sesiapa tu memang senang lah. tak payah susahsusah nak kena ronda satu kolej ni. tapi ada je yang rajin study dekat fakulti. 

1st day final exam. SAQ and PBQ. walaweyh. ai menjadi penggoreng cempedak terhebat. menjawab soalan seperti sasterawan negara. apalah yang ai karangkan masa jawab those paper. merepek merapu mengarut adalah perkara biasa semasa menjawab soalan esei ni ye. semoga dapat membodek lecturer dengan tulisan ai yang comey tu. (ya allah.. tulisan untuk mengejar masa. pahampaham je la kan. mintakmintak lecturer dapat baca)

2nd day. OSPE and OSCE. ai jadi sprinter terulung. haha. kenapa sprinter? mana tak yew. nak kena kejar masa every station yang 4 minit/station tu. masa idea nak jawab tak datang masa nak menjawab, rasa macam nak hentakhetak je kepala kat dinding lab. 

3rd day. it was a last day. seriously cuak nak jawab. sebab tahu ni paper yang make me harm jugak. so, im a shooter on a last day for MCQ paper. 

semoga Allah memberkati apa yang dipelajari dan yang diusahakan serta mempermudahkan perjalanan hidup ini.




2 comments:

!!- a.y.u -!! said...

happy holiday!!! hehehehe..

feeza_rashid said...

tenkiu ayu dear. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...